Bagaimana Memilih Sunscreen Terbaik Buat Si Kecil

Product Details

Umur enam bulan dan ke atas adalah umur paling sesuai bagi seorang kanak-kanak mengenakan krim pelindung matahari. Vitamin D yang diperolehi daripada cahaya matahari sebenarnya amat baik untuk kulit. Namun ada waktu-waktu tertentu pendedahan kanak-kanak terhadap cahaya matahari perlu dielakkan iaitu pada jam antara 10 pagi sehingga 2 petang. Jika perlu juga, pastikan tempoh masa pendedahan terlalu minimum iaitu antara 15 ke 20 minit sahaja. Pendedahan di bawah cahaya matahari yang terlalu lama akan mengundang risiko terhadap kesihatan kesan daripada sinaran UV yang mengandungi komponen radiasi yang tidak sihat untuk kulit.

Disebabkan itu bayi dan kanak-kanak memerlukan perlindungan khas untuk kulit mereka apabila berada di luar. Selain bersedia dengan pakaian dan topi yang sesuai, anda juga boleh membekalkan mereka dengan krim pelindung matahari. Terdapat dua jenis iaitu sunscreen  dan sunblock. Namun bagi kanak-kanak penggunaan sunscreen adalah lebih sesuai dan dicadangkan oleh pakar kesihatan.

Tips Pilih Sunscreen Terbaik Untuk Si Kecil

1) Lihat Nilai SPF

SPF merujuk kepada ‘Sun Protection Factor’. Pelindung matahari yang bagus dinilai melalui nilai yang terdapat pada label produk seperti nilai 30, 50, 75 dan 100. Ia adalah nilai di mana krim akan melindungi kulit daripada UVB sahaja sebelum kepanasan matahari membakar pada kulit. UVA tidak dinilai dalam SPF. Bagi kanak-kanak, nilai SPF 30 ke 50 lebih sesuai digunakan tetapi mestilah tidak melebihi nilai 75 dan kurang daripada 15. Sebagai contoh, sunscreen dengan nilai SPF 30 akan memberikan perlindungan daripada UVB lebih daripada SPF 15. Tetapi nilai 30 tidak bermakan perlindungannya lebih baik daripada nilai 15. Seeloknya anda lihat kepada sejenis lagi label iaitu ‘Broad Spectrum Protection’.

2) Broad Spectrum Protection

Baca jika terdapat tanda ini pada label produk. Ia lebih baik daripada fungsi SPF. Broad Spectrum Protection atau tertulis juga full spectrum adalah komponen yang melindungi kulit kanak-kanak dari kedua-dua jenis sinaran UV iaitu UVA dan UVB. Pendedahan yang berlebihan kepada kedua-dua sinar ini boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit. Kanak-kanak yang dibiarkan bermain di bawah cahaya matahari terlalu lama berisiko menghadapi masalah kulit terbakar berpunca daripada pendedahan terhadap komponen UVB.

3) Baca Senarai Bahan Aktif Pada Label

Krim perlindungan kulit bayi turut mengandungi bahan aktif sama seperti krim perlindungan orang dewasa. Krim pelindung jenis Broad Spectrum mengandungi beberapa bahan aktif yang melindungi daripada UVA dan UVB. Antara bahan tersebut ialah benzophenones, meradimate, titanium dioksida, zink oksida dan avobenzone. Setiap jenis bahan aktif ini mempunyai salah satu fungsi iaitu sama ada melindungi daripada UVB atau UVB atau kedua-duanya sekali. Sebagai contoh, avobenzone memberi perlindungan terhadap UVA manakala Oxybenzone melindungi daripada UVA dan UVB. Titanium dioksida dan Zink Oksida lebih selesa untuk kegunaan kanak-kanak kerana kedua-dua bahan ini merupakan mineral semuajadi yang mesra apabila disapu pada kulit. Setiap kandungan mineral yang tercatat pada label dinilai baik jika nilai peratusan sekurang-kurangnya 5%.

4) Hipoalergenik (Hypoallergenic)

Perkara seterusnya yang perlu dinilai sebelum memilih krim perlindungan kulit untuk kanak-kanak ialah ciri hipoalergenik (hypoallergenic). Ciri ini menentukan reaksi alergi kulit kanak-kanak terhadap krim perlindungan matahari. Kanak-kanak yang mengalami kulit sensitif seperti ruam dan ekzema tidak sesuai untuk menggunakan krim perlindungan yang mengandungi bahan pewangi dan PABA (para amino benzoic acid). Pilih sunscreen yang bebas dari bahan PABA. Selain itu, pastukan juga sunscreen tersebut bebas dari bahan gluten. Kulit kanak-kanak yang sensitif akan menunjukkan simptom iritasi seperti ruam dan dermatitis.

5)  Krim Pelindung Kalis Air

Ciri kalis air ini sangat penting apabila kanak-kanak melakukan aktiviti siang hari seperti berenang dan aktiviti perpeluhan yang melampau seperti bersukan. Terdapat dua jenis krim pelindung matahari kalis air iaitu ‘water resistance’ dan ‘waterproof’. Di antara kedua-dua ini, ciri waterproof dapat bertahan lebih lama apabila kanak-kanak berada dalam air. Ciri kalis air ini boleh melindungi sehingga tempoh 40 minit walaupun berada di dalam air.

6) Sunscreen Semburan Atau Krim ?

Sunscreen jenis semburan lebih mudah digunakan untuk kanak-kanak kerana ia lebih menjimatkan masa. Namun terdapat isu dari segi keselamatan semasa penggunaan dan penyimpanananya. Botol semburan amat berisiko untuk meletup apabila terdedah kepada kepanasan dan bahan api. Disebabkan faktor ini ramai ibu bapa yang tidak mencadangkan sunscreen jenis semburan disimpan di rumah dan dalam kereta. Berbeza dengan sunscreen jenis krim, ia lebih selamat di gunakan di simpan. Ibu bapa juga boleh menentukan kuantiti penggunaan sebelum menyapunya pada kulit bayi. Jika anda ingin memilih sunscreen jenis semburan juga, pastikan anda sembur terlebih dahulu pada tapak tangan dan kemudian lumur pada kulit bayi. Elakkan daripada semburan ke bahagian mata dan mulut.

7)  Uji Sebelum Menggunakan Suatu Produk Sunscreen

Untuk menguji suatu produk krim pelindung adalah lebih baik anda mendapatkan sampel percuma atau mencuba sampel yang terdapat di pasaraya. Tujuan uji pada kulit kanak-kanak adalah untuk memastikan ia tidak menyebabkan kesan alergi berpunca dari bahan kandungan yang terdapat dalam produk krim perlindungan kulit. Jika tidak ada sampel, anda boleh membelinya tetapi pastikan anda mencuba terlebih dahulu di bahagian badan tertentu kanak-kanak seperti bahagian kulit tangan yang terdedah kepada cahaya matahari. Jangan terus menyapu pada keseluruhan kulit kanak-kanak. Biasanya kesan alergik akan dapat dilihat selepas beberapa hari penggunaanya.

8) Mudah Menyerap

Terdapat krim perlindungan kulit kanak-kanak yang lambat menyerap sehingga memakan masa 20 minit. Untuk memastikan kadar penyerapannya pada kulit, ujian sampel amat penting dilakukan sebelum memilih sesuatu jenama sunscreen. Jika anda tidak dapat mengenalpasti kadar penyerapannya pada kulit, adalah lebih baik krim tersebut disapu lebih awal sebelum membawa kanak-kanak keluar mengenai cahaya matahari. Suatu krim akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit menyerap ke dalam kulit selepas digunakan.

9) Pilih Kandungan Bahan Semulajadi

Bahan semulajadi bermaksud ia dihasilkan daripada bahan organik. Terdapat dua bahan mineral semulajadi yang selamat harus anda perhatikan pada label produk iaitu titanium dioksida dan zink oksida. Selain kandungan mineral semuljadi, sesetengah produk mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi yang digunakan sebagai haruman tambahan pada krim. Selain bersifat selamat pada kulit kanak-kanak, kandungan semuljadi ini bersifat lebih mesra untuk memelihara alam sekitar.

10) Mudah Dibawa ke Mana-Mana

Ciri terakhir yang anda harus tentukan sebelum memilih suatu produk sunscreen adalah dengan melihat kepada botol. Apabila berada di luar, anda memerlukan saiz botol krim yang mudah disimpan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Biasanya botol jenis picit dan mempunyai penutup yang boleh diketatkan lebih kecil, mudah disimpan dan tidak tertumpah apabila tertindih oleh barangan lain di dalam beg. Botol dengan tiub yang boleh dipicit sukar untuk disimpan di dalam beg kerana boleh menyebabkan ia tertumpah. Botol jenis ini sesuai untuk simpanan di rumah tanpa perlu mengalihkannya.

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...