HomeMalayBolehkah Kita Bersenam Ketika Demam Atau Sakit ?

Bolehkah Kita Bersenam Ketika Demam Atau Sakit ?

Tidak dapat dinafikan bahawa bersenam adalah salah satu cara terbaik dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Bersenam akan membuatkan badan anda rasa lebih sihat hasil daripada pengeluaran toksin melalui peluh. Dengan bersenam, berat badan anda lebih terjaga sekaligus mengelakkan membantu mengelakkan masalah kegemukan. Melaksanakan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu melalui aktiviti sihat seperti berlari dan berjalan mampu memperbaiki sistem kardiovaskular yang menghubungkan jantung dan peredaran dalam dalam badan seseorang. Antara penyakit yang berpotensi dielakkan melalui senaman ialah serangan jantung, darah tinggi dan masalah pernafasan.

Ramai yang berfikir mereka sama sekali tidak akan jatuh sakit hasil daripada rutin bersenam. Sebenarnya walaupun seseorang itu bersenam setiap hari, mereka masih terdedah kepada sakit-sakit ringan seperti selesema, batuk dan demam. Bagi seseorang yang aktif dalam bersenam, ketiga-tiga jenis penyakit ini adalah penghalang terbesar dalam meneruskan aktiviti bersenam. Timbul persoalan di sini sama ada boleh atau tidak seseorang itu bersenam semasa dalam keadaan tidak sihat. Adakah anda patut berehat sepanjang hari di rumah atau meneruskan senaman sama ada di rumah, di luar atau di pusat gimnasium?

Bolehkah bersenam ketika sedang sakit ?

Sudah pasti ramai yang akan memilih untuk berehat di rumah lebih lagi setelah mendapat sijil cuti sakit daripada doktor. Dalam keadaan hidung yang tidak selesa dengan cairan hingus yang tidak berhenti keluar, sudah tentu ia bakal mengganggu pernafasan anda. Ditambah pula dengan suhu badan yang tidak normal berbanding biasa. Lebih menyakitkan apabila disertai dengan batuk. Jalan terbaik ialah berehat dan tidur dalam selimut dan tentu sekali mengambil preskripsi ubat-ubatan sehinggalah badan kembali sembuh sepenuhnya. Itulah sebenarnya jalan terbaik bagi mereka yang sedang mengalami sakit-sakit ringan iaitu mengambil rehat secukupnya di rumah.

Bagi mereka yang aktif dan terlalu gila bersenam, sakit ringan sebegini bukanlah alasan bagi mereka untuk ponteng daripada meneruskan rutin bersenam. Memang tidak salah untuk anda meneruskan senaman dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Namun bagi yang masih giat untuk bersenam ketika sedang sakit, anda juga tidak boleh meneruskannnya secara semberono sahaja. Sudah tentu ada perkara-perkara yang perlu dititikberatkan supaya sakit yang ringan itu tidak bertukar menjadi musibah yang mendatangkan kemudaratan pada diri anda.

Jadi apakah patut anda bersenam ketika sedang sakit? Jawapannya bergantung kepada tahap sakit yang anda alami. Adakah sakit itu menghalang anda daripada bersenam secara keseluruhan? Bagi yang ingin meneruskan hasrat untuk bersenam ketika sedang sakit, ketahui beberapa perkara penting ini sebagai panduan.

Kenalpasti sakit yang dialami sebelum bersenam

Kenalpasti terlebih dahulu jenis sakit yang anda alami. Walaupun demam, selesema dan batuk dikategorikan sebagai sakit biasa, masih terdapat peraturan yang tidak boleh diambil ringan.

Demam & sakit sendi

Suhu badan normal bagi manusia ialah sekitar 36 dan 37 darjah celsius. Demam akan membuatkan suhu badan seseorang itu meningkat. Semasa demam badan kita menyimpan banyak haba dalaman yang membuatkan suhu dalaman dan luaran kita meningkat. Demam juga akan menurunkan tahap imuniti badan seseorang. Oleh itu anda terdedah kepada penyakit lain yang bakal menyerang seperti sakit tekak, batuk dan selesema.

Bersenam ketika suhu badan sedang naik akan meningkatkan lagi kepanasan dalam badan anda. Demam juga boleh menyebabkan dehidrasi dalam badan yang mengakibatkan seseorang mengalami kekurangan air dalam badan. Selain itu, selera makan menjadi terbantut apabila mengalami demam.

Oleh itu, seseorang tidak disarankan untuk bersenam jika suhu badan mencapai atau lebih daripada 38 darjah celsius. Apa yang anda perlu utamakan ialah berehat dan memantau keadaan suhu badan. Elakkan bersenam sebaliknya berehat sehinggalah suhu badan kembali ke bacaan normal.

Demam juga akan membuatkan seseorang mengalami sakit sendi dan kepenatan yang semestinya akan mengurangkan kekuatan dan ketahanan fizikal anda. Oleh itu, jika demam anda diikuti dengan simptom-simptom ini, anda tidak digalakkan sama sekali meneruskan aktiviti bersenam. Idea terbaik ialah berehat dan mengambil ubat-ubatan yang diperlukan.

Selesema & sakit tekak

Seseorang itu masih boleh meneruskan aktiviti bersenam jika mengalami batuk dan selesema yang ringan tanpa demam. Tetapi ia bergantung juga kepada tahap batuk dan selesema yang dialami. Anda harus mengelakkan bersenam jika selesema yang dialami membuatkan anda tidak mampu bangun dari katil dan kerusi. Bersenam bagi mereka yang mengalami selesema adakalanya dapat mengurangkan sumbatan dalam hidung yang sedang dialami, sekaligus membaiki semula keselesaan saluran pernafasan.

Adakalanya selesema juga boleh menimbulkan rasa sakit tekak terutama jika kerap kali bersin. Ia mungkin boleh menyebabkan peningkatan suhu badan. Jika ini terjadi, elakkan diri daripada bersenam. Dapatkan rawatan di klinik atau hospital untuk mendapatkan ubat supaya sakit yang dialami dapat berkurangan dengan segera.

Sakit tekak juga boleh terjadi disebabkan alahan. Jika ini menjadi punca sebenar, bersenam seharusnya tidak menjadi masalah kecuali jika anda mengalami alahan yang menyebabkan rasa sakit tekak yang sangat teruk. Anda harus mendapatkan rawatan terlebih dahulu untuk alahan yang dialami sebelum meneruskan rancangan senaman.

Batuk

Sekali sekala kita mengalami batuk ringan yang tidak membimbangkan. Batuk yang ringan adalah tindak balas biasa apabila berlaku kerengsaan atau cecair yang menghalangi sistem pernafasan. Batuk seumpama ini tidak perlu dirisaukan sebaliknya ia adalah batuk yang baik untuk melegakan sistem pernafasan dan menjaga kesihatan tubuh. Batuk sebegini sama sekali tidak akan mencacatkan aktiviti bersenam anda.

Walaubagaimanapun, anda harus berhati-hati jika mengalami batuk berterusan yang tidak berhenti. Ia mungkin sebagai petanda kepada penyakit lebih serius yang tidak disedari seperti radang paru-paru. Anda tidak akan mampu untuk bersenam dalam keadaan batuk yang berterusan. Ia boleh meningkatkan kesukaran untuk bernafas sehingga anda perlu menarik nafas secara dalam. Ini terlebih lagi apabila kadar jantung anda meningkat semasa latihan. Ini menjadikan anda lebih cenderung menjadi nafas dan lelah. Batuk sebegini perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera dan jalan terbaik ialah mengelakkan daripada aktiviti bersenam.

Gatal-gatal tekak yang mungkin berpunca daripada makan dan debu habuk juga boleh menjadi punca seseorang itu mengalami batuk. Akan tetapi kebiasaannya batuk yang berpunca daripada gatal tekak tidak berbahaya bagi seseorang yang ingin bersenam. Apa yang anda perlu lakukan ialah meminum dan membawa bekalan air putih secukupnya supaya gatal tekak dapat dikurangkan dan dihilangkan.

Sakit perut, muntah & cirit birit

Sakit yang dialami seperti demam boleh juga menyebabkan seseorang mengalami muntah, sakit perut dan cirit birit. Semua keadaan ini akan meningkatkan risiko kehilangan air dalam badan. Perut akan mengalami ketidakselesaan yang boleh menyebabkan kecederaan dalaman jika anda meneruskan aktiviti senaman.

Terdapat sejenis penyakit dalam perut yang sangat berisiko menyebabkan jangkitan kepada individu lain. Penyakit ini dipanggil gastroenteritis iaitu sejenis cirit birit yang boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain. Penyakit ini juga dikenali sebagai ‘selesema perut’. Jika anda mengalami cirit-birit, muntah, dan sakit perut, emam, kekurangan tenaga dan air, ia mungkin salah satu petanda gejala selesema perut. Elakkan bersenam di tempat tertutup seperti pusat gimnasium supaya risiko jangkitan tidak berlaku kepada rakan senaman anda.

Sakit telinga

Penyakit yang dialami seperti demam, batuk dan selesema boleh memberi efek yang tidak sihat kepada kedua-dua belah telinga anda terutamanya jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Jangkitan telinga boleh menyebabkan seseorang mengalami ketidakseimbangan badan yang menyukarkan seseorang berdiri atau duduk ketika melakukan aktiviti senaman. Pastikan anda tidak mengalami jangkitan telinga yang memberi masalah kepada keseimbangan badan. Jika ini terjadi, elakkan daripada bersenam.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan