Mesti ramai orang beranggapan generasi Y dan Z akan amalkan berpantang cara moden. Tak macam generasi X kan.

Berpantang adalah satu tempoh pemulihan emosi dan tubuh badan daripada proses kelahiran. Ada 2 kaedah berpantang iaitu secara tradisional dan moden. Namun tujuannya tetap sama iaitu untuk merawat dalaman badan dan mengembalikan bentuk tubuh badan ke bentuk asal sebelum hamil.

Berpantang secara tradisional ini biasanya kita amalkan bila kita baharu sahaja melahirkan anak pertama. Kebiasaannya wanita dalam pantang akan dijaga oleh orang tua mereka di kampung untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi adalah dalam keadaan yang baik. Dalam tempoh ini orang tua akan mengajar bagaimana cara berpantang yang betul dan perlu diamalkan untuk memastikan badan sihat sepenuhnya supaya pada masa akan datang bila melahirkan anak kedua, ketiga dan seterusnya boleh lah berpantang sendiri.

Walaupun sebelum ini para ibu kebanyakkannya berpantang secara tradisional, namun kini ibu lebih memilih kepada berpantang secara moden. Ini kerana kebanyakkan ibu kini bekerjaya dan perlukan proses berpantang yang mudah dan cepat kerana bagi yang telah mempunyai anak, mereka perlu memberi perhatian juga pada anak-anak yang lain. Selalunya bagi yang bersalin untuk kali kedua dan seterusnya, mereka perlu berpantang sendiri dan tidak lagi dijaga oleh orang tua.

Foto: Rojak Media

BERPANTANG TRADISIONAL VS BERPANTANG MODEN

Antara perkara yang perlu dilalui setiap hari selama tempoh berpantang secara tradisional adalah seperti berikut:-

  • Bertungku
  • Memakai param/pilis
  • Bersalai
  • Berbengkung
  • Memakan jamu dan air rebusan akar kayu
  • Berurut
  • Mandi dengan air rebusan daun dan akar kayu
  • Makan nasi putih dan ikan kering
  • Pakai stoking siang malam

Memang bagus jika dapat mengamalkan kaedah tradisional ni. Badan akan terasa lebih segar dan sihat. Ibu juga mendapat rehat yang cukup kerana segala keperluan dibantu dan disediakan oleh orang tua.

Namun begitu, ada sesetengah amalan berpantang tradisional tidak sesuai kini antaranya makan nasi putih dengan ikan kering semata-mata selama 44 hari. Ibu bersalin sangat-sangat memerlukan nutrisi daripada makanan. Alhamdulillah, kini ramai ibu faham perlunya makan makanan berserat dan berprotein tinggi seperti sayur, buah, ayam, ikan dan daging.

Bertungku pula perlu sesuai mengikut keadaan. Jika dulu czer mungkin jarang berlaku jadi ibu boleh amalkan bertungku semasa berpantang. Kini banyak kes ibu bersalin secara czer, bertungku masih boleh diteruskan cuma bahagian perut perlu dielakkan.

Selain itu kesibukan dan kesuntukkan masa ibu membuatkan ibu lebih memilih kepada berpantang secara moden serta mengambil supplemen untuk dimakan dalam tempoh berpantang. Supplemen juga sangat membantu ibu dalam membekalkan nutrisi dan vitamin penting agar proses berpantang menjadi lebih mudah. Dengan penggunaan supplemen secara konsisten dan mengikut panduan yang diberikan, akan menjamin kesihatan ibu berpantang di samping merawat dalaman dengan cepat. Jimat masa, tidak perlu rebus-rebus, tidak perlu picit hidung telan jamu pahit. Khasiat masih sama namun lebih mudah dan lebih sedap dimakan.

Tidak kira berpantang secara tradisional atau moden, kedua-duanya tetap mempunyai kebaikan. Ianya terpulang kepada pilihan masing-masing. Ramai ibu moden kini yang tidak menghiraukan bab-bab berpantang ini. Masa muda memang rasa tiada apa-apa masalah. Belum masuk umur 40-an nanti, mula lah sakit badan sana sini.

Jadinya, berpantang tetap perlu pantang. Biarlah bersederhana dan ikut kesesuaian. Segalanya untuk kebaikan ibu dan anak juga.

Foto: Inspire Rich

Antaranya berpantang selepas bersalin cara tradisional VS cara moden adalah:

1. Bersama dengan suami

Ini antara perkara penting yang perlu dibincang bersama-sama suami. Isu sensitif. Yang penting perlu kesefahaman.

Banyak sebab mengapa pantang bersama suami itu lama. Sebabnya adalah rahim wanita itu sendiri.

Kalau rahim tidak sihat dan kuat (tidak dinaikkan pada kedudukan asal), wanita akan mudah sakit dan demam. Badan memang jadi sentiasa tidak sihat.

Bersama dengan suami

2. Penyusuan samada menyusu badan ataupun susu formula

Tradisionalnya orang-orang dulu memang wajib menyusukan bayi dengan susu badan.

Dan sekarang bila ada alternatif yang memudahkan, sebab itu lebih kepada susu formula.

Namun kesedaran semakin meningkat kalangan ibu yang bekerja untuk menyusukan bayi dengan susu badan.

Ini lebih kepada pilihan pada ibubapa itu sendiri untuk pilih yang terbaik untuk bayi mereka.

3. Berbengkung herba ataupun bengkung moden

Secara tradisionalnya memang wajib pakai bengkung iaitu bengkung berbentuk zing-zag. Bengkung yang memerlukan bantuan orang lain untuk memakainya. Boleh dikatakan dulu sangat jarang wanita bersalin secara pembedahan. Semuanya bersalin normal malah ada yang bersalin sendirian di rumah kan.

Tapi kebanyakan sekarang bersalin secara pembedahan. Memang bengkung zing-zag tidak boleh digunakan.

Berbengkung perut

Sebab itu ada inisiatif berbengkung dengan cara moden. Cara pemakaian pun mudah dan tanpa perlu bantuan orang lain untuk pakai kan.

Tambahan pula, ada yang berpantang sendirian tanpa keluarga disisi. Harapkan suami sahaja yang membantu.

4. Bertungku tradisional ataupun ambil ubat/vitamin

Bertungku adalah penting untuk kesihatan rahim wanita. Walaupun anda generasi Y ke Z ke Alpha ke memang bertungku bagus untuk kesihatan dalaman dan untuk jangka masa panjang.

Pada masa yang sama, vitamin juga boleh membantu mempercepatkan rahim untuk sihat dan kuat.

Kedua-duanya sama penting dan melengkapi antara satu sama lain.

Bertungku untuk rahim

5. Berurut tradisional ataupun buat senaman selepas bersalin.

Sebenarnya ramai wanita tidak suka berurut. Dikatakannya sakit badan ditekan-tekan tambahan masa nak ‘menaik’kan peranakan.

Sama sakit semasa bersalin.

Memang sakit sangat. Tetapi tahan sakit selama sebulan je pun untuk sihat kemudian hari bagi selama-lamanya.

Berurut secara tradisional sangat penting untuk wanita. Kalau buat senaman memang tidak boleh membantu pun untuk urat-urat yang kembang, kedudukan peranakan di bawah, angin masuk dalam badan untuk dikeluarkan.

Berurut semasa dalam pantang

Dan kalau jadikan amalan ataupun hobi untuk mengurut, pasti badan sentiasa rasa ringan dan cergas.

Suami pun tersenyum tau.

Adakah saya akan sakit jika tidak berpantang?

Amalan pantang secara amnya adalah mengenai tradisi. “Pantang atau tidak, bukan penentu anda sakit atau tidak apabila tua kelak.

Selain Melayu, masyarakat Cina dan India juga ada tempoh berpantang selepas melahirkan. Orang Melayu lebih lama, iaitu lazimnya 44 hari, berbanding Cina dan India, masing-masing dalam 30 hari. Orang Cina di China dan Filipina juga ada tempoh penjagaan selepas melahirkan, tapi dalam konteks sekarang ini, pantang adalah satu perkara yang sangat keMalaysiaan. 

Idea mengenai pantang telah diadaptasi oleh orang Malaysia tanpa melihat rasional di sebaliknya. Belum ada kajian yang menunjukkan ibu yang tidak berpantang akan sakit apabila tua. Walhal ada banyak budaya yang tidak menuntut amalan berpantang, tapi tiada pula laporan menunjukkan wanita mereka lebih berpenyakit. 

Foto: inpro.com.my

Pantang seharusnya mengikut apa yang baik untuk badan anda. Makan untuk keperluan anda dan bayi, dan pastikan anda cukup rehat. Sebaik ada bayi, anda memerlukan bantuan dan rehat, maka itulah matlamat sebenar berpantang. Cuba lihat amalan berpantang dari sudut positif, bukan negatif. Apa yang penting ialah bersederhana dalam mengikuti amalan. Jika anda tidak mampu mengikutinya, buat sekadar yang termampu.

Tidak salah jika anda enggan berpantang seperti orang dulu-dulu, namun pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi. Dapatkanlah bantuan dan sokongan seperti ahli keluarga atau seseorang yang diupah supaya anda stabil dari segi mental dan emosi. Selain itu, jangan lupa mengambil makanan yang sihat dan bernutrisi.

Walaupun datang dari mana-mana generasi pun, sebenarnya amalan berpantang selepas bersalin sangat penting. Ia adalah kunci kepada kesihatan kita pada masa tua.

Rahim yang sihat maka seluruh badan kita turut sihat.

Kalau rahim tidak sihat ataupun rahim jatuh (lemah) ataupun rahim tidak kering, badan kita terutamanya di muka akan menunjukkan tidak sihat.