HomeMalayBagaimana Mengawal Ketagihan Gajet Di Kalangan Kanak-Kanak Secara Halus

Bagaimana Mengawal Ketagihan Gajet Di Kalangan Kanak-Kanak Secara Halus

Ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak pada hari ini bukan lagi satu perkara asing. Di mana-mana sahaja kita melihat kanak-kanak bebas memegang gajet di tangan. Perkara ini tidak lagi dianggap pelik kerana trend masa kini telah berubah. Kemajuan teknologi gajet yang dipasang dengan pelbagai aplikasi permainan dan hiburan yang menarik minat kanak-kanak terus berkembang dari sehari ke sehari. Kanak-kanak seawal usia dua tahun telah mula didedahkan dengan penggunaan gajet terutama telefon pintar dan tablet. Perkara ini tidak boleh dielakkan kerana ibu bapa sendiri tidak dapat mengawal penggunaan gajet di hadapan anak-anak mereka yang membuatkan kanak-kanak tertarik untuk menjadikan ia sebagai salah satu alat permainan.

Gajet Dijadikan Sebagai Alat Untuk Mengawal Kanak-Kanak

Jika anda masih ingat pada masa dahulu ketika kita masih kecil dan suka meragam, ibu bapa akan memeluk dan melayan karenah kita sehingga akhirnya kita berhenti dari terus menerus membuat ragam. Kanak-kanak pada masa itu merasai sepenuhnya perhatian dari ibu bapa walau dalam keadaan apa jua kelakuan dan tindakan mereka yang tidak menyenangkan hati ibu bapa.

Berbeza dengan kaedah atau cara ibu bapa pada hari ini, gajet menjadi sandaran bagi ibu bapa mengawal anak yang suka meragam. Menonton video animasi dan kartun selama berjam-jam di telefon pintar dan tablet membuatkan kanak-kanak asyik dalam dunia mereka sendiri. Sama halnya dengan permainan video. Ketagihan kanak-kanak dalam permainan video telah mengubah corak sosial mereka. Interaksi dengan keluarga dan rakan-rakan bukan lagi satu keutamaan.

Tujuan asal mengawal anak-anak dengan permainan gajet akhirnya bertukar sebaliknya. Gajet pula yang telah mengawal mereka. Kanak-kanak tidak lagi berminat berinteraksi dengan dunia luar dan orang-orang di sekeliling mereka. Dunia eksplorasi kanak-akank telah menjadi sempit kerana mereka hanya fokus kepada permainan gajet. Inilah keadaan yang berlaku apabila kanak-kanak mengalami ketagihan gajet.

Bagaimana Mengawal Ketagihan Gajet Di Kalangan Kanak-Kanak

Setiap perkara pasti ada hadnya. Begitu juga dengan penggunaan gajet. Sedangkan orang dewasa sendiri perlu bijak mengawal penggunaan gajet supaya tidak menjejaskan prestasi dan masa yang ada, inikah pula anak-anak yang masih kecil.

Sebagai ibu bapa andalah yang bertanggungjawab menetapkan had penggunaan gajet untuk anak-anak mereka. Menengking, marah-marah dan membentak mereka supaya tidak terlalu asyik dengan gajet tidak memberikan kesan kepada jiwa mereka. Cara terbaik adalah mengawal mereka secara halus.

Banyakkan Masa Bersama Anak-Anak

Dunia kanak-kanak adalah bermain. Mereka juga seronok apabila diberikan perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa. Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab untuk bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga. Ada masanya anda fokus terhadap kerja. Tetapkan waktu selebihnya untuk anak-anak anda. Beri perhatian sepenuhnya ketika anda bersama mereka di rumah atau ketika keluar berjalan-jalan.

Rancang aktiviti sepanjang minggu sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal supaya anda tahu tentatif yang bakal dilakukan bersama anak-anak. Hujung minggu dan waktu malam pada hari minggu adalah masa terbaik untuk anda luangkan masa bersama anak-anak.

Sibukkan diri anda dan anak-anak daripada perkara-perkara berkaitan gajet. Antaranya :

  • Bacakan buku cerita setiap kali anak tidur
  • Luangkan masa menonton filem keluarga bersama-sama
  • Memasak menu khas bersama-sama
  • Bersenam dan berjoging di taman
  • Bermain di taman permainan
  • Bercucuk tanam di halaman rumah
  • Bermain puzzle
  • Berborak mengenai topik kegemaran anak anda
  • Makan malam bersama
  • Mengunjungi perpustakaan

Semasa berkumpul bersama keluarga, tetapkan peraturan larangan atau hadkan penggunaan gajet terutama akses ke media sosial dan permainan video yang boleh mengganggu kualiti masa anda bersama keluarga.

Jadilah Contoh Kepada Anak Anda

Perlakuan ibu bapa menjadi tontonan dan contoh ikutan kepada anak-anak anda. Ibu bapa hari ini juga tidak dapat lari dari penggunaan gajet dengan terlalu banyak akses ke media sosial, melayan video di youtube serta berbalas-balas mesej tanpa henti sepanjang hari. Malah ketika di hadapan anak-anak juga gajet seolah-olah tidak lekang dari tangan ibu dan bapa. Maka tidak hairan jika anak anda yang masih kecil turut melakukan perkara yang sama.

Jadikan diri anda sebagai contoh yang baik kepada anak-anak dari sudut penggunaan gajet. Layani anak-anak anda bersembang dan berborak mengenai topik-topik yang disukai. Banyakkan membaca buku di hadapan mereka daripada memegang peralatan gajet. Mulakan ucapkan selamat pagi terlebih dahulu kepada setiap ahli keluarga daripada memberikan ucapan selamat pagi menerusi aplikasi mesej. Beli surat khabar setiap hari, letakkan di rumah dan baca di hadapan anak-anak anda.

Tetapkan Jadual Penggunaan Gajet

Perkara ini kedengaran agak tegas. Namun sebagai ibu bapa anda berhak untuk menentukan peraturan tertentu dalam keluarga terutama yang melibatkan kualiti masa bersama keluarga. Menetapkan jadual penggunaan gajet bukanlah suatu penderaan kepada anak anda. Sebaliknya ia sebagai satu cara mendidik mereka tentang pembahagian masa.

Peraturan penggunaan gajet sesuai diaplikasikan ketika seluruh ahli keluarga sedang berkumpul bersama-sama. Peraturan ini juga berguna terutama bagi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan penting di peringkat sekolah. Ia juga dapat mengelakkan anak-anak daripada tidur sehingga lewat malam yang menyebabkan mereka bangun lambat dan malas untuk ke sekolah. Penetapan jadual penggunaan gajet perlu untuk memastikan masa mereka tidak dihabiskan sepanjang hari dengan aktiviti tidak berfaedah seperti melayani media sosial, menonton televisyen berlebihan, bermain permainan video dan sebagainya.

Pastikan anda mengedarkan jadual penggunaan gajet kepada setiap ahli keluarga atau menampalnya di sudut dinding yang boleh dilihat oleh semua.

Cipta Ruang Zon Bebas Gajet Dalam Rumah

Jika kerajaan boleh melaksanakan zon larangan merokok di restoran dan kedai makan, anda sebagai ibu bapa pula boleh wujudkan zon larangan bermain gajet di rumah. Contoh zon larangan tersebut adalah seperti ketika di meja makan, bilik membaca dan ulangkaji, bilik air dan tandas.

Jika anda pelik melihat anak anda sering membawa telefon bimbit ke tandas dan bilik mandi, mencipta zon larangan gajet ini sememangnya sesuai untuk anda. Duduk berbincang bersama setiap ahli keluarga mengenai penetapan zon larangan yang ditentukan. Tampal stiker “Zon Larangan Gajet” supaya setiap ahli keluarga tahu undang-undang yang telah ditetapkan.

Permohonan Memiliki Gajet

Walaupun gajet terutama telefon pintar dilihat sebagai satu keperluan yang harus bagi setiap individu, namun ada had peringkat umur yang layak untuk memiliki gajet seperti telefon pintar. Kebiasaanya, anak-anak yang masih bersekolah di peringkat rendah gemar memohon kepada ibu bapa untuk membelikan mereka hadiah berupa gajet. Antara yang menjadi kegemaran mereka adalah telefon pintar dan permainan konsol seperti PS4.

Ibu bapa tidak seharusnya memanjakan anak dengan memberi hadiah berupa gajet. Pelbagai lagi idea barangan yang sesuai dihadiahkan mengikut umur mereka. Anda boleh menetapkan syarat umur untuk permohonan memiliki gajet pada usia tertentu dan maklumkan kepada anak-anak yang masih kecil supaya mereka faham mengenainya.

Segalanya Bermula Dari Ibu & Bapa

Ibu bapalah sebenarnya yang memainkan peranan dalam mengawal ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak. Tanpa peranan ibu bapa, sukar bagi peringkat umur anak-anak yang masih belum matang dalam berfikir untuk menentukan baik buruk penggunaan gajet.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan