Demam, selesema dan batuk adalah antara penyakit yang biasa dialami oleh bayi dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada cara untuk menangani dan mengurangkan ketidakselesaan bayi semasa sakit. Berikut merupakan beberapa informasi penting tentang gejala sakit yang sering dialami oleh kanak-kanak serta cara-cara untuk menanganinya.
Demam
Demam lazimnya terjadi disebabkan tubuh badan seseorang sedang melawan jangkitan. Gejala demam yang berlaku pada bayi amat merisaukan ibu bapa terutama jika bayi anda mengalami demam panas. Sebenarnya, gejala demam tidak selalunya menyebabkan bahaya kepada bayi kerana demam adalah sebahagian daripada cara semula jadi badan bayi untuk melawan penyakit.
Berikut merupakan simptom-simptom demam yang perlu anda ketahui. Gunakan informasi di bawah sebagai persediaan diagnosis. Namun, anda perlu ingat bahawa si manja anda tidak semestinya akan menunjukkan semua simptom di bawah!
Demam disebabkan oleh demam selesema:
*Hidung kemerah-merahan
*Bersin
*Sakit kepala atau sengal-sengal badan (akan merengek dan menangis)
*Hilang selera makan
*Badan menggigil
Demam disebabkan oleh selesema:
*Hidung kemerah-merahan
*Batuk kering
*Sakit-sakit badan
*Hilang selera makan
*Pening kepala
*Muntah dan cirit-birit
Demam disebabkan oleh jangkitan pada telinga:
*Sering korek telinga
*Sakit telinga atau kepala
*Berjalan malam
*Gagal bertindak balas kepada bunyi
*Pening kepala
*Kurang selera makan
*Keluar darah pada telinga
Demam disebabkan oleh sakit tonsil:
*Tidak mahu makan atau minum (kerana sakit untuk menelan)
*Tekak merah
*Tonsil bengkak
*Bengkak pada limfa
*Sakit perut
Selesema
Kanak-kanak yang mengalami selesema akan kerap merengek dan meragam kerana selesema mengganggu sistem pernafasan mereka dan membuatkan mereka tidak selesa. Malah, anak anda mungkin akan berada dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Hal ini kerana mereka tidak selesa untuk makan dan minum. Selain itu, selesema juga ada kalanya menyebabkan mereka demam.
Jika si kecil anda mengalami simptom-simptom di bawah, dia mungkin mengalami selesema:
*Suhu badan melebihi 38°C
*Lesu
*Kesejukan
*Masalah pernafasan seperti hidung berhingus dan batuk
*Kurang selera makan
*Sakit tekak
*Kelenjar tekak bengkak