Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?
Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.
Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Ibu hamil memerlukan nutrien yang secukupnya bagi memastikan anda dan kandungan dalam keadaan sihat. Sebilangan besar ibu mengambil vitamin ibu hamil sebagai makanan tambahan yang diperlukan untuk perkembangan janin.
Diet Bagi Wanita Hamil: Apa Vitamin Ibu Hamil Boleh Makan?
Diet bagi wanita mengandung adalah lebih kurang sama seperti orang lain, merangkumi diet yang seimbang dan mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan sumber protein.
Selain itu, terdapat beberapa nutrien lain yang diperlukan oleh ibu hamil seperti:
- Folate/Asid Folik: Menghindarkan kecacatan janin, terutamanya yang melibatkan saluran, otak dan tulang belakang bayi. Wanita hamil memerlukan asid folik sebagai 1000mg sehari.
- Vitamin D diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Wanita hamil memerlukan sebanyak 600IU sehari.
- Kalsium dapat menguatkan tulang, gigi dan otot ibu dan anak. Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari juga.
Vitamin Pranatal Untuk Ibu Hamil Sebagai Suplemen Tambahan
Walaupun anda mengikut diet yang seimbang, sebagai wanita hamili, sebenarnya agak rumit untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan dalam jumlah yang sama setiap hari.
Oleh kerana inilah, para wanita hamil disarankan mengambil suplemen vitamin khas buat ibu hamil supaya kandungan anda mendapa nutrien yang secukupnya.
Multivitamin adalah makanan tambahan harian yang mengandungi vitamin spesifik yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Mari semak senarai vitamin pranatal untuk ibu hamil yang dipilih berdasarkan undian popular.
1) Obimin Pre and Post Natal Supplement
25% dari pembaca theAsianparent Malaysia mengundi vitamin ibu hamil Obimin, menjadikannya duduk di tempat teratas dalam senarai vitamin ibu hamil yang penting.
Pil yang dimakan sehari sekali ini merupakan pilihan utama bagi wanita hamil kerana selain mengandungi khasiat vitamin dan mineral utama, ia juga mengandungi nutrien-nutrien penting untuk perkembangan janin.
2) Blackmores Pregnancy Gold
Di tempat kedua undian adalah Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold sebagai vitamin wanita yang mengandung.
Di samping mengandungi nutien penting semasa mengandung, suplemen ini juga mengandungi DHA yang bagus untuk perkembangan otak, selain kaya dengan iodin dan vitamin D3.
3) GNC Women’s Prenatal Formula
Selain mengandungi khasiat vitamin penting, GNC Women’s Prenatal Formula membekalkan beta carotene, sejenis antioksidan penting untuk tubuh.
4) Obimin Pluz Complete Antenatal Health Supplement With DHA/EPA
DHA merupakan perbezaan besar yang terdapat di antara Obimin Pluz dan Obimin Pre and Post Natal yang berada di tangga teratas.
DHA merupakan asid lemak yang membantu perkembangan otak dan mata bayi, yang sangat penting apabila anda mencari vitamin ibu hamil terbaik.
Obimin Pluz juga mengandungi Asid Eicosanpentanoic (EPA), untuk fungsi otak maksimum.
5) Nature’s Plus Source Of Life : Prenatal Vitamin and Natural Supplements
Nature’s Plus Source Of Life : Prenatal Vitamin and Natural Supplements menduduki tangga ke 5 pilihan vitamin ibu hamil. Ia mengandungi nutrien seimbang untuk untuk wanita hamil dengan kandungan selamat dan natural, sesuai untuk vegetarian.
Tips pengambilan vitamin dan suplemen
- Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
- Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
- Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
- Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
- Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
- Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.
OVERDOSE VITAMIN SEMASA HAMIL?
Ada juga ibu-ibu yang terlalu teruja untuk amalkan pelbagai vitamin-vitamin semasa hamil hingga boleh mengalami masalah terlebih ataupun overdose multivitamin.
Jadi, jika anda amalkan lebih dari satu jenis Vitamin Kehamilan pastikan anda baca label vitamin tersebut dan tahu berapa jumlah kandungan vitamin yang telah anda ambil.
Ada beberapa terma ataupun istilah yang anda perlu tahu seperti “Recommended Daily Allowance” #RDA Jumlah yang disyorkan untuk individu sihat dan juga wanita hamil atau menyusukan anak.
Upper Limit #UL ataupun Tolerable Upper Intake Level. Jumlah maksima kandungan vitamin yanh boleh diambil tanpa risiko kesan buruk kepada kesihatan.
VITAMIN YG BAHAYA UNTUK KEHAMILAN ?
Bukan semua vitamin baik untuk kehamilan. Ada juga vitamin yang anda perlukan hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Jika anda ambil dalam kuantiti yang banyak atau lebih akan membahayakan kehamilan.
Jurnal kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2000 menyatakan sebanyak 20 kes dilaporkan sejak 1970 berkenaan pengambilan Vitamin A yang tinggi dan kesan buruk kepada janin dan bayi.
Kajian lain pula mendapati pengambilan Vitamin A yang tinggi semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan semasa lahir seperti kecacatan pada mata, tengkorak, paru-paru dan jantung.
Vitamin A hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil dan boleh diperolehi daripada makanan, anda harus mengelakkan daripada mengambil multivitamin ataupun supplement yang mengandungi labih daripada 1,590 mcg (5,000 IU) Vitamin A.
Jadi jika anda mengambil lebih daripada 1 jenis prenatal multivitamin, pastikan anda semak label dan jumlahkan kandungan vitamin A supaya tidak membahayakan kandungan anda.
Semoga info yang diberikan bermanfaat.