Mula berdiet untuk mengurangkan berat badan mahupun ingin meningkatkan tahap kesihatan semamangnya sesuatu yang wajar tetapi agak susah pada setiap sudut. Untuk memulakan sesuatu yang baru, cabaran yang besar perlu dihadapi terutamanya untuk mengamalkan sesuatu yang baru dan meninggalkan tabiat yang lama.

Tetapi, apa yang lebih mencabar ialah untuk berterusan dalam mengamalkan diet tersebut kerana tiada faedahnya jika anda boleh mengurangkan berat badan sebanyak 30 kg tetapi selepas sebulan, anda dapati berat anda bertambah 40 kg.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda jika anda tidak mencuba. Yang penting, kena cuba turunkan berat badan secara konsisten.

Foto: NHS

Langkah utama dalam berdiet adalah pengetahuan mengenai nutrisi dan keperluan badan anda. Anda perlu tahu apa yang perlu ada dalam setiap hidangan dan yang paling penting adalah nisbah bagi setiap satu nutrisi. Nisbah karbohidrat perlulah lebih kurang dari fiber, protein dan lain-lain.

Foto: Weight Loss Resources

Untuk merasa diet adalah sesuatu yang menyeronokkan, anda boleh menyediakan hidangan dalam bentuk yang digemari seperti memakan buah-buahan bersama sos buah-buahan. Dengan cara ini, anda merasa seronok dan boleh memupuk rasa gembira berdiet. Adalah perlu diingat sentiasa bahawa nutrisi dan komposisi bagi setiap orang adalah berbeza. Diet bagi orang yang mempunyai sistem metabolisma yang tinggi adalah berbeza dengan orang yang bermotabolisma rendah. Begitu juga dengan jantina. Jika perlu, dapatkan nasihat dari pakar nutrisi mengenai pelan pemakanan sihat yang sesuai untuk anda.

1. DIET KALORI

Diet rendah kalori sebenarnya termasuk dalam kategori diet yang cukup ketat, kerana Anda perlu mengetahui seberapa banyak kalori harian yang anda perlukan dan seberapa banyak kalori yang masuk kedalam tubuh anda melalui makanan yang telah dimakan. Diet rendah kalori biasanya dilakukan dengan cara menurunkan berat badan yang dilakukan secara bertahap. Lama-kelamaan tubuh akan mulai membuat penyesuaian dalam proses metabolisme.

 

Diet rendah kalori memerlukan disiplin yang tinggi dan motifavi yang kuat. Setidaknya anda perlu mengurangkan kalori sebesar 250 hingga 500 kalori setiap harinya. Selain itu, anda juga perlu membuat penyesuaian terhadap menu makanan harian – terutama karbohidrat. Gantilah makanan anda dengan syarat berikut; berserat tinggi dan rendah kalori. Makanan berserat bererti makanan yang memerlukann waktu lama untuk diserap tubuh, sehingga keperluan kalori dapat diminimakan. Juga, rendah kalori guna memaksimakan metabolisme tubuh.

Kadar Kalori Yang Sepatutnya

Secara puratanya, golongan wanita memerlukan 2000 kalori sehari untuk kekalkan berat badan dan 1500 kalori untuk menurunkan satu paun setiap minggu. Manakala, golongan lelaki pula secara puratanya memerlukan 2500 kalori untuk kekalkan berat badan dan 2000 untuk mengurangkan sebanyak 1 paun setiap minggu.

Walaubagaimanapun, semua ini bergantung kepada beberapa faktor termasuklah usia, ketinggian, berat badan semasa, tahap aktiviti yang dilakukan, kesihatan metabolik dan sebagainya.

 

Foto: curvetube.com

Pengira Kalori yang Terbaik Secara Atas Talian

Banyak laman web yang mana anda boleh memasukkan makanan yang anda makan untuk menyemak jumlah kalori yang anda ambil. Semuanya boleh didapati secara atas talian dan juga terdapat juga aplikasi untuk peranti iPhone/iPad dan Android.

Adalah disarankan untuk menggunakan kalkulator ini sekurang-kurangnya beberapa hari sekali untuk melihat berapa banyak kalori, karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral yang sebenarnya anda makan. Kebiasaannya apabila melihat bilangan-bilangan ini akan lebih membuka mata kita.

Tetapi perlu diingat pengiraan kalori akan menyebabkan anda stress kerana setiap kali nak makan anda kena timbang dengan tepat. Jadi bagi saya jalan mudah adalah fokus kepada nutrisi makanan yang rendah kalori tetapi besar khasiatnya seperti buah-buahan serta sayuran.

Bagaimana Cara untuk Mengurangkan Pengambilan Kalori Tanpa Membuatkan Anda Berasa Lapar?

Kalori merupakan satu bentuk ukuran tenaga. Ia diketahui menjadi sebab kepada pertambahan berat badan. Namun, sekiranya banyak kalori yang keluar daripada badan anda, maka anda akan berupaya untuk menurunkan berat badan anda.

 

Foto: ZAMS Herbalist

Dikatakan bahawa hanya mengurangkan kalori tanpa mengetahui apa yang anda makan sebenarnya bukanlah cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Sungguhpun ia berkesan bagi sesetengah orang, namun kebanyakannya akan berakhir dengan rasa lapar dan akhirnya menghentikan diet mereka.

Disebabkan itulah adalah sangat disarankan untuk melakukan perubahan yang kekal bagi membantu anda mengekalkan pengurangan kalori anda untuk tempoh masa yang lebih panjang tanpa membuatkan anda rasa lapar. Berikut merupakan 5 cara berdiet atau perubahan gaya hidup yang dilihat berupaya untuk membantu mereka menurunkan berat badan melalui beberapa kajian.

2. Diet Intermittent Fasting

Jika AtkinsDetoksPaleoVegan ataupun Low-Carb diet tidak berkesan buat tubuh kamu, inilah masanya untuk kamu mencuba diet terbaru yang semakin popular – Intermittent Fasting!

Kunci utama untuk menurunkan berat badan adalah 70 peratus datang daripada diet dan 30 peratus lagi daripada bersenam. Diet Intermittent Fasting ini melakukan kaedah yang serupa seperti berpuasa di bulan Ramadan, cuma kamu dibenarkan minum dan memilih waktu terbaik untuk berpuasa. Kedengaran mudah, kan?

KELEBIHAN INTERMITTENT FASTING (IF)

Diet ini terbukti berkesan kepada hampir kebanyakan individu yang telah mencubanya. Ia dikatakan melatih tubuh untuk menerima makanan dalam masa tertentu dan merehatkan sistem pencernaan. Sama seperti berpuasa, ia diibaratkan membersihkan dalaman tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman.

Foto: Kinobody

Jika dilakukan dengan displin, kamu boleh turun berat badan sehingga lima hingga tujuh kilogram dalam masa dua minggu. Diet IF juga lebih berkesan daripada diet mengira kalori kerana kamu lebih mudah tertekan dengan mengira kalori yang kadangkala tidak tepat pengiraannya. Diet ini juga dilaporkan boleh mengurangkan risiko penyakit seperti darah tinggi dan diabetis.

Diet lain menyebabkan kulit kamu menggelebeh selepas kehilangan lemak, sebaliknya diet IF membakar kalori dengan cepat serta meningkatkan metabolisme.

BAGAIMANA MELAKUKAN INTERMITTENT FASTING?

Diet IF menggunakan konsep 8/16, di mana anda dibenarkan makan (apa saja) dalam masa lapan jam dan berpuasa dalam masa 16 jam sehari. Sekiranya anda gemar mengambil sarapan, mulakan diet IF seawal jam 9 pagi dan berhenti makan jam 5 petang. Selepas itu anda tidak dibenarkan makan kecuali minum sebarang air tanpa gula. Anda digalakkan minum air kosong 2-3 liter sehari seperti biasa dan jika mahu minuman lain seperti teh atau kopi, jangan ambil bersama gula dan susu.

Jika anda gemar makan malam,anda boleh mencuba makan bermula waktu tengahari sekitar jam 12 PM dan berhenti makan sebelum jam 8 PM. Kitaran ini perlulah konsisten dilakukan selama dua minggu pertama sehingga tubuh kamu mula selesa dengan kaedah ini.

 

Foto: Quora

Dalam tempoh 16 jam tanpa makan itu, anda perlu melatih minda untuk menjalani hari seperti biasa kerana anda mungkin sedikit letih di awal permulaan diet. Diet IF tidak memaksa individu untuk bersenam dengan kerap namun jika anda memilih untuk bersenam ia adalah satu bonus dan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

Beberapa pengamal diet ini menyarankan kamu bersenam sebelum anda mula untuk makan dan bukannya ketika waktu anda berpuasa. Anda juga disarankan makan makanan seimbang seperti serat, sayuran dan buahan, kabohidrat dan protein. Gula memang diperlukan tubuh untuk sumber tenaga, jadi anda boleh mengambil gula semula jadi daripada buah-buahan. Makan dalam kuantiti sederhana namun kerap, setiap dua jam dalam tempoh lapan jam.

Bagaimana?

Adakah anda sudah faham apakah diet rendah kalori dan diet Intermitten fasting?

Buatlah pilihan yang tepat dan jenis diet yang bersesuaian untuk ketahanan badan kita. Apapun jangan sesekali menyeksa diri sendiri. Diet bukanlah beerti tidak perlu makan langsung, tetapi ubah cara pemakanan dan pilihan makanan yang lebih sihat.