CheongKwanJang Meneruskan Perjalanan Kesihatan dan Kesejahteraannya di Malaysia dengan Sijil Pengesahan Halal Ginseng

Product Details

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2018 – Korea Ginseng Corporation (KGC), pakar ginseng terkemuka di dunia, menganjurkan Seminar CheongKwanJang Malaysia 2018 hari ini di Mandarin Oriental Kuala Lumpur bersama rakan kongsi tempatan KMT Trading Sdn. Bhd., dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Membawa legasi Bahagian Pengurusan Ginseng (Sam-Jeong-Kwa) yang ditubuhkan pada tahun 1899 untuk istana kerajaan Korea Daehan Empire, KGC telah berusaha untuk terus maju bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat kepada para penggunanya dengan menyediakan produk ginseng merah Korea yang berkualiti dan bertaraf dunia. Dihasilkan di bawah sistem pengurusan penanaman yang sistematik dengan sistem kawalan kualiti ketat yang telah dibangunkan lebih dari 119 tahun, produk KGC ginseng merah Korea di bawah jenama CheongKwanJang bukan sahaja telah menjadi simbol kesihatan rakyat Korea dan untuk kelanjutan usia tetapi juga menjadi trend global bagi kesejahteraan dan kesihatan yang semakin meningkat.

“Sejak tahun 1899, Korea Ginseng Corporation (KGC) telah mengekalkan tradisi juga kualiti sebagai syarikat pengasas dalam perniagaan ginseng merah Korea bersama dengan kemudahan penyelidikan ginseng terbesar untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dalam kehidupan seharian mereka. Dengan demikian, kami dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan dalam mendapatkan sijil pengesahan halal baru- baru ini terhadap beberapa produk ekstrak ginseng merah Korea – Barisan produk ‘Everytime’ dengan kuantiti ginseng merah yang berlainan dan ‘Hong Sam Won’ di pasaran Malaysia,” jelas Jin Park, Pengurus Kanan Jabatan Jualan Global, Korea Ginseng Corporation pada taklimat media CheongKwanJang Seminar 2018.

Di Malaysia, trend kesihatan dan kesejahteraan global juga semakin berkembang dengan peningkatan tahap kesedaran kesihatan di kalangan pengguna-pengguna Malaysia. Dengan trend ini, rakyat Malaysia mengambil lebih kurang RM2 juta (AS $ 0.5 juta) produk ginseng merah Korea setiap tahun. Malah, Malaysia juga dikenali sebagai antara 10 pengimport ginseng utama di dunia. Selain itu, Malaysia juga menunjukkan jumlah tertinggi dalam beberapa penyakit yang boleh dicegah di rantau ini seperti diabetes dan obesiti, keadaan ini menjadi semakin baik dengan pengamalan gaya hidup sihat.

“Produk ginseng merah Korea CheongKwanJang yang telah disahkan halal baru-baru ini telah direka untuk menyesuaikan gaya hidup sibuk pengguna hari ini, dengan menawarkan cara yang lebih sesuai dan mudah untuk pengambilan ginseng merah Korea sebagai makanan tambahan harian. Kami percaya bahawa usaha untuk memperluaskan jangkauan kami kepada pengguna dari pelbagai kaum dan latar belakang di Malaysia akan memberi manfaat kepada orang ramai bagi mengamalkan gaya hidup sihat melalui ginseng merah Korea, “kata Jin Park.

Untuk memberi penekanan dan pemahaman yang lebih lanjut mengenai manfaat utama ginseng merah Korea, Dr. Yuan Shiun Chang, seorang profesor terkenal Pharmacognosy di China Medical University of Taiwan yang juga pakar ginseng merah Korea telah memberikan ceramah istimewa ketika seminar ini berlangsung. Telah lama dikenalpasti sebagai salah satu herba yang paling berharga dengan reputasi untuk pelbagai manfaat kesihatan, ginseng mengandungi pelbagai komponen farmakologi, termasuk siri tetracyclic triterpenoid saponins (ginsenosida), poliasetilena, sebatian polyphenolic dan polisakarida berasid.

Ekstrak ini menghasilkan kompaun antimikrob yang berfungsi sebagai mekanisme pertahanan terhadap jangkitan bakteria dan virus di mana mereka membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kesan proaktif ginsenosides membantu meningkatkan tumpuan minda dan keseluruhan fungsi otak dengan merangsang sel-sel otak. Ia boleh meningkatkan peredaran darah dengan menghalang pembentukan thrombus, dan boleh mencegah penyakit kardiovaskular.

Dengan kebanggaan dalam sejarah selaku penyumbang kepada kesihatan rakyat di seluruh dunia, KGC telah membuat pelaburan lebih daripada 20 bilion Won Korea (kira-kira US $ 1.76 juta) setiap tahun terhadap penyelidikan dan pembangunan. Dengan kebolehpercayaan dan kebertanggungjawaban yang komited, KGC akan meneruskan perjalanan kesihatan dan kesejahteraannya di Malaysia melalui CheongKwanJang untuk menyokong gaya hidup sihat pengguna Malaysia dengan pelbagai produk ginseng merah Korea yang sesuai untuk pelbagai keperluan gaya hidup individu.

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...