Kuala Lumpur, 12 Nov, 2018 – Perayaan akhir tahun yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi!  ‘Eat Cake Today’ menyambut kedatangan musim perayaan dengan melancarkan aneka jenis kek, kek cawan & kek pop baharu bertema Krismas yang baharu.  ECT telah menyenaraikan 10 jenis pilihan di portal eatcaketoday.com untuk menambat selera pelanggannya.

Koleksi Krismas 2018 menawarkan Kotak 12 Assorted Macaroons (12 Makarun Aneka Jenis), Christmas Cake Pops (Kek Pop Krismas), Christmas Jelly Bites (Jeli Kecil Molek Krismas), 6 Pieces of Christmas Cupcakes (6 Kek Cawan Krismas), Log Cake (Kek Log), Tower of 25 Assorted Macaroons (Menara Makarun), Christmas House Jelly Cake (Kek Jeli Rumah Krismas), Christmas Black Forest Cake (Kek Black Forest Krismas), Rudolph Sparks 5″, Christmas Stardust Cake 7″ (Kek Debu Bintang Krismas), Santa Cake 5″ (Kek Santa) dan Reindeer Jelly Cake 4″  (Kek Jeli Rusa Salji). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.eatcaketoday.com/collections/christmas-collections-2018

Encik Ang Boon Chow, (B.C Ang) Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, menjelaskan semasa pelancaran promosi musim perayaan Krismas/Tahun Baru, ECT ingin menunjukkan penghargaannya dan berkongsi semangat kasih sayang dan saling memberi kepada pelanggan tetap dan juga pengunjung kali pertama portal dalam taliannya dengan menawarkan kek percuma kepada pengguna bertuah. Kami ingin memeriahkan perayaan dengan menyatukan hati sahabat handai, keluarga, dan rakan-rakan sekerja,” jelas Encik Ang.

Promosi pertama membolehkan pelanggan menikmati kek musim perayaan dengan rebat promosi RM10.00.  Untuk mendapatkan rebat promosi ini, pelanggan hanya perlu menggunakan kod promosi XMAS10 apabila membuat pesanan dalam talian. Tempoh promosi bermula pada 15 Nov 2018 dan berakhir pada 31 Dis 2018.

Untuk promosi kedua, ECT menganjurkan “12 hari Krismas” dengan menhadiahkan kek terpilih secara percuma menerusi platform media sosial mereka. Pengunjung Facebook www.facebook.com/eatcaketoday dan Instagram www.instagram.com/eatcaketoday berpeluang untuk memenangi kek percuma setiap hari dari 3 Dis – 8 Dis dan 10 Dis hingga 15 Dis.

Dalam ruang hadiah Facebook yang sangat mudah digunakan, peminat ECT atau pelanggan hanya perlu “Suka, Kongsi, Tag dan Komen” untuk merebut peluang mendapat kek percuma.

Portal Eat Cake Today menawarkan pelbagai pilihan kek berkualiti yang dihantar terus kepada pelanggan dengan cara yang menyenangkan. Semua pihak yang terlibat – daripada perkhidmatan pelanggan dan pembuat kek mahupun kakitangan penghantaran dihubungkan kepada sistem Eat Cake Today menerusi telefon pintar mereka untuk memudah dan menyelaraskan proses pesanan kek dari A ke Z bagi memastikan pelanggan menerima kek mereka dengan cekap dan tepat pada masanya. ECT bekerjasama dengan lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy, dan sebagainya. Disebabkan kemungkinan terdapat pelanggan yang mengalami alahan, ia juga menyenaraikan ramuan yang digunakan untuk semua kek. Untuk kek tanpa gluten dan vegan, pelanggan boleh mendapatkan kek daripada Baked KL yang turut disenaraikan sebagai pembekal.

Satu kelebihan Eat Cake Today ialah keupayaannya menghantar kek pada hari pesanan dibuat, menjanjikan penghantaran segera dalam masa hanya 4 jam. Kebanyakan kek dibuat khusus dari rumah, kedai kek tempatan, kafé bakeri dan lain-lain. Pilihan kek yang dipaparkan dalam laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan masa yang diperlukan untuk membuat dan menghantar kek, seperti pilihan 4 jam, pilihan 1 hari, pilihan 2 hari dan juga pilihan 3 hari. Harga kek bermula daripada RM40 kepada RM321 setiap satu dan tidak termasuk caj penghantaran.

Eat Cake Today juga mempunyai 4 kedai kek yang disahkan halal oleh JAKIM – iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, Eat Cake Today menawarkan kek yang boleh ditempah khas mengikut kemahuan pelanggan.

Buat masa ini Eat Cake Today membuat penghantaran ke kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan mengenakan caj penghantaran RM10.00, manakala kos penghantaran tambahan dikenakan untuk kawasan-kawasan luar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang, Rawang dan lain-lain.

Pesanan boleh dibuat melalui www.eatcaketoday.com atau menerusi tel: 017-8800153. Waktu operasi: Harian & Cuti Umum antara 9.00 pagi hingga 6.00 petang & masa penghantaran Harian & Cuti Umum antara 11.00 pagi – 7.00 malam.

Eat Cake Today adalah salah satu calon CIP 300 yang terpilih di bawah program pembiayaan Cradle Fund (di bawah Kementerian Kewangan) untuk memulakan perniagaan berasaskan teknologi dan membangunkan serta mengkomersilkan produk dan perkhidmatan mereka.