Wah, terujanya rasa hati kerana tak lama lagi, kita akan mendirikan rumah tangga. Tapi, pasti ada juga rasa berdebar atau gusar kerana tak tahu apa nak jangka untuk malam pertama kita bersama pasangan. Apa perlu dibuat dan bila? 

Malam pertama adalah malam yang melibatkan pasangan baru berkahwian, apabila sang suami menggauli isterinya dengan melakukan hubungan intim.

Untuk pengetahuan semua, mengikut Islam, hal ini sebenarnya mempunyai tertib tersendri dan haruslah mengikut syari’at jika anda dan pasangan adalah seorang muslim sejati.

Untuk kebaikan semua, bagi pasangan yang bakal bernikah tidak lama lagi, ini Wanista lampirkan adab-adab terbaik yang boleh anda amalkan sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan halal buat kali pertama.

Usai majlis perkahwinan yang memenatkan, kini tiba masa pasangan mempelai bertentang mata di dalam kamar. Aduh, berdebarnya hati, apatah lagi buat si gadis dan jejaka yang baru kali pertama!

Foto: netralnews.com

Jangan main ‘terjah’, seks memerlukan ketenangan dan adab untuk melaksanakannya. Ketahui dan pelajari adab-adab ini agar keluarga lebih harmoni.

Kalau anda berasa risau tentang malam pertama nanti, jom baca artikel ini. Diharapkan ia dapat menambah pengetahuan dan mengurangkan kebimbangan yang bersarang dalam jiwa.

1) BERTENANG 

Untuk membezakan antara manusia dan haiwan adalah perilakunya. Kerana itu, pasangan pengantin perlu bertenang dalam melayari bahtera malam pertama. Diakui rasa nafsu yang membuak mendorong rasa tidak sabar dan gopoh. Sedarlah kalian berdua tidak pernah melakukannya, jadi mulakan dengan aktiviti ‘ringan’ dahulu bagi menaikkan nafsu secara berperingkat.

2) BERI MASA 

Tatkala anda melangkah masuk ke kamar dengan wangian dan semangat yang berkobar-kobar, si suami pula sudah enak dibuai mimpi. Ada wanita yang menganggap suami tidak suka padanya, walhal kepenatan melayan tetamu dan sesi fotografi outdoor. Tidak kurang juga ada suami yang terlalu rakus menggauli isteri sedangkan isteri itu sedang panik dan tidak bersedia. Jangan begitu. Persefahaman antara kalian perlu ada bagi menggelakkan rasa tidak puas hati. Jika pasangan belum bersedia, beri lah si dia masa yang diperlukannya.

3) TANAM NIAT YANG BAIK 

Berniat dan bersangka baik ketika melakukan hubungan bersama pasangan. Hubungan yang halal ini perlu disertakan dengan niat yang anda melakukannya demi memenuhi tuntutan fitrah manusia serta ingin memperoleh keturunan yang baik, sihat serta bijak. Selain itu, ia adalah untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara pasangan.

Foto: Grid.ID

4) SATU PERSATU 

Mulakan hubungan intim secara berperingkat, Beri ciuman hangat yang dimulakan dari dahi dan kemudian ke pipi, lalu perlahan-lahan ke bibirnya. Penting untuk pasangan berasa terangsang barulah kalian boleh hanyut dalam dunia kalian sendiri. Ini bagi melancarkan aktiviti anda berdua pada malam itu.

5) JIKA SAKIT, PERLAHANKAN LANGKAH 

Baik lelaki mahupun wanita, perlu tahu bila masanya pasangan berasa sakit atau menikmati aktiviti seks kalian. Lebih-lebih lagi untuk gadis baru kali pertama selaput daranya dipecahkan. Ada juga lelaki terasa ngilu pada kemaluannya lalu terus mati nafsunya pada malam itu. Ini dinamakan ‘mati pucuk malam pertama’.

6) HORMAT DAN ADA RASA MALU 

Lakukan persetubuhan di dalam selimut dan bukan bertelanjang. Tutup lampu dan biarkan nyalaan lilin wangi penuh romantis. Jangan mengasari satu sama lain serta elakkan melakukan hubungan seks dengan cara yang pelik. Ramai antara kita terpengaruh dengan filem Barat di mana ada antara cara-cara itu yang mendatangkan masalah tidak kira dari segi agama, moral mahupun kesihatan.

Foto: Kompasiana.com

7) MULAKAN DENGAN DOA 

Si suami perlu membaca doa dan berniat agar hubungan antara kalian direstui lalu benih yang terhasil itu bakal lahir sebagai insan yang berguna dan baik akhlaknya. Tetapi, tidak digalakkan si suami membaca doa secara lisan dan bibir yang terkumat-kamit kerana ini akan menimbulkan rasa kekok. Buat si suami, bijaklah mengawal antara nafsu dan tanggungjawabmu.

8) KETAHUI PERBEZAAN 

Perlu ambil tahu bahawa tahap rangsangan lelaki dan wanita adalah berbeza. Kebiasaannya, lelaki mudah terangsang walau hanya dengan pandangan mata. Kerana itu, tatkala terpandang bahagian tubuh si isteri yang selalunya tertutup, nafsu mereka mudah membukit tinggi. Wanita pula mengambil masa untuk merasainya. Kerana itu, bekerjasamalah dengan baik dan banyak membuat bacaan ilmiah mengenai cara memuaskan hati pasangan dalam hubungan kelamin.

9) SUAMI BERDOA UNTUK ISTERI

Suami boleh letakan tangannnya di atas kepala isteri lalu membacakan doa:

Allahummaa innii as-aluka min khairihaa wa khairi maa jabaltahaa alaihi Wa ‘audzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa syarri maa jabaltahaa alaihi…

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk kebaikan dirinya dan kebaikan tabiat (sikap atau perilaku) yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya (keburukannya) dan kejelekan tabiat (sikap atau perilaku) yang ia bawa.” (HR. Bukhari)

 

Foto: vemale.com

10) BACA DOA SEBELUM BERHUBUNGAN INTIM

Yang ini penting namun sering dilupakan. Solat sunat sahaja tidak cukup kerana syaitan gemar mengganggu pasangan saat berlakukan hubungan intim.

Untuk itu baca doa supaya zuriat yang mungkin terhasil daripada hubungan intim ini sentiasa dipelihara Allah dan dijauhi pengaruh syaitan, iblis mahupun jin.

سْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.

Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang hendak Engkau kurniakan kepada kami.” (HR. Bukhari-Muslim)

 

Selepas selesai segala adab di atas, maka anda pun bolehlah memulakan hubungan mesra dengan pasangan. Ajaran Islam sangatlah indah dan tertib sehinggakan ia mengambil kira keperluan kedua-dua jantina ketika berhubungan intim.

Suami digalakkan untuk melakukan pemanas badan terlebih dahulu dan bukannya terus memasuki isteri tanpa pendahuluan. Lakukanlah foreplay atau bercumbu. Ucapkan kata-kata manis yang penuh kasih sayang.

Cumbuan penting untuk isteri kerana ia turut membantu membasahkan isteri supaya mudah untuk si suami melakukan penetrasi. Kuranglah sedikit rasa sakit buat wanita yang baru pertama kali melakukannya.

 

Selepas isteri sudah mula selesa dan ghairah, maka suami pun bolehlah melakukan penetrasi yang pertama. Amat penting untuk para pengantin baru tahu bahawa suami boleh menggauli isteri dengan apa cara dan gaya sekalipun.

Tetapi, anda masih perlu melakukannya mengikut syariat Islam dan tidak melampaui batas. Antara perkara yang TIDAK BOLEH anda lakukan adalah:

  • Memasuki isteri melalui jalan belakang (dubur)
  • Melakukan hubungan seks ketika isteri sedang period atau haid

Dalam satu hadith Al-Tirmidhi, ibn Abbaas ada berkata:

Dari depan atau pun belakang tetapi jauhilah anus (dubur) dan semasa wanita sedang mengalami menstruasi (haid).

Imam ibn Al-Qayyim ada menyebut bahawa perbuatan melakukan sodomi (masuk ikut belakang) terhadap isteri akan memberikan kesan negatif dari sudut kesihatan dan psikologi kepada kedua-dua pasangan suami isteri. Jadi, elakkan diri anda daripada melakukannya ya!

Sekiranya suami sudah pun melepaskan nafsunya dan ingin melakukan hubungan seks buat kali kedua pada malam tersebut, anda digalakkan untuk mengambil wudhu sekali lagi. Ia adalah sebahagian daripada amalan sunah yang diajar oleh Rasulullah.

Dalam hadith riwayat Muslim, Rasulullah (saw) ada bersabda:

“Jika seseorang kamu telah menggauli isteri dan ingin melakukannya sekali lagi, dia perlu terlebih dahulu mengambil wudhu.”

Foto: doktersehat.com

Selepas berhubungan intim, anda dan suami boleh memilih untuk tidur dalam pakaian yang sama yang dipakai ketika berhubungan intim. Namun, anda perlu membuang terlebih dahulu sebarang kekotoran yang mungkin jelas kelihatan pada pakaian tersebut.

Diharapkan perkongsian kami tentang adab di malam pertama ini dapat membantu anda memahami tentang apa yang perlu dilakukan selepas bernikah nanti.

Apa yang paling penting adalah untuk anda berdua menikmati saat indah bersama sebagai suami isteri buat kali pertamanya nanti.