Mengandungi Serum Penyerapan Mendalam &
Asid Hyaluronik untuk Penghidratan Kulit
Koleksi Hada Labo Kotojyun Serum Mask baharu adalah ramuan untuk kulit muda berseri, ia menghidratkan kulit dengan serta-merta dengan satu aplikasi. Hasilnya adalah kulit yang berseri, licin dan lembut sepanjang hari!
Setiap helaian topeng dirumuskan dengan 23ml serum kecantikan dengan penyerapan mendalam untuk memberikan kulit kelembapan dan penghidratan segera. Sesi memanjakan kulit selama 15 minit dengan Kotojyun Mask akan merangsang kulit halus, lembut berseri apabila ditambahkan pada rutin penjagaan kulit yang disyorkan Hada Labo yang juga termasuk pembersih, losyen, serum, pelembap dan pelindung matahari.
Hada Labo Kotojyun Mask yang ditingkatkan hadir dalam tiga varian untuk mengatasi keadaan kulit yang berbeza. Ia merangkumi:
- Premium Moist – menawarkan lembapan mendalam untuk kulit yang sangat kering
- Instant Hydration – menawarkan penghidratan segera bagi kulit normal hingga kering
- Deep Whitening – menawarkan penghidratan dan manfaat pencerahan yang sesuai untuk kulit kering dan berpigmentasi.
Premium Moist Kotojyun Mask
Dirumuskan dengan 5 jenis Asid Hyaluronik (iaitu Asid Hyaluronik 3D, Asid Hyaluronik Penyerap, Asid Hyaluronik, Asid Hyaluronik Nano, Asid Hyaluronik Super), serum penyerapan mendalam, Alga Biru Jepun, 3 jenis Seramida serta Squalene untuk menghidratkan kulit sepenuhnya dari permukaan ke lapisan kulit dalaman. Bahan penghidratan yang sangat berkesan ini berganding bahu untuk mengunci, menyimpan dan mengisi air untuk kulit yang lembut, licin dan halus.
Sekiranya kulit anda sangat kering, Premium Moist Kotojyun Mask sedia untuk mengubah kulit anda! Seramida dan Alga Biru Jepun membantu membentuk lapisan kelembapan
mengekalkan penghalang, lantas melindungi kulit dari kehilangan kelembapan. Ia juga menguatkan penghalang semula jadi kulit dalam mengunci kelembapan untuk kesan penghidratan yang lama.
Instant Hydration Kotojyun Mask
Dirumuskan dengan 4 jenis Asid Hyaluronik dan mempunyai keupayaan pengekangan air yang tinggi untuk mengunci dan menahan air untuk penghidratan bertahan dan serum dengan penyerapan tinggi, ia menembusi dan melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan sepenuhnya dari permukaan ke lapisan kulit dalaman untuk kulit yang lembut, licin dan halus.
4 jenis Asid Hyaluronik yang terdapat di dalam ke dalam Instant Hydration Kotojyun Mask ialah Asid Hyaluronik Super, Hyaluronat Zinc Hydroluzed, Asid Hyaluronik Nano dan Asid Hyaluronik.
Deep Whitening Kotojyun Mask
Deep Whitening Kotojyun Mask dirumuskan dengan 4 jenis bahan pencerah yang sangat mujarab iaitu Arbutin, Asid Tranexamic, Niacinamide dan Ekstrak Licorice untuk perawatan pencerah intensif. Pupur serum kecantikan yang meresap ke dalam menembusi lapisan kulit sehingga dapat memperbaiki kulit, mencerahkan bintik-bintik gelap dan meratakan warna kulit untuk menampakkan kulit yang sihat berseri.
Cara Penggunaan
- Selepas membersihkan muka dan menggunakan Hada Labo Lotion.
- Bukan dan lekapkan topeng pada muka dan ratakan dengan jari.
- Relaks 10-15 minit dan tanggalkan topeng.
- Urut lebihan serum perlahan-lahan sehingga meresap sepenuhnya.
Hada Labo Kotojyun Mask sangat selesa dan memudahkan pernafasan! Ia diperbuat daripada serat berasal dari tumbuhan yang menjadikannya mampu bernafas dan selesa. Lembaran tiga dimensi yang mesra kulit + inovatif ini melekap dengan sempurna pada wajah untuk membolehkan penembusan serum ke dalam kulit secara mendalam, memastikan kulit anda licin dan lembut selepas pemakaian.
Hada Labo Kotojyun Mask Terbaharu sangat menghidrat dan membantu menghidupkan semula kulit kusam agar kelihatan segar dan berseri. Ia ph seimbang dan bebas alkohol, oleh itu ia tidak merengsakan kulit.
Dijual pada harga RM12.90 setiap helai, kini anda boleh mendapatkan Hada Labo Kotojyun Mask baharu ini di Shopee, Lazada dan farmasi terkemuka di seluruh negara.