HomeMalayKenali apa itu IVF dan keberkesananya bagi pasangan yang menanti cahaya mata

Kenali apa itu IVF dan keberkesananya bagi pasangan yang menanti cahaya mata

Kaedah bayi tabung uji adalah teknik persenyawaan dilakukan di dalam makmal.Sudah lebih 33 tahun sejak bayi IVF pertama diahirkan,sejak itu, ramai pasangan di luar sana telah menggunakan kaedah ini kerana sedar yang meraka perlukannya. Kini dengan ilmu serta kemahiran teknologi makmal yang tinggi secara konsisten, kadar berjaya hamil yang tinggi dapat dicapai.

Kaedah bayi tabung uji meliputi proses ekstrak atau pengeluaran telur dari ovari wanita, dan melalui persenyawaan dalam makmal bersama sperma suami dan kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim (selalunya pada hari ke 3 atau 5), atau lebih dikenali sebagai embrio transfer (ET)

Secara kesimpulan, IVF-ET , dapat disimpulkan dalam 5 langkah berikut:

  1. Stimulasi ovari wanita untuk menghasilkan serta mematangkan lebihan telur melalui suntikan hormon
  2. Ekstrak atau keluarkan telur dari ovari (egg collection procedure)
  3. Mendapatkan sampel air mani (sperma)
  4. Persenyawaan telur di dalam makmal
  5. Meletakkan atau menyalurkan embrio dalam rahim (embryo transfer procedure)
  6. Mengambil beberapa ubatan untuk menguatkan dinding rahim sehingga hari ujian kehamilan

Sekiranya mempunyai lebihan embrio, selepas pemindahan atau penyaluran embryo ke dalam rahim, embryo tersebut akan dibekukan dan boleh dinyahbekukan untuk kegunaan pada waktu akan datang.

Sejak pertama kali IVF-ET dijalankan oleh Monash IVF pada tahun 1973, lebih dari 5 million bayi bejaya dilahirkan menggunakan teknik ini, kerana ia merupakan kaedah paling berkesan untuk semua punca ketidaksubursan.

Persenyawaan in vitro (IVF) ialah proses di mana telur dikeluarkan daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam ceper kultur makmal. Persenyawaan berlaku di dalam ceper ini (“in vitro” bermaksud “dalam gelas kaca”). Beribu-ribu bayi telah dilahirkan melalui kaedah IVF di seluruh dunia sejak yang pertama dalam tahun 1978.

 

Foto: redrockfertility.com

Bagaimanakah IVF bermanfaat bagi kami?

IVF mungkin akan disarankan untuk masalah-masalah kesuburan berikut:

  • Jika tiub falopio anda tersumbat atau rosak, atau anda mempunyai masalah lain di mana IVF dikenal pasti sebagai satu-satunya rawatan yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.
  • Jika suami anda mempunyai masalah kecil dengan spermanya. Jika masalahnya besar, lebih baik jika dirawat menggunakan kaedah ICSI.
  • Jika anda telahpun mencuba ubat-ubat kesuburan seperti clomiphene, atau rawatan kesuburan yang lain seperti IUI, namun tidak berjaya.
  • Jika anda telahpun mencuba untuk hamil selama sekurang-kuranya dua tahun dan doktor tidak menjumpai sebarang punca mengapa anda masih belum hamil.

Bagaimanakah IVF dilakukan?

IVF dilakukan mengikut beberapa langkah, dimulai dengan pengambilan ubat kesuburan untuk membantu anda menghasilkan seberapa banyak telur yang boleh.

Ubat-ubat kesuburan 
Anda mungkin perlu mengambil ubat kesuburan untuk merangsang ovari supaya mematangkan telur sebagai persiapan untuk persenyawaan. Sewaktu kitaran haid biasa, anda membebaskan sebiji telur setiap bulan. Kebarangkalian anda untuk hamil adalah lebih baik jika terdapat lebih banyak telur dan penggunaan ubat kesuburan meningkatkan jumlah telur matang yang dibebaskan. Adalah disarankan supaya IVF ditawarkan dengan ubat-ubat kesuburan untuk merangsang ovari kerana peluang untuk hamil lebih tinggi dengannya.

Ini dipanggil regulasi menurun dan biasanya melibatkan ubat-ubat yang dipanggil analog (agonis pituitari) hormon pembebas gonadotrophin (GnRH) untuk menghalang atau menghentikan kitaran anda. Anda boleh mengambilnya setiap hari selama dua minggu dalam bentuk pil atau suntikan.

Kaedah lain yang lebih pendek untuk pengawalan juga ada. Sesetengahnya melibatkan penggunaan antagonis GnRH. Ubat-ubat ini boleh diambil selama beberapa hari, biasanya selepas prarawatan dengan pil kontrasepsi dan pada permulaan rangsangan ovulasi. Kaedah ini bukanlah kaedah yang biasa dilakukan tetapi ianya sesuai bagi wanita yang mempunyai risiko tinggi mengalami kesan sampingan teruk daripada ubat kesuburan.

Jika anda menghidap endometriosis, anda boleh mengambil agonis GnRH yang dipanggil Cetrotide selama beberapa bulan untuk membantu memperbaiki kualiti telur dan meningkatkan peluang rawatan ini berjaya. 

 

 

Foto: Indore Infertility Clinic

Suntikan hormon
Anda kemudiannya akan diberi suntikan hormon setiap hari selama kira-kira 12 hari. Ini untuk merangsang ovari supaya membebaskan lebih banyak telur yang matang berbanding biasa (induksi ovulasi). Hormon yang digunakan ialah hormon perangsang folikel (FSH) iaitu gonadotrophins dan hormon luteinising (LH). 

Wanita-wanita bertindak balas terhadap ubat-ubat kesuburan ini dalam cara yang berbeza, dan mereka mungkin mengalami kesan sampingan yang teruk. Doktor anda akan memantau anda dengan teliti untuk memastikan anda dijaga rapi sekiranya ini berlaku.

Imbasan ultrasound dan mungkin juga ujian hormon dalam darah akan ditawarkan untuk memantau berapa banyak dan bagaimana eloknya tindak balas daripada telur anda. Ini bagi keselamatan dan untuk memeriksa bilakah telur and akan matang.

 

Pengeluaran telur dan pengumpulan sperma

Ultrasound digunakan untuk mengesan bilakah telur anda sudah bersedia untuk dikeluarkan.

Doktor anda kemudiannya akan mengeluarkan telur anda daripada ovari. Beliau akan menggunakan sebatang jarum halus dan berongga yang bercantum dengan kuar imbasan ultrasound. Kuar ini membantu mengesan lokasi folikel yang mengandungi telur. Anda mungkin rasa sedikit tidak selesa semasa prosedur dijalankan, tetapi jika anda rasa sakit selepas ianya selesai, anda akan diberi ubat tahan sakit. 

Semasa telur anda sedang dikumpulkan, suami anda pula perlu memberi sampel air mani yang segar. Jika sperma yang digunakan ialah sperma daripada penderma atau yang telah dibekukan, sampel itu akan diambil daripada peti sejuk beku. Sperma itu akan dicuci dan sperma yang mempunyai kualiti terbaik sahaja akan diasingkan dan dipersiap-sediakan untuk mensenyawakan telur. Sperma ini kemudiannya digabungkan dengan telur di dalam ceper makmal dan dibiarkan mengkultur dalam inkubator.

Persenyawaan dan pemindahan embrio
Dalam masa satu hari selepas telur dan sperma digabungkan, ceper akan diperiksa untuk melihat sama ada telur telah disenyawakan. Jika ya, ianya akan disimpan selama di antara dua dan lima hari sebelum dipindahkan semula ke dalam uterus (rahim). 

Mana-mana telur yang telah disenyawakan akan menjadi segumpal sel yang dipanggil embrio. Para pakar juga mungkin menyebutnya sebagai blastosis, jika embrio itu dipindahkan ketika peringkat blastosis, pada kira-kira hari kelima. Embrio yang paling sihat akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam uterus.

Ketika ini, anda pastinya sudahpun membantu uterus anda bersiap sedia untuk menerima embrio dengan mengambil hormon progesteron yang membantu menebalkan lapisan uterus. Anda mengambil hormon ini melalui suntikan, pesari (dimasukkan ke dalam faraj) atau gel. Jika lapisan uterus (endometrium) anda terlalu nipis, embrio sukar untuk melekat. Jika inilah keadaannya, kitaran IVF tersebut malangnya terpaksa diabaikan.

Biasanya, satu atau dua embrio akan dipindahkan menggunakan tiub nipis melalui serviks masuk ke dalam uterus anda. Pakar kesuburan anda juga mungkin menggunakan imbasan untuk memandunya dalam proses ini. 

Jumlah embrio yang dipindahkan bergantung kepada umur anda dan kebarangkalian untuk berjaya. Ini sebaliknya bergantung kepada masalah kesuburan yang anda alami. 

 

Kitaran berulang
Jika terdapat lebihan embrio, ia boleh dibekukan untuk kegunaan pada masa hadapan, kalau-kalau kitaran yang pertama tidak berjaya atau sekiranya anda ingin menimang anak lagi selepas berjaya menjalani rawatan ini. 

IVF biasanya melibatkan pemindahan embrio pada kira-kira dua hingga tiga hari selepas persenyawaan. Pilihan lain ialah menunggu sehingga lima hari selepas persenyawaan iaitu apabila gumpalan sel telah membentuk blastosis. Hanya embrio yang paling sihat sahaja yang akan sampai ke peringkat blastosis dalam ceper makmal. Peluang anda untuk mendapat kehamilan yang sihat mungkin lebih tinggi selepas pemindahan blastosis.

Anda sudah boleh bergerak cergas tidak lama selepas pemindahan embrio, memandangkan rehat selama lebih daripada 20 minit sejurus selepas prosedur ini tidak memberi kesan yang berbeza. Dalam kitaran yang berjaya, satu atau lebih embrio akan melekat dalam dinding uterus anda dan akan terus membesar. Anda boleh membuat ujian kehamilan dalam kira-kira dua minggu.

Sebaik sahaja kehamilan anda telah disahkan selepas rawatan IVF, anda sepatutnya mendapatkan imbasan ultrasound awal pada kira-kira enam minggu. Ini bagi memastikan bahawa embrio telah melekat di dalam uterus.

Foto: HuffPost

Berapa lamakah rawatan IVF akan berlangsung?

Satu kitaran IVF mengambil masa di antara empat dan enam minggu untuk habis. Anda dan suami boleh menjangka akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik untuk prosedur pengeluaran telur dan persenyawaan. Anda akan kembali semula ke klinik di antara dua dan tiga hari kemudian untuk pemindahan embrio ke dalam uterus, atau di antara lima dan enam hari jika melakukan pemindahan blastosis.

Berapakah kadar kejayaan IVF?

Kadar kejayaan IVF bergantung kepada masalah kesuburan yang anda hadapi serta umur anda. Lebih muda usia anda dan sihat telur anda, lebih tinggilah peluang anda untuk berjaya. 

Jika anda pernah hamil atau pernah melahirkan bayi sebelum ini, peluang anda untuk berjaya juga meningkat.

Anda boleh memperbaiki peluang untuk berjaya dengan cara:

  • Mencapai berat badan yang sihat bagi ketinggian anda sebelum anda menjalani rawatan. IVF lebih berkemungkinan untuk berjaya jika indeks jisim badan (BMI) anda di antara 19 dan 30.
  • Jika anda sering minum minuman keras, hadkan pengambilan alkohol kepada tidak lebih daripada satu unit sehari, kerana meminum lebih daripada ini akan mengurangkan keberkesanan IVF.
  • Jika anda merokok, berhenti merokok (ini termasuk suami anda juga!). Merokok menurunkan kadar kejayaan IVF.
  • Hadkan pengambilan kafein pada kadar yang sangat rendah. Pengambilan pada kadar serendah 2mg hingga 50mg sehari pun telah dikaitkan dengan kadar kejayaan IVF yang lebih rendah.

Peluang anda untuk berjaya menurun dengan peningkatan jumlah kitaran IVF yang gagal. Jadi jika anda masih belum hamil selepas percubaan IVF yang ketiga, sesetengah pakar mungkin menasihatkan anda supaya menerima hakikat bahawa kaedah ini tidak berkesan bagi anda.

Apakah kelebihan IVF?

Bagi kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah IVF, tiada masalah kesihatan jangka panjang.

IVF boleh menawarkan anda peluang untuk menimang chaaya mata jika anda tidak dapat hamil secara semula jadi, contohnya jika tiub falopio anda tersumbat, rosak atau anda tiada tiub falopio.

Apakah keburukan IVF?

IVF meningkatkan risiko sesetengah komplikasi, contohnya:

  • Kelahiran berganda, iaitu apabila lebih dariipada satu embrio dipindahkan ke dalam uterus. Banyak pasangan yang melihat kembar sebagai satu anugerah, namun ingatlah bahawa kehamilan berganda meningkatkan risiko anda melahirkan bayi pramatang atau bayi yang mempunyai berat semasa lahir yang rendah.
  • Kesan sampingan ubat-ubat kesuburan biasanya ringan sahaja, dan ini termasuk hangat memerah, sakit kepala dan loya. Walau bagaimanapun, anda perlu dipantau rapi untuk mengesan tanda-tanda sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS), terutamanya jika anda menghidap sinrom polisistik ovari (PCOS). Jika OHSS berlaku, kitaran rawatan ini sudah terganggu dan perlu dihentikan, dan anda perlu tinggal di hospital sementara menunggu ovari anda kembali kepada keadaan normal.
  • Peningkatan risiko kehamilan di luar rahim, di mana embrio melekat dalam tiub falipio atau dalam ruang abdomen. Ini lebih berkemungkinan jika anda pernah mengalami masalah yang melibatkan tiub falopio.
  • Anda mungkin berisiko tinggi sedikit melahirkan bayi dengan kecacatan semasa lahir jika anda hamil melalui kaedah IVF. Walau bagaimanapun, masalah ini jarang berlaku dan risiko bayi anda mengalami masalah akibat daripada ICSI atau IVF adalah rendah. Lebih banyak kajian dipierlukan untuk memastikan sama ada terdapat kaitan di antara rawatan kesuburan dan kecacatan semasa lahir.

Walaupun terdapat risiko, ramai ibu bapa masih berjaya hamil dan melahirkan bayi yang sihat melalui IVF. 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan