HomeMalayCara Selamat Mengurangkan Berat Badan Semasa Hamil

Cara Selamat Mengurangkan Berat Badan Semasa Hamil

Ramai yang beranggapan wanita obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan sukar untuk hamil. Namun tidak dinafikan masih ramai wanita obesiti yang dikurniakan rezeki untuk hamil tanpa disangka-sangka. Kehamilan adalah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan kepada sesiapa sahaja wanita yang dikehendaki olehNya. Namun, kehamilan bagi wanita obesiti adakalanya meletakkan mereka di persimpangan dilema terutamanya bagi mereka yang sedang melalui proses diet dan senaman untuk mendapatkan berat badan ideal.

Rancangan menurunkan berat badan segera ditanggunhkan untuk memberi laluan kepada perkembangan bayi yang sihat dan selamat dalam janin untuk tempoh sembilan sehingga dua belas bulan termasuk dalam tempoh berpantang.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa wanita masih boleh meneruskan rancangan menurunkan berat badan semasa sedang hamil. Anda mungkin beranggapan bahawa diet dan senaman akan merisikokan nyawa bayi dalam kandungan. Sebenarnya tanggapan anda ini tidak tepat sama sekali. Malah perkara yang anda seharusnya risau adalah sebaiknya iaitu kesan obesiti terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.

Berbahayakah Mengurangkan Berat Badan Semasa Hamil ?

Ianya tidak berbahaya sama ada kepada ibu dan bayi dalam kandungan sekiranya anda tidak menurunkan berat badan secara terlalu mendadak. Kesan buruk bergantung kepada jenis senaman yang dilakukan dan jumlah berat badan yang berlaku semasa proses penurunan berat badan.

Ibu hamil tidak boleh mengurangkan berat badan secara keterlaluan seperti wanita obesiti yang tidak hamil. Ia amat berbahaya kepada bayi dalam kandungan. Kebiasaannya, kesan buruk ini boleh dilihat selepas bayi dilahirkan. Kandungan dan bayi mungkin akan mengalami masalah berikut :

  • Kekurangan saiz & berat badan
  • Keguguran
  • Pengurangan cecair amnion
  • Daya kognitif bayi berkurang
  • Ibu hamil mengalami kepenatan

Cara Selamat Mengurangkan Berat Badan Semasa Hamil

Oleh itu, bagi wanita obesiti yang menerima berita baik tentang kehamilan di saat sedang usaha menurunkan berat badan, anda sebenarnya masih berpeluang meneruskan usaha diet dan menurunkan berat badan dengan selamat. Ketahui bagaimana cara selamat mengurangkan berat badan semasa hamil.

1. Seimbangkan Pengambilan Kalori

Pengambilan kalori berlebihan sedangkan nilai pembakaran yang berlaku terlalu sedikit berbanding jumlah yang diambil adalah punca meningkatnya berat badan. Untuk mengurangkan 0.5 kilogram berat badan, anda perlu membakar sebanyak 3,500. Jika dihitung dalam purata hari dalam seminggu, senama yang dilakukan perlu membakar 500 kalori setiap hari selama seminggu.

Berbincanglah dengan pakar diet yang boleh menasihatkan anda pemakanan yang sesuai untuk mengurangkan berat badan semasa hamil. Penting untuk anda mencatatkan jumlah kalori dalam setiap hidangan makanan yang diambil dalam satu buku catatan harian supaya mudah untuk anda mengesan nilai keluar masuk kalori yang berlaku menerusi pengambilan makanan dan senaman.

Kenalpasti nilai kalori juga boleh dilakukan menerusi pembacaan label yang terdapat pada pembungkusan makanan. Wanita hamil tidak seharusnya mengambil lebih daripada 1,700 kalori setiap hari. Nilai ini dapat memastikan si ibu dan bayi dalam kandungan dibekalkan dengan nutrien dan tenaga seharian yang diperlukan.

Untuk mengawal pengambilan kalori, anda boleh mengikuti beberapa tips mudah. Ia dipanggil penjimatan kalori. Antaranya ialah :

  1. Nasi mestilah diambil separuh sahaja bagi setiap hidangan
  2. Kurangkan masakan berlemak dan berempah. Lebihkan hidangan sup
  3. Gantikan masakan bergoreng dengan masakan stim atau kukus
  4. Banyakkan sayur dalam hidangan
  5. Gantikan ketagihan terhadap makanan manis dengan buah-buahan
  6. Gantikan air manis dengan air putih
  7. Kudapan makanan ringan boleh digantikan dengan ikan bilis goreng

2. Bersenam Setiap Hari Selama 30 Minit

Sesetengah ibu hamil risau untuk melakukan senaman kerana menyangka ia akan memberikan kesan kepada bayi dalam kandungan. Sebenarnya anda tidak perlu terlalu agresif melakukan senaman ketika sedang hamil. Senaman yang terlalu agresif seperti mengangkat berat di pusat gimnasium, menahan nafas dalam pergerakan yoga, senaman yang mengenakan tekanan di bahagian abdomen, berdiri terlalu lama untuk suatu pergerakan pastinya tidak selamat untuk ibu hamil.

Selain itu aktiviti sukan seperti boling, lumba lari, bermain bola jaring dan aktiviti sukan seangkatan dengannya juga tidak sesuai dilakukan semasa hamil. Elakkan juga senaman yang melibatkan perubahan altitud atau ketinggian seperti mendaki bukit atau gunung dan menyelam ke laut dalam. Jenis senaman sebegini akan mengurangkan keupayaan menyedut oksigen kepada si ibu dan bayi dalam kandungan.

Anda boleh melakukan senaman selamat untuk ibu hamil. Kami menyarankan anda melakukan senaman ringan berikut secara konsisten setiap hari.

  1. Mulakan dengan senaman menghangatkan badan iaitu senaman setempat dengan pergerakan ringan.
  2. Berjalan selama 20 minit mengelilingi kawasan taman riadah.
  3. Senaman sukan air seperti berenang, aerobik air dan berjalan di dalam air.
  4. Menunggang basikal ketika hamil semasa trimester pertama dan kedua. Elakkan menunggang basikal jika perut terlalu besar kerana ia menyukarkan anda untuk mengawal basikal.
  5. Senaman dumbel tidak melebihi tiga kilogram.
  6. Berlari dalam kelajuan sederhana juga selamat bagi ibu hamil yang telah biasa dengan aktiviti berlari sebelum hamil. Namun bagi ibu hamil yang belum atau jarang terlibat dengan larian, aktiviti larian ini tidak digalakkan untuk anda melakukannya.

3. Kenalpasti Berat Badan Anda & Berat Kandungan

Jika anda tertanya-tanya tentang jumlah kenaikan berat badan yang berlaku, lakukan semakan berikut. Kebiasaannya, berat bayi dalam kandungan adalah dalam lingkungan 3.0 sehingga 3.5 kilogram. Berat plasenta dan cecair amnion biasanya dalam lingkungan 1.5 sehingga 2.0 kilogram. Pembesaran rahim dan payudara pula akan meningkatkan beratnya dalam lingkungan 2.0 kilogram. Pertambahan cecair dalam badan dan darah dianggarkan sekitar 3.0 kilogram manakala pertambahan lemak dan nutrien adalah sekitar 3.0 kilogram. Jadi anda boleh menganggarkan bahawa jumlah kenaikan berat badan dari kehamilan sekitar lingkungan 15.0 kilogram.

Bagi anda yang peka terhadap berat badan semasa sebelum hamil, dengan mudah anda dapat menganggarkan jumlah kenaikan berat badan yang berlaku setelah menimbangkan berat yang berlaku dari kehamilan.

4. Kekalkan Kandungan Air Dalam Badan

Semasa hamil wanita sering lapar secara berlebihan. Atasi perkara ini dengan minum lebih banyak air putih. Cara ini akan memberikan rasa kekenyangan. Minum air antara satu sehingga dua liter sehari akan mengurangkan rasa keinginan terhadap makanan secara berlebihan.

5. Elakkan Makanan Proses

Adakalanya sukar bagi ibu hamil mengelakkan mengidam makanan tertentu yang tidak sihat. Ada ibu hamil yang ketagih menikmati makanan proses yang menggemukkan seperti aiskrim, snek ringan, makanan segera, coklat dan sebagainya. Kesemua makanan ini mengandungi nilai kalori yang tinggi.

6. Gantikan Kudapan Dengan Makanan Menyihatkan

Terdapat pilihan kudapan yang lebih sihat untuk ibu hamil yang ingin mengurangkan berat badan. Anda boleh menikmati potongan buah yang mengandungi kandungan gula paling rendah seperti buah strawberi, buah beri, buah pic, buah avokado dan buah pic.

Selain itu anda boleh mencuba kudapan snek seperti gorengan ikan bilis. Pastikan ikan bilis dibersihkan sebelum digoreng untuk mengurangkan rasa masin pada ikan bilis.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan