HomeMalayBayi anda alami demam kuning? Cuba 8 tips mudah atasinya

Bayi anda alami demam kuning? Cuba 8 tips mudah atasinya

Penyakit kuning pada bayi atau jaundis adalah penyakit yang biasa melanda bayi baru lahir berusia antara 2-3 hari selepas kelahiran. Walaupun ia adalah penyakit yang biasa berlaku, rawatan intensif dari pegawai perubatan masih diperlukan. Ada tak sebarang petua hilangkan kuning bayi?

Menurut pakar kesihatan, penyakit kuning pada bayi ini lebih kerap terjadi kepada bayi yang diberi susu ibu, dan ia mengambil masa yang lebih lama untuk pulih semula.

Sebelum kita membincangkan petua hilangkan kuning bayi, mari baca panduan ini dulu untuk lebih memahami tentang penyakit kuning pada bayi.

Foto: furbymoms.com

Apakah penyakit kuning pada bayi?

Penyakit kuning adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kekuningan dan matanya kelihatan putih.

Ia disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan.

Bilirubin pula ialah pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah.

Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin dari badan janin. Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini.

Kalau hati bayi belum berkembang sepenuhnya, ia tidak akan dapat melakukan proses ini dengan berkesan.

Apabila bayi lebih tua dan jumlah sel darah merahnya semakin menurun, tahap kekuningan pada bayi juga akan berkurangan. Ini biasanya mengambil masa 1-2 minggu selepas kelahiran.

Mula-mula wajah bayi anda akan menjadi kekuningan, kemudian dada, perut, dan akhirnya tangan dan kaki. Keadaan ini sukar dikesan jika bayi berkulit gelap dan hanya dapat dilihat di bawah sinar matahari.

Jika doktor mengesyaki bayi mempunyai penyakit kuning, dia akan memeriksa tahap bilirubin dalam badan bayi melalui ujian darah. 

Apa yang menyebabkan penyakit kuning pada bayi?

Sing Health mendedahkan beberapa punca penyakit kuning pada bayi:

  • Kerosakan sel darah disebabkan oleh lebam yang berlaku semasa proses kelahiran atau berlaku bekuan darah di kepala mereka.
  • Antibodi ibu yang menyerang sel darah merah bayi.
  • Kekurangan G6PD
  • Jangkitan sistem air kencing atau darah
  • Penyakit kuning pada bayi yang mengambil masa lebih dari 2 minggu untuk pulih mungkin tanda jangkitan, masalah saluran hempedu, atau tanda penyakit yang menyerang metabolisme
  • Bayi pramatang kerana hati bayi belum berkembang sepenuhnya.

Tetapi ada juga bayi yang mengalami penyakit kuning, walaupun tidak mempunyai sebab-sebab seperti di atas.

Foto: Mingguan Wanita

Jenis-jenis penyakit kuning pada bayi

1. Fisiologi kuning

Menurut American Pregnancy Association (APA), sebanyak 60% bayi baru lahir akan mengalami penyakit kuning jenis ini dalam minggu pertama. Penyakit kuning pada bayi ini disebabkan oleh peningkatan tahap bilirubin dalam tubuh bayi.

2. Penyakit kuning susu ibu

Menurut Healthline, penyakit kuning susu ibu adalah sejenis penyakit kuning yang berlaku apabila bayi berumur 4-7 hari dan boleh berterusan selama 3 hingga 10 minggu. 

Ini biasanya berlaku kepada bayi pramatang yang sedang menerima susu ibu.

Pakar kurang pasti punca penyakit kuning susu ibu, tetapi teori menganggap ia mungkin disebabkan oleh komponen susu ibu yang menghalang pemecahan bilirubin. Punca penyakit kuning susu ibu juga mungkin akibat keturunan keluarga.

Jangan rasa bersalah dan membuat keputusan terburu-buru untuk berhenti menyusukan anak. 

Selagi bayi anda masih menyusu dengan baik dan paras bilirubinnya sentiasa dipantau, komplikasi yang serius jarang berlaku.

3. Penyakit kuning pada bayi kerana susu ibu tidak mencukupi

Kadar bilirubin yang tinggi boleh mengambil masa yang lebih lama untuk reda apabila bayi tidak mendapat susu yang mencukupi. 

Apabila bayi tidak mendapat susu yang diperlukan, ini akan melambatkan sistem pencernaannya. Bilirubin dalam perut akan diserap kembali ke dalam aliran darah kerana tidak berjaya disingkirkan.

Jangan kelirukan penyakit kuning akibat susu ibu yang tidak mencukupi dengan penyakit kuning susu ibu kerana ia adalah berbeza.

Penyakit kuning pada bayi akibat susu ibu yang tidak cukup disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Masalah latching bayi pada puting payudara ibu
  • Susu ibu yang tidak lancar
  • Susu ibu lambat keluar
  • Masa yang terhad untuk menyusu kerana peraturan hospital

Foto: OSA Publishing

JENIS-JENIS DEMAM KUNING

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

1. DEMAM KUNING NORMAL (PHYSIOLOGICAL JAUNDICE)

Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

2. DEMAM KUNING PRA-MATANG

Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

3. DEMAM KUNING SUSU IBU (BREAST MILK JAUNDICE)

Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Foto: Fed is Best

Rawatan fototerapi untuk penyakit kuning pada bayi

Doktor hanya akan memutuskan rawatan fototerapi selepas rawatan lain tidak berjaya. Fungsi cahaya biru ialah untuk mengurangkan tahap bilirubin dalam badan bayi anda.

Kedua-dua mata bayi akan ditutup untuk melindunginya dari cahaya terang dan semasa sesi fototerapi, doktor dan jururawat akan memantau tahap bilirubin serta tanda-tanda kesihatan bayi anda.

Tubuh bayi akan dibalikkan beberapa kali untuk memastikan semua bahagian tubuhnya terkena cahaya biru.

Jika bayi mengalami dehidrasi semasa terapi, dia akan diberikan cecair intravena. Apabila tahap bilirubin bayi anda turun, terapi akan dihentikan dan dianggap selesai.

Jika bayi anda kelihatan kuning, hubungi doktor anda untuk mendapat rawatan segera.

Jom kami kongsikan 8 petua hilangkan kuning bayi dengan cepat yang terbukti berkesan

1. Kenal pasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Selepas bayi dilahirkan, dalam tempoh 3 hari pertama,  pastikan anda sentiasa memeriksa bayi anda untuk memastikan bebas jaundis. Anda boleh melalukan pemeriksaan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis. mata & kulit akan berubah menjadi kuning. Jika anda was-was, segera pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Jauhi warna kuning

Apabila membeli peralatan bayi, elakkan membeli baju, sarung tangan & kaki, selimut, sarung bantal, dan cadar yang berwarna kuning.

Ibu juga perlu mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna kuning pada 3 hari pertama bayi dilahirkan. Ini adalah salah satu petua yang kami kutip dari seorang bidan yang mempunyai pengalaman menjaga ibu berpantang selama berpuluh-puluh tahun.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula.

4. Susu kambing

Ini juga adalah petua paling senang untuk menurunkan jaundis atau demam kuning yang kami dapat dari bidan tersebut. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan dalam peti ais. Caranya, titiskan sedikit susu kambing ke dalam mulut bayi.

Seeloknya ibu juga minum susu kambing kerana khasiatnya akan sampai kepada bayi apabila menyusu. Kenapa susu kambing? Susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, malah Rasulullah saw juga minum susu kambing semasa baginda bayi.

petua hilangkan kuning bayi

Foto: Iluminasi

5. Mandikan bayi dengan air daun inai

Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis.

6. Perahan anggur hitam

Petua hilangkan demam kuning yang seterusnya ialah dengan memberikan bayi air perahan anggur hitam. Titiskan ke mulut bayi. Insya Allah ianya membantu.

7. Pati kurma

Ibu perlu banyak minum pati kurma. Pati kurma banyak dijual di kedai arab. Caranya, ambil 2 sudu setiap pagi atau jadikan jus untuk diminum pagi & malam sepanjang anak anda terkena demam kuning.

8. Elakkan makan jamu & herba

Apabila anak terkena jaundis, para ibu dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang jamu & herba seperti lada hitam, kunyit, dan halia kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan jaundis lambat pulih.

 

Semoga perkongsian kami bermanfaat buat anda.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan