Rumah yang sempurna ialah rumah yang memiliki sistem pengudaraan yang baik. Sitem pengaliran keluar masuk udara yang baik di dalam rumah akan menghasilkan udara yang bersih dan mengelakkan daripada kewujudan bakteria dan virus yang menjadi punca pembiakan penyakit. Untuk menghasilkan pengudaraan dalam rumah yang baik, tingkap dan pintu memainkan peranan penting dalam senibina sesebuah rumah yang baik.
Jika di kampung kita sering melihat rumah-rumah yang mempunyai tingkap berbentu pintu yang boleh dibuka bermula dari waktu awal pagi sehinggalah ke waktu petang. Dari situ pengaliran udara dapat mewujudkan aliran keluar masuk udara yang sihat, bersih malah dapat menyejukkan udara rumah yang selesa dan tidak terlalu panas.
Berbeza dengan rumah kampung, kebanyakan rumah di kota besar seperti Kuala Lumpur lebih cenderung kepada pembinaan tingkap dan cermin kaca dalam bentuk cermin lutsinar. Ia juga merupakan salah satu bahan terbaik untuk mewujudkan ruang pengudaraan dan pencahayaan rumah yang baik. Namun wujud masalah apabila pintu dan tingkap kaca kotor akibat daripada kesan titisan hujan dan debu halus yang melekat. Secara tidak langsung anda pasti akan melakukan pembersihan cermin dan pintu kaca secara rutin untuk memastikan ia sentiasa berkilat dan bersih.
Oleh itu, untuk membersihkan tingkap dan pintu kaca juga bukanlah semudah yang disangka. Teknik membersihkan bahan kaca seperti tingkap dan pintu ini tidak akan menghasilkan kesan pembersihan yang maksima jika teknik pembersihan yang dilakukan itu salah. Bukan sahaja cermin tidak mampu dibersihkan, malah muncul pula kesan calar yang merosakkan material kaca tersebut.
Peralatan Untuk Membersihkan Tingkap & Pintu Kaca
Anda memerlukan peralatan khas untuk membersihkan cermin dan pintu kaca dari segala kekotoran tanpa meninggalkan kesan calar pada kaca. Jika anda tidak memiliki peralatan lengkap yang diperlukan, peralatan asas seperti sabun dan cecair pembersiah kaca juga sudah memadai.
Selain peralatan yang betul, ikuti teknik membersihkan cermin dan pintu kaca yang betul ini untuk memastikan material kaca terpelihara dari kesan calar. Barangan Yang Diperlukan Untuk Membersihkan Cermin & Pintu Kaca
1.Mr Muscle Kiwi Kleen Superactive Glass Cleaner
Cecair pembersih ini sesuai digunakan untuk permukaan licin seperti tingkap cermin kaca. Ia tidak meninggalkan kesan calar dan coretan yang boleh merosakkan kaca. Ia mempunyai haruman lavender yang memberikan haruman wangian di saat anda mencuci cermin rumah. Anda boleh menyemburnya dengan mudah ke permukaan kaca dan ia semestinya menjimatkan untuk penggunaan yang lebih lama. Anda tidak perlu menggunakan pembersih dengan dengan campuran pencuci lain kerana ia mampu mengilatkan permukaan cermin dengan cepat. Semburkan sedikit cecair ini ke atas kertas atau kain mikrofiber yang bersih dan lap pada permukaan kaca yang ingin dibersihkan.
Baca komen pengguna mengenai kelebihan Mr Muscle Kiwi Kleen Superactive Glass Cleaner
2. Scotch-Brite™ Window Cleaner
Untuk mengelap permukaan kaca, anda perlu menggunakan peralatan mop yang sesuai. Scotch-Brite Window Cleaner adalah mop lembut sesuai untuk cucian tingkap dan pintu kaca tanpa meninggalkan kesan calar. Ia membersih dan mengeringkan kembali kesan semburan sabun tanpa sebarang kesan tompokan pada permukaan kaca. Mop ini ringan dan ia menggunakan kain jenis mikrofiber yang lembut dan mudah dikeringkan.
3. Kain Mikrofiber Berkualiti Tinggi
Untuk mengelap permukaan yang sensitif seperti kaca, anda memerlukan kain mikrofiber kerana ia lebih lembut dan berkualiti tinggi. Ia tidak menanggalkan kesan bebenang yang melekat pada permukaan kaca seperti tuala pembersih dari jenis kapas atau cotton. Untuk menghasilkan pembersihan yang maksimum, anda perlu menggunakan kain jenis mikrofiber
Selain perlatan-peralatan penting ini, anda memerlukan beberapa lagi peralatan sokongan. Antaranya baldi, tangga dan scrapper. Akan tetapi semua peralatan ini anda boleh sediakan apabila benar-benar diperlukan sahaja. Tangga dapat memudahkan anda untuk mencapai kedudukan tingkap atau pintu di bahagian atas. Baldi boleh digunakan untuk membuang perahan air daripada mop cermin. Scrapper pula membantu menghilangkan kesan air selepas cermin dicuci bagi memastikan pengeringan permukaan cermin menjadi lebih cepat.
Cara Betul Membersihkan Cermin & Pintu Kaca Supaya Berkilat, Tidak Calar
Dengan menyediakan alatan yang diperlukan, kini anda boleh memulakan proses cucian tingkap dan pintu kaca. Ikuti kaedah ini untuk mendapatkan hasil cucian permukaan kaca yang bersih pada tingkap dan pintu kaca rumah anda.
- Langkah pertama ialah menyembur cecair pencuci kaca pada permukaan kertas atau kain mikrofiber yang digunakan. Anda juga boleh menyemburnya secara langsung ke permukaan kaca bermula dari bahagian atas.
- Lap secara membulat untuk menghilangkan kesemua kesan tompok dan kotoran pada tingkap. Ia kemudian diikuti dengan mengelap secara melintang dan seterusnya secara menegak. Kaedah ini dapat menghilangkan kesan kotoran dengan lebih baik serta mengilatkan permukaan kaca dengan sempurna.
- Jika tingkap atau pintu kaca anda terlalu tinggi, anda boleh gunakan tangga untuk mencapai kedudukan teratas dan meneruskan lap dengan penggunaan kain mikrofiber atau kertas. Jika tiada tangga, mop Scotch-Brite™ Window Cleaner boleh membantu anda membersihkan permukaan kaca di bahagian tingkap dan pintu kaca yang tinggi dengan mudah. Anda tidak perlu menggunakan tangga. Ketinggian batangnya boleh dilaraskan sehingga ketinggian 3 meter.
- Jika permukaan kaca terlalu kotor, cara terbaik adalah dengan merendam kain mikrofiber ke dalam air sabun. Perah kain sedikit ke dalam baldi dan kemudian lap pada permukaan kotoran yang degil. Setelah itu, gunakan kertas yang disembur dengan cecair pencuci kaca untuk mengilatkan permukaan.
- Langkah terakhir adalah menggunakan sweeper untuk menghilangkan kesan air yang tertinggal pada permukaan kaca. Tarik sweeper bermula dari bahagian atas ke bawah dengan sekali laluan sahaja. Ulangi langkah ini sehingga seluruh permukaan kaca menjadi kering.
Tips Tambahan
1. Bersihkan dari atas ke bawah
Untuk hasil yang benar-benar bersih, mulakan membersih permukaan kaca dari atas ke bawah. Semasa mencuci cermin, air dan cecair pembersih kaca akan menitis dari atas ke bawah. Titisan ke bawah ini daat menyebarkan cacair pencuci dengan mudah keseluruhan cermin. Ia juga untuk mengelakkan daripada terkena sebarang titisan atau sentuhan pada bahagian yang telah dicuci.
2. Cuci semasa hari mendung
Cucian pada hari panas terik akan menyebabkan semburan cecair pencuci kering terlalu cepat sebelum anda sempat menyebar dan mengelapnya ke seluruh permukaan cermin. Jadi waktu membersih yang terbaik ialah pada hari mendung. Anda juga boleh memilih waktu malam. Tanpa cahaya matahari, cecair pembersih yang disembur pada permukaan kaca dapat bertahan lebih lama dan ini dapat menjimatkan produk yang anda gunakan.
3. Gunakan squeegee
Alat ini digunakan untuk menghilangkan air pada permukaan kaca. Ia mempunyai bilah getah yang dapat menolak air pada permukaan licin seperti kaca tanpa meninggalkan kesan garisan yang membuatkan pembersihan cermin kurang memberangsangkan. Terdapat pelbagai saiz dan material squeegee di pasaran pada harga yang berpatutan.
4. Kapas pengorek telinga
Penggunaan kapas pengorek telinga bertujuan untuk menghilangkan kesan kotoran degil yang melekat pada bahagian penjuru tingkap atau pintu cermin. Kotoran ini biasanya melekat di bahagian celahan penjuru cermin di mana ia sukar dibersihkan dengan kain atau kertas.