Petaling Jaya, 31 Oktober 2018 – Kerapkah anda memakan ikan? Bagi kebanyakan warga Malaysia, jawapannya mungkin “tidak cukup kerap”. Pengambilan ikan disamping aktiviti fizikal adalah penting untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian di Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Selain itu, Persatuan Jantung Amerika turut mengesyorkan bahawa kita memakan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu – sebahagian besar daripada kita mungkin merasakan ianya sesuatu yang sukar dicapai.

Asid lemak Omega-3 merupakan lemak sihat yang mengandungi asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). Pengambilan asid lemak Omega-3 yang secukupnya dari diet adalah penting kerana badan kita tidak dapat menghasilkannya.1 Omega-3 memainkan peranan yang penting dalam membantu badan berfungsi dengan sihat secara normal.

Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah satu komponen yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Walaupun terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada tahap kesihatan anda, diet yang seimbang dan aktiviti fizikal yang konsisten adalah penentu utama bagi tahap kesihatan anda.

“BiO-LiFE adalah diantara jenama suplemen nutrisi yang terkemuka di Malaysia dengan pengalaman selama 28 tahun dalam industri penjagaan kesihatan. Kami di BiO-LiFE teruja untuk memperkenalkan MaxX Fish Oil untuk membantu rakyat Malaysia menjaga kesihatan mereka dengan mudah, supaya mereka boleh memberi tumpuan untuk memanfaatkan sepenuhnya kerjaya mereka dan menikmati masa yang berkualiti dengan orang tersayang! Seperti yang kita tahu, senaman fizikal dan pengambilan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 adalah pertahanan terbaik. Walau bagaimanapun, kami faham bahawa penduduk bandar biasanya sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam. Selain itu, tidak semua rakyat Malaysia memakan ikan yang cukup setiap minggu. Ini kerana ikan yang berlemak mahal harganya di Malaysia,” kata Carolyn Kong, Ketua Pemasaran BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd.

Kong seterusnya menjelaskan bahawa BiO-LiFE merumuskan alternatif yang sesuai dengan menyediakan kebaikan minyak ikan yang tinggi dalam kapsul yang mudah untuk dimakan. Syarikat penjagaan kesihatan ini percaya bahawa pencegahan adalah ubat terbaik – satu prinsip yang mendorong pasukan pakar pemakanan, ahli biokimia, teknologi makanan dan mikrobiologi untuk terus memperkembangkan suplemen nutrisi dan ubat-ubatan herba untuk rakyat Malaysia sepanjang 28 tahun di negara ini.

Kini anda boleh menjaga kesihatan dengan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg yang dihasilkan daripada minyak ikan laut bermutu tinggi oleh Epax, jenama global yang dipercayai bagi ramuan nutraseutikal Omega-3 bermutu tinggi dari Norway. Ianya menggunakan hanya bahan mentah yang bersih, lestari dan boleh dikesan, Epax menyediakan ramuan Omega-3 yang selamat dan tulen yang menjangkaui piawaian industri yang tinggi.

BiO-LiFE MaxX Fish Oil mengandungi 330mg EPA, 220mg DHA dan 100mg asid lemak bebas dalam setiap kapsul. Bahan-bahan ini diekstrak daripada ikan kecil dari laut dalam, yang mempunyai konsentrasi pencemaran yang lebih rendah disebabkan kedudukannya pada bahagian bawah rantaian makanan. Bukan itu sahaja, kekotoran juga telah dihapuskan dengan proses penyulingan molekul, yang menghasilkan minyak ikan tulen yang kurang bau dan rasa hanyir.

Dengan hanya satu kapsul BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg sehari sudah cukup untuk memenuhi pengambilan dos asid lemak Omega-3 yang disyorkan bagi penjagaan kesihatan secara am.

“Anda boleh mengambil MaxX Fish Oil 1000mg di mana-mana pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, minyak ikan ini turut berbaloi dengan harganya kerana ianya menyediakan manfaat maksimum asid lemak Omega-3 menerusi gabungan kos dan mutu yang optimum,” Kong menjelaskan.

Jaga kesihatan anda dengan mengamalkan senaman serta pengambilan minyak ikan yang asli dan selamat. Dapatkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg sekarang di farmasi-farmasi di seluruh negara! PEK NILAI BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg boleh didapati pada harga RM159, dalam pek 3 botol, 100 kapsul dalam setiap botol. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://Biolife.2.vu/Maxx.