Kuala Lumpur, 27 Februari 2019 – Danone Dumex Malaysia memperkenalkan dua produk baharu dalam rangkaian Dugro® – Dugro® Complete dan Dugro® Sure, untuk membantu kanak-kanak di Malaysia dengan menyediakan nutrisi yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan tumbesaran yang berbeza.
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berusia di bawah lima tahun lazimnya mengalami isu kekurangan nutrisi berbanding dengan isu berat badan berlebihan dan obesiti[1]. Berdasarkan analisis kajian berkenaan, 13.7 peratus mengalami kekurangan berat badan, manakala 20.7 peratus mengalami tumbesaran terbantut, 11.5 peratus mengalami susut tubuh badan dan 6.4 peratus mengalami berat badan yang berlebihan.
Bagi menangani perkara ini, adalah penting untuk memahami bahawa setiap kanak-kanak melalui peringkat pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan mereka dengan amaun nutrisi yang sesuai sepanjang tempoh tersebut.
“Sejak kecil lagi, seorang kanak-kanak akan melalui peringkat tumbesaran yang berbeza dan adalah penting untuk memberikan amaun nutrisi yang bersesuaian agar mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan optimum.
“Apabila seorang kanak-kanak mengalami isu pertumbuhan, adalah disyorkan agar ibu bapa mendapatkan khidmat rundingan seorang pakar pediatrik atau pakar pemakanan untuk mengetahui nutrien tepat yang diperlukan anak mereka. Tidak terdapat satu penyelesaian yang boleh digunapakai oleh semua apabila ia melibatkan keperluan nutrisi dan pertumbuhan kanak-kanak,” ujar pakar pemakanan, Dr. Tan Sue Yee.
Dugro® Menawarkan Nutrisi Sesuai Untuk Memenuhi Keperluan Pertumbuhan Yang Berbeza
Elspeth Hindle, Pengarah Healthcare Nutrition Danone Dumex Malaysia berkata: “Danone Dumex komited dalam memberi sokongan terhadap keperluan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kami telah memperkenalkan dua produk baharu Dugro® Complete* dan Dugro® Sure* – dua formula susu berbeza untuk menyokong pelbagai keperluan pertumbuhan kanak-kanak, agar mereka dapat mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya.
“Dugro® Complete dirumus khas untuk membantu kanak-kanak yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang kurang memuaskan. Manakala, Dugro® Sure merupakan susu formula yang direka untuk menyokong tumbesaran fizikal optimum kanak-kanak.”
Dugro® Complete mengandungi kalori tinggi untuk memberikan tenaga bagi menyokong tumbesaran bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan, tumbesaran terbantut dan kesusutan. Antara kandungan nutrien-nutrien pertumbuhan yang terdapat dalam Dugro® Complete adalah Protein, Kalsium, Vitamin D dan Zink.
Dugro® Sure mengandungi nutrien tumbesaran yang tinggi seperti Protein, Kalsium, Vitamin D dan Zink. Ia juga mengandungi serat dan DHA** (asid dokosaheksenoik) yang lebih tinggi bagi menyokong tumbesaran fizikal optimum kanak-kanak.
Kedua-dua produk baharu ini tidak mengandungi sukrosa+. Pengurangan pengambilan gula, termasuk sukrosa, akan membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Kedua-dua Dugro® Complete dan Dugro® Sure boleh didapati di pasar raya terkemuka dan kedai runcit di seluruh negara. Harga runcit yang disyorkan bagi pek 600 gram Dugro® Complete dan Dugro® Sure masing-masing adalah RM40.00 dan RM30.66.
Untuk maklumat lanjut mengenai Dugro® Complete dan Dugro® Sure, sila layari laman web https://www.dugrosure.com.my atau laman Facebook rasmi Dugro di https://www.facebook.com/DumexDugro.