Buttercup adalah mentega lepa susu yang digunakan untuk memasak serta membakar. Apabila Buttercup mengatakan jenama mereka adalah mentega lepa susu pilihan utama rakyat Malaysia, ia bukan sekadar satu propaganda. Lihat di pasaraya dan kedai-kedai runcit seluruh Malaysia, Buttercup sangat banyak dan mudah didapati di bahagian simpanan produk tenusu untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Sejenis lemak campuran

Buttercup adalah lemak makanan yang berada dalam kategori lepa susu atau dipanggil melange/butter-blend. Kesemua istilah tersebut beerti ‘campuran’. Bahan utama Buttercup terdiri daripada minyak sayuran berkualiti tinggi dan lemak susu premium.

Jadi, jika margerin konvensional diperbuat daripada minyak sayuran dan mentega diperbuat daripada lemak susu haiwan, Buttercup pula adalah olahan kedua-duanya. Lepa susu seperti Buttercup ini dihasilkan sebagai alternatif kepada marjerin, di mana rasa dan kualitinya setanding dengan mentega asli.

Rasa dan aroma

Lantaran lepa susu Buttercup mempunyai produk tenusu di dalamnya yang dicampur dengan minyak sayuran, ia memberi aroma tersendiri pada hasil masakan dan produk bakar. Biskut dan kuih-muih yang menggunakan lepa susu Buttercup mempunyai bau yang menyelerakan dan rasa yang lemak dan enak. Kerana rasa yang ditawarkan dan harganya yang ekonomikal, maka tidak hairan Buttercup menjadi pilihan untuk kegunaan isi rumah malah bagi pengusaha yang menjalankan perniagaan produk bakeri.

Bebas lemak trans

Buttercup turut memaklumkan bahawa produk lepa susu mereka bebas daripada mengandungi lemak trans. Lemak trans diketahui sebagai lemak yang berbahaya kepada kesihatan. Pengambilan lemak trans secara berlebihan akan meningkatkan kandungan kolesterol jahat iaitu Low Density Lipoprotein (LDL) yang bekerja mengangkut kolesterol ke seluruh badan. Lemak trans juga akan menurunkan kadar kolesterol baik iaitu High Density Lipoprotein (HDL). HDL adalah penting bagi tubuh kerana ia memungut kolesterol yang berlebihan dan dibawa ke hati untuk disingkirkan.

Produk tenusu memang mempunyai lemak trans semula jadi, namun ia adalah dalam jumlah yang sangat kecil. Sebaliknya, sebilangan besar lemak trans dalam makanan terproses adalah jenis sintetik. Lemak trans jenis ini terhasil melalui proses industri apabila hidrogen ditambah ke dalam cecair minyak sayuran untuk membentuk lemak pepejal.

Jadi, kebanyakan produk lemak daripada pepejal seperti margerin, lepa susu dan seumpamanya mengandungi lemak trans sintetik yang tinggi sedangkan pengambilan lemak trans dalam diet harian perlu kurang 1% daripada jumlah tenaga harian yang diperlukan oleh setiap individu.

Apabila Buttercup mengambil inisiatif untuk menghasilkan lepa susu bebas lemak trans, ia adalah satu langkah positif bagi mendorong budaya pemakanan yang lebih sihat bagi kita. Apatah lagi orang Malaysia amat gemar makanan berasaskan biskut dan kuih-muih malah diambil setiap hari, sekurang-kurangnya di sini kita dapat membataskan pengambilan lemak trans dalam makanan harian.

Selain bebas lemak trans, Buttercup dalam tong dan tub juga diperkayakan dengan lapan vitamin tambahan iaitu vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12, D3 dan vitamin E.

Untuk setiap keperluan

Bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza, Buttercup Luxury Spread dijual dalam pelbagai saiz bermula dari bungkusan sekecil 250gram hingga dalam bekas seberat satu kilogram selain mempelbagaikan rasa dengan mendatangkan beberapa jenis produk yang lain termasuk Buttercup Gold Canola Regular, Buttercup Garlic Spread With Herbs, dan Buttercup Gold Canola Olive.

Buttercup baru-baru ini memenangi Anugerah Pilihan Pembaca MamaPapa untuk kategori Mentega Lepa Susu Untuk Seisi Keluarga.

 

Layari www.buttercup.com.my untuk maklumat lanjut.