HomeMalayCegah Kehadiran Semut Dalam Rumah Dengan Langkah Mudah

Cegah Kehadiran Semut Dalam Rumah Dengan Langkah Mudah

Semut ibarat musuh serangga nombor satu bagi manusia. Mana tidaknya jika setiap hari kita terpaksa ‘berperang’ dengan semut dalam rumah sendiri. Sifat semut yang terlalu gemar memburu makanan dan benda-benda kotor di kediaman terutamanya di bahagian dapur rumah menyebabkan sukar bagi kita untuk mengawal kehadiran serangga kecil ini daripada masuk ke dalam rumah kita. Rumah yang dijaga dengan bersih tanpa sampah sarap juga menjadi sasaran kehadiran semut. Tambahan lagi dengan saiznya yang begitu kecil, ia mampu mencari jalan untuk masuk ke dalam rumah kita melalui celah-celah dinding, tingkap dan pintu yang terbuka dengan begitu mudah. Yang datang menyerang mencari makanan dalam rumah kita pula bukannya seekor dua yang boleh ditepis dengan mudah. Amat menyakitkan apabila mereka datang dalam bentuk gerombolan membentuk deretan keretapi menghurung makanan-makanan kegemaran simpanan yang diletakkan di atas meja!.

Mengapa semut masuk ke dalam rumah ?

1) Perubahan persekitaran

Seperti manusia, semut juga membentuk koloni di tempat-tempat tertentu sebagai tempat tinggal mereka. Semut akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari habitat tempat tinggal yang lebih baik dari segi bekalan makanan, cuaca, suhu dan kelembapan. Semut bergerak dengan aktif semasa dalam keadaan cuaca normal atau panas.

Akan tetapi kegiatan semut berkurang apabila dalam keadaan suhu yang terlalu sejuk seperti di negara-negara yang mengalami cuaca empat musim. Pendek kata, semut amat sensitif apabila berlaku perubahan dalam persekitaran mereka menyebabkan sering berlaku perpindahan koloni semut.

Sekiranya persekitaran di luar terlalu basah disebabkan hujan yang tidak berhenti sehingga menyebabkan berlaku banjir, semut akan bergerak ke dalam mencari tanah yang lebih tinggi dan kering. Sekiranya keadaan terlalu kering di luar, semut boleh bergerak di dalam rumah mencari kawasan lembap.

Makanya tidak hairan mengapa pada musim-musim tertentu anda mendapati kehadiran semut begitu banyak di dalam rumah. Dalam senario ini anda akan mendapati wujud koloni semut di celahan dinding, siling, lantai dan bingkai tingkap.

2) Makanan dalam rumah

Sebab utama semut bergerak masuk ke dalam rumah adalah kewujudan makanan. Semut yang masuk ke dalam rumah anda disebabkan makanan biasanya tidak tinggal lama sebagaimana mereka membentuk koloni sarang semut. Mereka akan makan dan mengutip secara berjemaah sumber makanan untuk dibawa pulang sebagai makanan simpanan di koloni masing-masing.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana semut dapat ‘berkunjung’ ke rumah anda secara berjemaah membentuk deretan keretapi dan merosakkan makanan kegemaran anda. Sebenarnya setiap ekor semut bekerja secara rawak mencari sumber makanan. Apabila seekor semut menemui sumber makanan yang diingini, ia akan meninggalkan jejak bau makanan tersebut yang akhirnya akan diikuti oleh semut-semut lain. Anda juga mungkin belum tahu bahawa semut akan memilih rasa makanan tertentu mengikut perubahan musim. Sebagai contoh jika pada musim panas mereka mengumpul makanan manis, musim berikutnya mereka mungkin akan mengumpul makanan yang mengandungi sumber protein.

Disebabkan itu amat sukar bagi kita untuk meninggalkan makanan di persekitaran rumah sama ada di atas meja, almari, ruang tamu, bilik tidur malah sisa makanan dalam tong sampah yang tidak dibuang dengan segera.

Langkah mencegah kehadiran semut ke dalam rumah

Walaupun semut yang masuk ke dalam rumah boleh dihapuskan dengan penggunaan alatan pencegah dan penyembur serangga, langkah ini dilihat dapat bertahan untuk sementara waktu sahaja. Selagimana wujudnya koloni semut berhampiran rumah anda, selagi itu semut akan terus masuk ke dalam rumah anda kerana mereka perlu mencari sumber makanan untuk simpanan di koloni mereka.

Jadi, selain menggunakan penyembur serangga, anda juga boleh mengambil langkah pencegahan yang boleh mengurangkan kehadiran semut. Seperti yang anda ketahui, makanan adalah faktor utama semut masuk ke dalam rumah anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dan fokus terhadap pengurusan simpanan makanan dan sisanya dalam tong sampah.

1. Simpan lebihan makanan dengan segera

Setiap kali selepas memasak dan makan, pastikananda tidak meninggalkan sisa makanan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair di atas meja, lantai dan dapur. Sesetengah darpada kita mengambil langkah menyimpan makanan di atas dapur masakan, peti sejuk dan juga oven yang boleh mengurangkan risiko kehadiran semut. Menyimpan makanan di atas dapur masakan misalnya adalah langkah yang berkesan kerana semut amat sensitif terhadap bau daripada sumber api dan gas. Simpanan makanan dalam peti sejuk dan oven pula dapat mengurangkan penyebaran sumber bau makanan yang mudah dijejaki oleh semut.

Ada juga yang memelihara haiwan seperti kucing, anjing dan burung dengan memberi makanan dan minuman kepada haiwan kesayangan mereka di dalam rumah. Anda boleh melakukannya dengan syarat anda tidak meninggalkan sisa tersebut begitu sahaja selepas haiwan peliharaan anda selesai makan dan minum.

2. Sentiasa sapu & bersihkan lantai

Semut bukan sahaja obses terhadap bau dan sumber makanan. Ia juga akan mengerumuni sisa-sisa kotoran dalam rumah termasuk gumpalan habuk dan debu. Untuk itu anda perlu memastikan keseluruhan lantai rumah anda dalam keadaan bersih sama ada dari sisa makanan yang tertumpah atau habuk. Sapu, vakum dan mop lantai menggunakan cecair pencuci yang sesuai sebagai salah satu langkah pembersihan. Langkah pembersihan ini perlu dijadikan sebagai rutin sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

3. Pengurusan sampah

Sampah yang dibuang ke dalam tong sampah di dapur rumah mengandungi lebih daripada 60% sisa makanan dan barangan basah. Ia mengandungi pelbagai jenis campuran rasa dan bau yang berpotensi mengundang kehadiran semut. Langkah terbaik adalah membuang sampah ke tempat pembuangan sampah sekurang-kurangnya sekali sehari. Namun kebanyakan penghuni lebih gemar membuang sampah secara berjadual antara dua atau tiga kali sahaja dalam seminggu.

Anda boleh mengambil langkah mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula daripada sampah yang tidak boleh dikitar semula. Sebagai contoh, sisa makanan dan cecair daripada tin kosong, botol minuman, botol sos dan kicap dan sebagainya boleh dicuci terlebih dahulu daripada sisa makanan dan bau sebelum dibuang ke dalam tong sampah khas.

Bagi sampah yang tidak boleh dikitar semula seperti bahan mentah daripada sisa perut ikan dan ayam, anda boleh meletakkan dalam plastik khas dan disimpan di dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku terlebih dahulu sebelum mengutipnya semula pada hari anda ingin membuang sampah. Cara ini dapat mengelakkan pembusukan yang boleh mengeluarkan bau yang menjadi punca kehadiran semut.

4. Baiki kerosakan dinding dan siling

Semut sering menjadikan lubang-lubang sempit sekitar rumah terutamanya di celah dinding dan siling sebagai koloni sarang mereka. Oleh itu, anda perlu mengambil langkah dengan membaiki dengan cara menampal semula sebarang rekahan, lubang dan kerosakan pada lantai, dinding dan siling bagi mengelakkan semut menjadikan ia sebagai koloni sarang mereka. Kerosakan ini bukan tertumpu di bahagian dalam rumah sahaja. Malah rekahan dan lubang dinding di luar rumah juga perlu diperbaiki secara menyeluruh.

5. Memusnahkan punca tempat tinggal semut

Sesetengah daripada kita menganggap perbuatan membunuh dan memusnahkan sarang semut sebagai langkah yang kejam kerana mereka juga makhluk seperti kita yang ingin hidup. Langkah ini boleh diambil sekiranya kewujudan semut-semut tersebut mengancam keselesaan keluarga anda terutamanya bayi yang masih kecil. Semut boleh juga menjadi ancaman merbahaya apabila ia menggigit kulit bayi, masuk ke dalam lubang hidung dan telinga semasa kita dan ahli keluarga sedang tidur.

Jika ini berlaku kepada keluarga anda, maka langkah terbaik adalah menggunakan khidmat kawalan serangga perosak untuk memusnahkan sarang semut. Anda juga boleh menggunakan alat penyembur serangga dan menyembur secara langsung ke sarang semut yang menjadi punca kehadiran semut dalam rumah anda.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan