HomeMalayIni Cara Memujuk Anak Yang Malas Ke Sekolah

Ini Cara Memujuk Anak Yang Malas Ke Sekolah

“Mama Papa, boleh tak kalau hari ini adik tak nak pergi ke sekolah..? Malaslah…”

Bila menyebut tentang sekolah, rata-rata pelajar sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah pasti melalui hari di mana perasaan malas dan berat hati itu muncul. Kebiasaannya kanak-kanak yang sedang menuntut di sekolah rendah mengalami masalah malas ke sekolah yang lebih serius berbanding pelajar remaja di peringkat sekolah menengah.

Bagi pelajar yang bersekolah pada sesi pagi, kesukaran untuk bangun awal menjadi salah satu faktor mengapa mereka sering menyuarakan hasrat tidak mahu ke sekolah pada malam harinya kepada ibu bapa. Faktor lain seperti masa persekolahan yang panjang, bosan kerana tiada kawan, kepenatan, mengantuk dan tidak sihat juga sering dijadikan alasan apabila mereka malas ke sekolah.

Bagi kanak-kanak yang mula memasuki darjah dua sekolah rendah, pengalaman semasa darjah satu sedikit sebanyak dapat membentuk kerajinan dalam diri mereka untuk ke sekolah. Lain pula halnya dengan kanak-kanak yang baru memulakan alam persekolahan di darjah satu. Kesukaran berjauhan dari ibu bapa menjadi punca utama mengapa kebanyakan mereka malas untuk ke sekolah.

Jadi, bagaimana caranya memujuk anak yang malas ke sekolah? Kaedah di bawah ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menangani masalah ini.

Masuk Tidur Lebih Awal

Kesukaran bangun awal pagi menyebabkan kanak-kanak rasa malas untuk ke sekolah. Tambahan lagi mereka perlu melalui lima hari seminggu berturut-turut untuk bangun awal pagi. Orang dewasa bekerja yang terpaksa bangun awal untuk ke tempat kerja juga melalui perasaan yang sama. Inikah pula anak-anak yang masih kecil.

Waktu tidur yang singkat akan menyebabkan seseorang itu sukar bangun pagi. Oleh itu, anak-anak perlu dipastikan masuk tidur lebih awal. Sekurang-kurangnya pada jam sepuluh malam untuk memastikan mereka mendapat tidur yang cukup antara enam sehingga tujuh jam sehari. Hadkan aktiviti anak di malam harinya dan pastikan mereka tidur seawal jam sepuluh malam. Kanak-kanak akan lebih mudah untuk bangun apabila melalui jam tidur yang mencukupi.

Ajar Anak Bangun Pagi

Masuk tidur awal di malam harinya adalah langkah awal supaya mereka mudah bangun pagi. Namun tidak semua kanak-kanak mampu untuk bangun sebelum matahari terbit. Jadi amat penting bagi ibu bapa melatih anak mereka bangun sebelum matahari terbit. Terutamanya kepada anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan darjah satu. Kanak-kanak akan meragam dan menangis apabila dipaksa oleh ibu bapa untuk bangun pagi.

Oleh itu penting untuk melatih mereka seawal yang mungkin sebelum sesi persekolahan bermula. Anda boleh memulakan latihan bangun pagi dengan menggalakkan mereka untuk mengikuti anda bersarapan di restoran kegemaran mereka. Boleh juga melatih mereka bangun awal pagi dengan mengajak mereka melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik.

Cari Punca Sebenar Anak Malas Ke Sekolah

Selain kesukaran bangun pagi, kanak-kanak mempunyai alasan lain. Biasanya alasan ini melibatkan pergaulan mereka dengan rakan-rakan dan faktor guru yang kurang mereka gemari. Anda perlu memujuk mereka secara perlahan-lahan, berbincang dan mendengar luahan mereka yang menjadi punca sebenar mereka malas untuk ke sekolah. Dengar luahan mereka secara serius dan tidak menganggap luahan mereka sebagai sesuatu yang kelakar atau mempermainkan alasan yang diberikan.

Sebagai contoh,

“Tidak mengapa jika cikgu matematik garang sedikit di dalam kelas. Selagi adik selesaikan semua kerja rumah dan fokus dengan apa yang di ajar dalam kelas, cikgu matematik pasti tidak akan marah adik”

 

“Masa papa sekolah dulu pun, papa bukannya ramai kawan sangat. Tapi papa masih juga pergi ke sekolah dengan gembira sebab papa tahu papa pergi sekolah sebab nak belajar. Papa nak lulus peperiksaan dengan cemerlang!”

Kenalpasti punca sebenar mereka jadi malas ke sekolah. Dengan mengetahui masalah sebenar baharulah anda boleh memujuk atau memberi kata-kata nasihat berdasarkan permasalahan sebenar.

Dapatkan Nasihat Guru Kaunseling Di Sekolah

Langkah ini jarang dilakukan oleh ibu bapa. Anak-anak yang menghadapi masalah malas ke sekolah boleh menjadi lebih serius iaitu menjurus ke arah kesalahan tingkah laku. Mereka mungkin akan mengambil langkah ponteng ke sekolah tanpa di sedari oleh ibu.

Jika anak anda terlalu kerap menyuarakan hasrat tidak mahu ke sekolah tanpa punca yang jelas, dapatkan khidmat nasihat dari guru kaunseling sekolah. Guru kaunseling bukan sahaja boleh memujuk kanak-kanak secara pendekatan psikologi. Mereka juga dapat membantu anda memantau kelakuan anak anda di sekolah dengan lebih dekat. Ia juga dapat mewujudkan perhubungan yang harmoni antara ibu bapa pelajar dengan guru-guru di sekolah.

Kongsi Pengalaman Anda Semasa Zaman Sekolah

Salah satu kaedah komunikasi berkesan dengan anak-anak ialah melalui penceritaan. Anda mungkin mempunyai banyak pengalaman menarik semasa zaman sekolah rendah dan menengah. Sebagai contoh pengalaman terpaksa bangun pagi secara jirusan air oleh datuk kepada anak anda. Mungkin anda boleh menceritakan pengalaman kesusahan bapa anda menghantar anak ke sekolah dengan menaiki basikal buruk semasa di kampung.

Penceritaan melalui pengalaman sendiri biasanya dapat membuka mata dan minda anak-anak untuk lebih menghargai tujuan utama mereka ke sekolah. Lebih-lebih lagi kanak-kanak di zaman kemajuan teknologi dan dengan segala kemudahan pengangkutan di mana mereka tidak lagi perlu bersusah payah mengayuh basikal ke sekolah seperti yang anda lalui semasa kecil.

Siasat Alasan Mereka

Siasat anak sendiri bukan bermakna anda tidak percayakan mereka. Tidak sihat adalah antara alasan yang kerap digunakan oleh kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah. Anda tidak seharusnya menolak setiap alasan secara berterus-terang sehingga menunjukkan seolah-olah mereka menipu. Cara terbaik adalah mengajak mereka ke klinik berjumpa dengan doktor. Doktor akan mengesahkan sama ada mereka benar-benar sakit atau sihat. Begitu juga dengan alasan lain seperti alasan cikgu sedang bercuti dan tiada guru ganti. Ibu bapa perlu mengambil langkah menelefon pihak sekolah untuk mendapatkan kesahihan.

Namun, jika di dapati anak anda bercakap sesuatu yang tidak benar, jangan sesekali menengking mereka. Sebaliknya nasihat secara lembut tetapi dalam nada yang tegas. Contohnya nasihatkan mereka supaya tidak bercakap bohong. Sebaliknya siasat semula punca sebenar mengapa mereka malas ke sekolah melalui perbualan dari hati ke hati.

Elakkan Daripada Membuat Anak Merasa Selesa Di Rumah

Pelbagai pengaruh yang membuatkan anak anda rasa selesa di rumah sehingga. Antaranya ialah penggunaan gajet seperti televisyen, permainan konsol, aplikasi permainan telefon pintar dan sebagainya. Mereka cenderung menggunakan alasan tidak sihat untuk mengelakkan diri daripada ke sekolah. Jika anda mendapati mereka masih asyik dengan permainan gajet berbanding rehat di rumah setelah diberikan cuti sakit, ini bermakna mereka selesa dengan segala kemudahan yang ada di rumah. Wujudkan peraturan larangan penggunaan gajet ketika mereka diberikan cuti rehat kerana sakit. Sebaliknya arahkan mereka untuk tidur dan rehat sepenuhnya. Larangan penggunaan gajet ketika sedang cuti sakit akan membuatkan anak anda berfikir berulang kali untuk tidak mahu ke sekolah.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan