Kesibukan bekerja kerap memberi tekanan kepada ibu khususnya dalam menyediakan hidangan seimbang terbaik untuk anak. Masa memasak yang singkat, pilihan menu lazat, hidangan menarik, semua ini kerap bermain di fikiran, terutama saat terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Jika boleh, semua yang dirancang sepanjang perjalanan pulang hendak dimasak dan dinikmati bersama anak. Namun, tidak ramai ibu yang mampu menyiapkan hidangan seimbang ini dalam waktu singkat berikutan masih banyak tanggungjawab mengurus rumah tangga yang perlu diselesaikan.
Hal sama turut dilalui ibu yang bergelar suri rumah yang penat dengan urusan rumah tangga. Begitupun, ia tidak bermakna ibu boleh mengabaikan penyediaan hidangan seimbang dan lazat untuk seisi keluarga.
Menurut Kajian Pemakanan Dewasa Malaysia (MANS) 2014, kira-kira 50 peratus masyarakat bandar kini kian cenderung memilih makan di luar sebagai rutin harian.
Fakta ini disokong hasil kajian Barometer Makanan Malaysia 2014 yang mengesahkan lebih 64 peratus daripada individu di negara ini makan di luar, sekurang-kurangnya satu hidangan sehari. Peratusan paling tinggi adalah mereka yang tinggal di Semenanjung dan di kawasan bandar.
Sekalipun sedar menu masakan di kedai berminyak, tinggi kolesterol dan mahal, masih ramai yang membeli dengan alasan tidak sempat memasak di rumah.
Bagaimanapun, memasak di rumah tidaklah sesukar yang difikirkan. Ia tidak memerlukan kemahiran seorang tukang masak profesional untuk menyediakan makanan yang seimbang dengan pantas dan sempurna.
Makanan lazat boleh menjadi menu sihat jika pandai memilih bahan dan dimasak menggunakan kaedah yang betul.
Pelbagai perkara masih boleh dikekalkan untuk menjadikan suatu hidangan itu lebih menyelerakan tanpa mengabaikan ciri-ciri kesihatan.
Food processor sememangnya sangat membantu untuk persiapan memasak anda seperti memotong, mengisar, menguli, sebati, mengiris dan banyak lagi. Ia membantu anda dalam mencampur bahan-bahan masakan dan jika sebelum ini anda memerlukan masa yang panjang untuk memotong bahan masakan tetapi tidak lagi kini jika anda mempunyai food processor kerana ia mempercepatkan lagi proses memotong sayur-sayuran, buah-buahan atau sebagainya.
Penggunaan food processor membuat dan mengolah makanan lebih cepat. Food processor boleh digunakan untuk memotong, menghiris, menggiling, menghaluskan, dan mencincang bahan makanan yang kasar. Cukup mengatur mata pisau dan cepat, maka food processor dapat melakukan pelbagai fungsi sesuai dengan pelbagai jenis masakan.
Tidak seperti blender, mata pisau food processor boleh diganti sesuai keadaan dan penggunaannya. Biasanya ada pelbagai jenis dan ukuran mata pisau yang boleh anda ganti.
Pengolahan makanan yang cepat membuat anda hanya mememerlukan waktu sedikit dan singkat. Jika biasanya anda memerlukan masa penyediaan makanan antara 2-3 jam, tetapi dengan menggunakan food processor waktu yang dibperlukan akan menjadi lebih singkat. Sehingga, anda tidak perlu terburu-buru dalam mengolah dan menyajikan makanan.
Food processor juga membuat tangan anda tidak terlalu kotor. Kerana, anda tidak perlu memegang banyak bahan untuk dipotong, digiling, dihaluskan, dicincang, atau dihiris. Semua proses tersebut boleh dilakukan oleh food processor hanya dalam beberapa minit.
Dengan menggunakan food processor juga akan membuatkan makanan yang dipotong atau dihiris memiliki bentuk, serta ukuran yang sama besar. Sedangkan, jika anda memotong atau menghiris secara manual menggunakan tangan memerlukan waktu yang cukup lama jika ingin bentuk dan ukuran sama rata besar.
Food processor juga boleh juga digunakan untuk membuat makanan bayi anda. Tentunya, makanan untuk bayi anda akan lebih terjamin kebersihannya. Serta, akan lebih sihat dan bergizi, kerana bahan yang digunakan boleh disesuaikan dengan keinginan anda.
Food processor sememangnya dicipta untuk membantu kita. Berikut ini beberapa kebaikan menggunakan food processor.
1) Multifungsi
Ada banyak perkara yang boleh dilakukan food processor. Makanya, jenis bahan makanan yang boleh kita olah juga pelbagai. Mulai dari sayur-sayuran, buah-buahan, bawang, kacang, hingga daging boleh diproses dengan food processor. Food processor tidak hanya berfungsi menghaluskan makanan saja. Namun, ia juga digunakan untuk menghiris, memotong, serta memarut. Bahkan, food processor juga boleh digunakan untuk menggaul telur, jeruk, dan mengalun adunan kuih..
2) Praktis
Menggunakan food processor benar-benar mengjimatkan waktu kita. Ini kerana, food processor bekerja dengan sangat cepat. Bayangkan saja, biasanya kita memerlukan beberapa minit untuk menghaluskan bawang putih. Namun berkat food processor, menghaluskan bawang dapat dilakukan hanya dalam beberapa saat sahaja.
3) Selamat
Food processor dilengkapi dengan penutup di bahagian atas. Jika tidak tertutup rapi, food processor tidak akan berfungsi. Secara tidak langsung, ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.
Meskipun harganya sedikit mahal tetapi ia sangat berbaloi untuk anda. Berikut beberapa jenis jenama yang terbaik yang disyorkan.
1. KENWOOD FP120 FOOD PROCESSOR 1.4L 400W WHITE
Pengisar makanan yang sangat berguna kerana ia semua dalam satu dan mudah. Mempunyai pengisar jenis kepingan, cincang dan penggaul. Anda dapat menyediakan makanan buatan sendiri dengan cepat dan mudah. Mempunyai kuasa motor 400W untuk prestasi mencincang yang sangat hebat.
Yang lebih menarik ia mempunyai tetapan kelajuan dan kawalan maksimum. Sempurna untuk mencincang dan memotong kerana dengan adanya bilah keluli tajam yang tahan karat untuk memotong.
Baca review pengguna Kenwood Food Processor
2. Panasonic Food Processor MK-F300
Panasonic MK-F300 menjadikan kerja memasak anda mudah kerana ia dilengkapi dengan pisau tajam tambahan untuk memotong pelbagai saiz makanan. Jenis bilah seperti cincang, ramas ,potong , kisar, hancur dan banyak lagi. Anda boleh menyediakan hidangan seperti kentang, bebola daging, roti dan jus. Pelbagai masakan boleh disediakan dengan adanya mesin pemprosesan yang memotong tahap profesional dengan 6 aksesori yang canggih.
Baca review penggun aPanasonic MK-F300
3. Philips 4-In-1 Healthy Baby Food Maker SCF875
Pembuat makanan bayi yang sihat 4 dalam 1 ini membolehkan anda menyediakan makanan buatan sendiri dengan berkhasiat. Ia bukan sahaja boleh mengisar makanan bayi anda tetapi turut mempunyai fungsi pemanasan semula yang mudah digunakan. Selain itu, ia juga boleh mengukus makanan yang telah dikisar halus menjadi puri dari campuran buah-buahan,sayur-sayuran, daging, ikan dan sedia untuk dimakan oleh si bayi.
Baca review pengguna Philips Food Processeor
4. Manual Spin 3 Blade Fast Chopper Food Processor
Sudah pasti ia akan menjadi peralatan memasak yang menyeronokkan dan mudah untuk anda di dapur. Ia dapat membantu anda mengiris, cincang,memotong, gerigi dan mencampur dengan adanya bilah keluli tahan karat yang tajam yang mampu memotong sepuluh kali lebih cepat daripada pisau biasa. Jangan risau kerana ia selamat untuk digunakan dan beroperasi secara manual.
5. Magic Bullet Nutri Bullet 12 Pcs BPA-Free Food Processor
Ia bukan seperti pengisar jus yang lain, ia mengisar dengan memastikan nutrisi di dalam makanan kekal berkhasiat. Mampu mengisar dengan hancur untuk buah-buahan dan sayuran dengan mudah agar anda dapat menikmati makanan yang sihat. Dengan kuasa motor 600W dan reka bentuk bilah yang berbentuk siklon akuatik yang tajam dan tahan karat. Nikmati makanan sihat setiap hari dengan pengisar makanan ini. productnation