HomeMalayBiskut Tiger Raikan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan Pergerakan #KekuatanDariDalam

Biskut Tiger Raikan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan Pergerakan #KekuatanDariDalam

Kuala Lumpur, 20 November 2019 – Bersempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2019, Tiger, iaitu jenama biskut di bawah Mondelēz International, hari ini melancarkan pergerakan #KekuatanDariDalam bagi mengenalpasti kepentingan perkembangan kanak-kanak yang holistik, termasuk aspek dalaman yang tidak dapat dilihat mata kasar. #KekuatanDariDalam akan menyatukan semua ibu bapa di Malaysia untuk mengenal, membincangkan, dan memupuk kekuatan karakter kanak-kanak mereka agar dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan.

“Kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi, berani dan tabah akan berjaya menakluki cabaran-cabaran dan merebut peluang untuk berjaya. #KekuatanDariDalam menggalakkan ibu bapa di Malaysia untuk memberikan perhatian yang sama kepada kesejahteraan minda dan emosi kanak-kanak, dengan memfokuskan pada kekuatan karakter mereka,” demikian kata Simon Crowther, Pengurus Pemasaran Kanan, Biskut bagi Mondelēz International (Malaysia, Thailand dan Singapura).

Pergerakan ini mencerminkan konsep jenama Tiger yang bukan sekadar berasaskan matlamat, tetapi juga menggalakkan perubahan dan tabiat yang positif. Tambahan pula, ia selari dengan pendekatan holistik Mondelēz International yang memfokuskan kepada kebaikan semua pengguna. Sebagai syarikat snek yang terkemuka di dunia, Mondelēz berpegang kepada misi untuk memperkasa masyarakat agar memilih snek yang betul. Ia merupakan pemangkin dengan menawarkan snek yang betul, pada waktu yang tepat dan dihasilkan dengan cara yang betul. Justeru, menerusi pergerakan #KekuatanDariDalam,  Tiger berhasrat menyediakan satu platform untuk mencetuskan perbincangan positif dan memberi inspirasi kepada ibu bapa agar mengambil langkah wajar untuk memacu perubahan.

Bagi meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada 20 November 2019, Tiger telah menjemput beberapa selebriti bergelar ibu, iaitu Sheahnee Iman Lee, Sharifah Aleya dan Aishah Sinclair bagi memulakan topik perbincangan berkenaan. Antara aktiviti yang dirancangkan termasuklah satu perbincangan SIARAN LANGSUNG Instagram yang bertajuk ‘Bicara Bersama Mama’ serta tinjauan Instagram untuk para ibu.

Perbincangan ini bertujuan menampilkan perspektif baharu berkaitan perkembangan kanak-kanak, di samping mengubah pemikiran dan mendidik ibu bapa tentang cara memupuk pandangan positif kanak-kanak terhadap kehidupan. Ibu bapa wajar mementingkan aspek ini sebagaimana mereka mementingkan pertumbuhan fizikal dan intelektual.Pada masa yang sama, Tiger juga akan menyampaikan kepada ibu bapa dan kanak-kanak di Malaysia dengan sebuah kotak misteri mengandungi aktiviti Hari Kanak-kanak Sedunia yang menyeronokkan buat seisi keluarga.

Mengulas tentang pergerakan ini, Sheahnee Iman Lee berkongsi, “Zaman dan persekitaran kita telah berubah. Kanak-kanak hari ini bukan sahaja berhadapan aktiviti-aktiviti di sekolah dan kurikulum luar sekolah, malah tekanan daripada persekitaran sosial. Harus diingatkan bahawa mengharungi perkembangan kanak-kanak bukan semudah yang dibayangkan. Justeru, saya amat menghargai usaha Tiger menganjurkan #KekuatanDariDalam bagi mengingatkan ibu bapa bahawa kekuatan dalaman adalah penting terhadap perkembangan holistik kanak-kanak.”

Sharifah Aleya yang masih bergiat aktif dalam dunia korporat pula menegaskan, “Kanak-kanak perlu menyedari bahawa betapa pentingnya mereka berupaya mengawal minda dan emosi mereka. Mereka harus faham bahawa rasa marah, sedih, teruja, keliru, dan sebagainya adalah suatu  perkara yang biasa, kerana mereka bukannya robot. Selaku ibu bapa, kita juga harus meyakinkan kanak-kanak bahawa kita sentiasa berada di sisi mereka, kerana mereka memerlukan bantuan kita untuk mengurus perasaan mereka dengan hati terbuka tanpa sebarang kritikan. Selain itu, kita perlu sentiasa memberi inspirasi kepada mereka untuk mencari kekuatan dalaman mereka. Dalam dunia sebenar, mereka akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan walau apa jua berlaku, penting bagi mereka untuk terus berdiri semula dengan kekuatan dalaman mereka. Saya teruja kerana Tiger telah mengorak langkah dalam menerajui pergerakanseperti  ini.”

Ibu kepada dua cahaya mata, Aishah Sinclair turut menegaskan kepentingan pergerakan ini. “Memupuk kekuatan dalaman kanak-kanak harus bermula di peringkat awal, kerana itulah masa kita mampu membentuk karakter mereka, bak kata pepatah, ‘melentur biarlah dari rebungnya’. Sebagai seorang ibu, saya percaya pengalaman harian dapat mengasah kekuatan karakter seorang kanak-kanak. Nilai-nilai murni seperti keberanian, baik hati, keyakinan diri akan membantu mereka mengatasi cabaran dalam perjalanan pertumbuhan mereka.”

Semangat #KekuatanDariDalam Tiger turut ditampilkan baru-baru ini melalui satu Iklan TV yang amat bermakna dan tepat pada waktunya. Ia menyampaikan mesej bahawa kekuatan sebenar datangnya dari dalam, seterusnya menegaskan betapa pentingnya untuk meningkatkan kawalan minda dan emosi kita terlebih dahulu sebelum kekuatan lain yang boleh dilihat dengan mata.

SIARAN LANGSUNG Instagram ‘Bicara Bersama Mama’

Sertai Sheahnee Iman Lee (@sheahnee) dan Sharifah Aleya (@sharifahaleya) pada Hari Kanak-kanak Sedunia, 20 November, 9.00 malam dalam perbincangan ini.

Tinjauan Instagram untuk Para Ibu

Ikuti Aishah Sinclair (@aishahjennifer) yang bakal menampilkan perspektif baharu tentang cara membesarkan kanak-kanak pada zaman ini.

Saat Berkualiti #KekuatanDariDalam

Sejajar dengan pergerakan ini, Tiger (@tigerbiscuitmy) juga akan menganjurkan satu peraduan Instagram, ‘Kongsi Saat Kekuatan Dari Dalam Keluarga’.  Keluarga bertuah yang terpilih  di Malaysia akan berpeluang memenangi satu percutian ke Tokyo, Jepun. Selain itu, pelbagai hadiah menarik juga akan disediakan untuk pemenang-pemenang mingguan. Bagi menyertai pertandingan ini, sila ikuti beberapa langkah berikut:

  1. Beli mana-mana produk Tiger
  2. Kongsikan pos saat berkualiti keluarga anda di Instagram dengan hashtag #KekuatanDariDalam.

Layari Laman Facebook Tiger Malaysia untuk maklumat lanjut! Pertandingan akan tutup pada 30 November 2019.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan