HomeMalayCara Mengekalkan Keselesaan Bayi Ketika Cuaca Panas

Cara Mengekalkan Keselesaan Bayi Ketika Cuaca Panas

Cuaca yang sangat panas boleh menjadi ancaman bagi bayi yang masih kecil. Berbeza dengan orang dewasa, seorang bayi lebih mudah terdedah kepada jatuh sakit akibat dari cuaca panas. Jika seorang dewasa mampu mengambil langkah-langkah mengurangkan kepanasan seperti mandi dan minum air, seorang bayi tidak mampu bertindak sendiri untuk mengurangkan rasa panas melainkan menunjukkan tanda tidak selesa seperti menangis. Oleh itu anda perlu sentiasa peka mengenalpasti tanda-tanda tidak selesa yang ditunjukkan oleh bayi apabila mereka tidak selesa akibat cuaca yang terlalu panas.

Berbanding orang dewasa, bayi mengalami kurang perpeluhan berbanding orang dewasa. Orang dewasa mampu mengalami perpeluhan hasil daripada pergerakan aktiviti badan. Berbeza pula dengan bayi yang masih kecil. Mereka tidak boleh melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh untuk menurunkan suhu dalam badan. Oleh itu kadar peningkatan suhu dalam badan mereka sukar diturunkan dan ini akan memberi kesan kepada kesihatan bayi.

Lindungi bayi anda dari kepanasan matahari

Menurut laporan kaji cuaca tempatan, sepanjang tempoh  tinjauan Mac hingga  Ogos 2019 ini, keadaan cuaca  di negara dipengaruhi oleh tiga  tiga fasa monsun iaitu Monsun Timur  Laut (Mac), peralihan monsun (April), dan Monsun Barat  Daya (Mei-Ogos).

Bulan Mac merupakan penghujung Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi tempoh yang panjang. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bacaan  suhu di negeri-negeri di sebelah utara dan tengah Semenanjung Malaysia meningkat kerana cenderung untuk mengalami keadaan cuaca yang lebih panas dan kering berbanding  negeri-negeri lain.

Pada hari yang sangat panas terutama di Malaysia, suhu boleh meningkat sehingga melebihi 34°C. Oleh itu, sebagai ibu bapa anda perlu membuat persediaan bagi memastikan bayi anda tidak menjadi mangsa kepada serangan cuaca panas.

  • Elakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari bagi bayi yang berusia enam bulan ke bawah. Ini kerana kulit bayi yang masih kecil mempunyai jumlah melanin yang kurang berbanding orang dewasa. Melanin adalah pigmen kulit yang melindungi badan kita dari pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari.
  • Sediakan peralatan perlindungan matahari yang sesuai untuk bayi anda apabila keluar rumah. Pakaikan mereka dengan fabrik yang nipis kerana ia lebih sesuai untuk pengaliran haba.
  • Lindungi kepada mereka dengan topi jenis lightweight. Ia boleh menghalang pancaran cahaya matari ke kulit kepala dan muka.
  • Jika anda mendukung bayi menggunakan sling, pastikan fabrik sling anda dari material yang tidak panas dan mempunyai pengaliran udara yang baik.
  • Jika anda membawa bawi berjalan-jalan menggunakan stroller, pastikan ia mempunyai perlindungan dari cahaya matahari.
  • Payung juga boleh digunakan untuk melindungi bayi dan diri anda sendiri dari kepanasan matahari.
  • Gunakan krim perlindungan matahari bagi bayi yang berusia melebihi enam bulan. Gunakan krim yang disertai dengan perlindungan SPF 30+ ke atas. Penggunaan krim ini tidak digalakkan bagi bayi berusia di bawah enam bulan. Sebaliknya anda boleh gantikan dengan payung, topi dan baju yang sesuai.

Tanda bayi anda mengalami simptom cuaca panas

Dalam keadaan cuaca yang terlalu panas anda perlu memastikan jika bayi anda mengalami tanda-tanda kepanasan. Selain bayi akan menangis akibat rasa yang tidak selesa, anda boleh periksa keadaan mereka melalui tanda-tanda di bawah.

  • Gunakan termometer badan untuk menyukat suhu. Suhu normal bayi adalah antara 36°C sehingga 37°C. Jika suhu melebihi bacaan ini, bayi anda mungkin mengalami kepanasan.
  • Periksa bahagian tertentu badan bayi seperti dada, belakang badan dan leher. Adakah suhu badan mereka lebih panas daripada biasa? Tanda pada badan juga boleh dikenalpasti melalui tanda kemerahan pada kulit. Jika anda mendapati keadaan kulit bayi anda lebih merah daripada biasa disertai dengan suhu badan yang meningkat, ini merupakan tanda bayi anda mengalami kepanasan.
  • Degupan jantung bayi juga lebih laju apabila suhu badan mereka meningkat. Tanda ini adalah salah satu petunjuk bahaya bagi bayi yang mengalami kepanasan. Anda perlu segera mengambil langkah bagi mengelakkan keadaan bayi menjadi lebih parah.
  • Demam tanpa berpeluh. Bayi akan mebgalami demam melebihi 38°C tanpa sebarang perpeluhan.
  • Muntah juga adalah salah satu tanda apabila bayi mengalami kepanasan.
  • Bayi tidak menunjukkan respon apabila disentuh dan dipanggil. Ini merupakan tanda kecemasan yang boleh mengancam nyawa bayi anda.

Cara Mengekalkan Keselesaan Bayi Ketika Cuaca Panas

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan bayi supaya sentiasa dalam keadaan yang selesa ketika suhu cuaca terlalu panas.

Berikan air secukupnya

Bayi tidak mampu memaklumkan mereka dalam keadaan dahaga. Oleh itu anda perlu memastikan bayi anda diberikan air minuman secukupnya sama ada susu atau air putih. Bayi yang minum apabila ditawarkan air menunjukkan mereka dalam keadaan dahaga.

Bagi bayi yang berusia di bawah enam bulan, pastikan anda memberi air susu sama ada susu ibu atau susu formula lebih banyak berbanding air putih. Jika ingin memberikan air putih, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Salah satu tanda bayi menerima air secukupnya ialah dengan melihat kepada jumlah lampin yang dipakai. Bayi yang mampu membuang air antara enam sehingga lapan kali dalam tempoh 24 jam menunjukkan badan mereka menerima kuantiti air yang secukupnya.

Sentuhan semasa hari panas

Dalam keadaan  cuaca yang terlalu panas, bayi biasanya tidak begitu selesa dengan sentuhan terutama ketika anda menyuapkan makanan. Anda boleh mengurangkan sentuhan kulit ke kulit ini dengan menggunakan tuala pada bayi anda.

Pakaian yang selesa

Dalam keadaan cuaca yang terlalu panas, elakkan daripada pakaian tebal antaranya fabrik denim. Selapis pakaian sudah memadai untuk pengaliran udara yang selesa pada bayi anda. Jika di luar rumah, lindungi kepala kain dengan topi yang sesuai atau kain untuk melindungi kulit kepala mereka dari kepanasan matahari.

Mandikan bayi

Jika bayi anda selesa bermain dengan air, biarkan mereka bermain seketika dalam tub mandian sambil ditemani oleh anda sendiri. Namun jangan terlalu lama kerana ia juga tidak baik untuk kesihatan bayi anda. Elakkan mandi di luar rumah misalnya dalam kolam renang jika cuaca terlalu panas. Sebaliknya bilik mandi yang disediakan tub mandian kanak-kanak sudah memadai.

Mandikan bayi setiap kali sebelum tidur jika keadaan cuaca malam terlalu panas. Ini untuk memastikan mereka tidur dalam keadaan yang selesa.

Keselesaan ketika tidur

Gunakan hanya selapis selimut yang nipis ketika tidurkan bayi dalam cuaca panas pada waktu malam. Pastikan bilik anda mempunyai kipas yang berfungsi dengan baik. Jangan gunakan kipas yang menghadap secara sehala kepada bayi anda. Sebaliknya biarkan kepala kipas berpusing secara 180 darjah jika anda menggunakan kipas berdiri atau kipas meja.

Anda juga boleh menghidupkan penghawa dingin pada suhu yang sesuai iaitu antara 23 °C  sehingga 26 °C. Untuk pengetahuan anda penggunaan pendingin hawa sebenarnya lebih baik untuk sistem pengudaraan yang lebih selesa dan ianya selamat bagi bayi. Gunakan fungsi tetapan timer bagi memastikan suhu balik dapat diturunkan pada suhu yang sesuai dalam tempoh masa tertentu.

Elakkan mengeluarkan bayi dari tempat sejuk ke tempat panas secara drastik kerana ini akan memberikan kesan kepada perubahan suhu badan bayi secara mengejut. Sebagai contoh mengeluarkan bayi dari bilik berhawa dingin ke ruang tamu yang bersuhu panas. Cara terbaik ialah menutup terlebih dahulu pendingin hawa dan tunggu seketika sehingga suhu bilik dalam keadaan normal. Kemudian keluar ke ruang tamu seperti biasa.

Semasa dalam kenderaan

Semasa meletakkan bayi dalam kenderaan pastikan cermin kereta anda menggunakan perlindungan tingkap atau shade di sebelah tingkap tempat bayi anda diletakkan. Jangan terlalu lama berada di dalam kereta semasa berada di tempat meletak kenderaan sama ada dalam bangunan tertutup atau ruangan terbuka.

Meletakkan bekas air & tuala basah

Ada yang mencadangkan meletakkan bekas air di sekitar tempat bayi ditempatkan. Misalnya di dalam bilik tidur. Cara ini dikatakan dapat menurunkan suhu persekitaran bilik yang panas.Anda juga boleh meletakkan tuala basah di sekitar katil bayi atau basinet ketika bayi sedang tidur.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan