Bagi anda yang tengah menjalankan program kehamilan, biasanya doktor meminta anda untuk menjaga berat badan. Apa sebenarnya kaitan antara berat badan dan peluang kehamilan? Benarkah bahawa wanita gemuk sukar hamil?

Sebenarnya, belum ada penyelidikan berkaitan dengan perkara tersebut. Peluang kehamilan ditentukan oleh seberapa normal tempoh haid anda.

Jika tempoh haid anda sekitar setiap 28 hari, maka peluang anda untuk hamil masih terbuka lebar.

Hormon yang tidak seimbang

Perkara yang dikhuatirkan dari berat badan yang berlebih dan obesiti adalah adanya ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Keadaan ini membuat peluang hamil menjadi lebih kecil.

Beberapa wanita yang mengalami kelebihan berat badan mengalami polycystic ovarian syndrome (PCOS). Jika seorang wanita mengalami PCOS, ovariumnya tidak dapat menghasilkan cukup hormon yang merangsang sel telur untuk matang dan terlepas.

Selain itu, keadaan PCOS juga membuat tubuh menghasilkan terlalu banyak hormon insulin. Hormon insulin ini seharusnya membantu tubuh dalam mengimbangkan gula di dalam darah.

Namun, jika insulin dalam tubuh terlalu banyak, ia akan membuat tubuh mengeluarkan hormon lelaki yang bernama androgen. Terlalu banyak hormon androgen di dalam tubuh wanita boleh mengganggu proses pembuahan dan menjadikannya sukar untuk hamil.

Kerana itulah, jaga selalu tabiat pemakanan dan kesihatan pasangan anda jika ingin melakukan program kehamilan.

Foto: Hello Sehat

 

Berat badan yang berlebihan, iaitu melepasi Body Mass Index (BMI) biasanya dikenali dengan istilah obesiti atau gemuk.

Jika dalam usaha untuk memilik zuriat dari rahim sendiri, baca artikel ini selanjutnya dan Ketahuilah kenapa kegemukkan mempengaruhi kesuburan seorang wanita.

Sebelum pergi lebih lanjut, sila ukur paras BMI supaya boleh ambil tindakan segera tidak melebihi tahap bahaya!

Info

Bagaimana mengukur BMI:

  • Berat di dalam kilogram dibahagikan dengan tinggi dalam meter (m2)
  • Berat yang sihat untuk orang dewasa:
  • antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.
  • BMI antara 25-29.9 kg/m2 dikategorikan sebagai terlebih berat
  • BMI 30 kg dikategorikan sebagai obesiti.

Mengapa wanita Gemuk punca sukar hamil?

Dalam sebuah kajian, wanita gemuk yang paras BMI melebihi paras 30 potensi kehamilan berkurang sebnyak 35% jika nak dibandingkan dengan wanita yang mempunyai paras BMI normal.

Walaupun menggunakan kaedah teknologi bayi tabung uji juga tidak membantu kerana sukar untuk menanam benih (embrio) yang telah disenyawakan kedinding rahim.

wanita gemuk juga boleh hamil, tetapi kadar peratusnya sangat rendah. Jika anda bercadang ingin mempunyai zuriat sendiri nekadlah untuk menurunkan berat badan.

Berat Badan Berlebihan Risiko Semasa Hamil

Jika kehamilan berlaku ketika berat badan dalam julat obesiti anda juga diancam bahaya, ibu yang obesiti kebarangkalian untuk mendapat kecing manis dan darah tinggi ketika hamil adalah tinggi.

Langkah menurunkan Berat badan Selamat

Antara persediaan untuk hamil, Mesti kurangkan berat badan sebelum kita merancang untuk mengandung. Sekiranya kita merancang untuk hamil dalam masa terdekat, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai berat badan ideal yang boleh dicapai melalui diet seimbang dan senaman.

Jadi sebaiknya berusahalah untuk menurunkan berat badan secara selamat dan semulajadi, Bagaimana yang dikatakan selamat

  • Rancang permakanan seimbang,
  • Berhenti merokok
  • Jangan minum minuman keras (alkohol)
  • Lakukan senaman
  • Pengambilan suplemen yang betul

Foto: dtskin.com

TERMA obesiti merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 30 peratus lebih dari yang sepatutnya. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja apabila individu tersebut kurang melakukan aktiviti, pemakanan yang tidak sihat dan boleh jadi juga masalah berkaitan dengan penyakit yang ada di dalam tubuh individu terbabit.

Jika dilihat pada luaran, ada segelintir masyarakat mentafsirkan golongan obesiti ini sebagai si tembam, memang ada kalanya nampak comel lebih-lebih lagi jika ia dialami oleh wanita. Tapi awaslah jika wanita obesiti itu berkahwin, ada sedikit berita buruk menanti mereka.

Satu kajian yang telah dilakukan menemui fakta bahawa wanita obesiti berisiko sebanyak 28 peratus untuk tidak mengandung dan jika mengandung pun kandungan mereka tidak berjaya ke peringkat kelahiran.

Kajian tersebut telah dibuktikan oleh seorang penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Ginekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat, Barbara Luke.

Luke telah melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita yang menggunakan teknologi reproduktif. Kajian tersebut telah diterbitkan pada bulan November tahun lalu.

Kata Luke, tidak mengejutkan jika mereka yang mengalami obesiti sukar hamil kerana tubuh wanita itu tidak bersedia untuk pembesaran janin. Bagaimanapun tidak mustahil untuk wanita obesiti menjadi seorang ibu jika dia berjaya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Sebagai sebahagian dari kajian tersebut, Luke juga melihat bagaimana teknologi reproduktif dapat membantu wanita obesiti untuk mengandung. Luke turut membandingkan keputusan wanita dengan berat badan normal (BMI 18.5-24.9), wanita yang mengalami berat badan berlebihan (BMI 25-29.9), obesiti kelas 1 (30-34.9), kelas 2 (35-39.9) dan kelas (40 dan ke atas).

Beliau mendapati wanita yang mengalami obesiti pada kelas 3 mempunyai sebanyak 35 peratus risiko untuk tidak mengandung. Obesiti kelas 2 pula sebanyak 28 peratus tidak boleh mengandung dan sebanyak 3 peratus untuk wanita yang mengalami berat badan berlebihan.

Vitamin untuk kesuburan suami

Zink Complex

  • Membantu lelaki dari meningkatkan nafsu seks.
  • Perlu untuk penghasilan sperma berkualiti.
  • Meningkatkan tahap hormon testosteron.

Vitamin E Complex

  • Dikenali sebagai vitamin cinta
  • Kajian lain pula membuktikan Vitamin E mempertingkat kesihatan dan kualiti sperma.
  • Pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E.

Vitamin untuk kesuburan Isteri

Gla Complex

  • Membantu menstabilkan hormon dan kitaran haid
  • Membantu penghasilan mukus serviks berkualiti
  • Membantu melicinkan perjalanan sperma berenang ke ovum
  • Meningkatkan jangka hayat sperma dalam ovum sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.
  • Boleh membantu atasi masalah senggugut (period pain)
  • Memperkuat placenta dan menebalkan lapisan uterus

Vitalea Iron Formula

  • Memastikan survival sel untuk terus hidup
  • Membantu dalam pertumbuhan sel baru
  • Membantu dalam proses tumbesaran
  • memperkuat sistem reproduksi lelaki dan wanita

B Complex

  • Menolong proses sintesis bahan genetik sel-sel tubuh
  • Memperkasa fungsi otak
  • Risiko keguguran dapat dikurangkan
  • Risiko kecacatan bayi semasa lahir dapat dikurangkan
  • Membantu melegakan stress bagi lelaki atau wanita

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino dalam pembentukan sel.
  • Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan
  • Sumber protein biologi lengkap berasaskan tumbuhan semulajadi.

Alfalfa Complex

  • Membantu mengurangkan sakit ketika bersama
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Membantu atasi masalah haid yang tidak menentu
  • Berfungsi seperti kacip fatimah merapatkan kembali keintiman isteri

 

Foto: akootehotniet.com

Apa yang anda boleh lakukan?

  • Kurangkan berat badan sebelum mengandung. Jika anda telah merancang untuk mengandung pada satu masa terdekat, jumpalah dengan doktor anda. Dia akan memberikan anda nasihat tentang berat badan yang sepatutnya yang boleh dicapai menerusi diet dan senaman.
  • Pantau berat badan anda. Jika anda telah disahkan mengandung, jangan pula anda mahu berdiet untuk kuruskan badan.
  • Senaman. Ia perlu dilakukan secara rutin walaupun setelah anda mengandung. Tanya pakar senaman dan doktor tentang senaman yang sesuai terutama ketika mengandung.