Apabila menyebut tentang serum, ramai yang boleh menjangkakan apakah kegunaan sebenar serum. Terutama bagi wanita yang menjaga kecantikan melalui produk kosmetik yang terdapat di pasaran. Serum menjadi pilihan utama bagi wanita yang ingin menjaga keremajaan wajah mereka untuk tempoh masa yang panjang. Berbeza dengan sesetengah krim kecantikan yang hanya bertindak untuk tempoh masa yang pendek, matlamat penghasilan serum bertujuan untuk menjaga kecantikan dan keremajaan wanita dari masalah kemunculan tanda penuaan terutama setelah menginjak ke usia 30 tahun ke atas.
Mata & masalah-masalah berkaitan dengannya
Mata adalah antara bahagian yang paling sensitif dan terdedah kepada pelbagai masalah penuaan. Antara masalah yang paling kerap terjadi di kalangan mereka yang berusia ialah kabur mata. Namun masalah berkaitan mata bukan hanya berkaitan tentang penglihatan. Masalah mata yang lain yang paling kerap di alami ialah kemunculan tanda lebam sekitar bawah mata yang sungguh mencacatkan penampilan seseorang. Ia membuatkan tona kulit muka kelihatan tidak sekata. Disebabkan kulit bawah dan kelopak mata yang lembut juga, kita sering berhadapan dengan masalah kemunculan kedutan halus. Kedua-dua masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia seseorang.
Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengamalkan rutin penjagaan sekitar mata secara tetap setiap hari. Salah satu kaedah paling mudah, berkesan dan menjimatkan masa ialah melalui penggunaan produk serum khas untuk mata anda.
Apa itu serum mata ?
Seperti yang dinyatakan, serum berkesan bagi tindakan jangka masa panjang untuk kecantikan seseorang. Begitu jugalah tindakan serum mata. Molekul-molekul bahan yang terkandung dalam krim serum mata bertindak menembusi kulit dan mensasarkan pemulihan semula bahagian sel yang bermasalah. Berbanding krim mata biasa, tindakan serum mata adalah jauh lebih baik sehingga menembui lapisan bawah epidermis kulit. Hasilnya, selepas 3 sehingga 4 minggu pemakaian, pengguna akan melihat kesan perubahan yang berlaku sekitar bawah dan kelopak mata secara perlahan-lahan. Tona gelap bawah mata semakin cerah dan kedutan halus dapat dikurangkan atau dihilangkan terus daripada mata anda.
Berbanding dengan krim mata biasa, tekstur serum adalah lebih likat dan pekat. Oleh itu penggunaan serum mata tidak digalakkan pada waktu harian biasa. Kesannya lebih baik apabila anda memakainya ketika hampir waktu tidur pada waktu malam supaya pemulihan sekitar kulit mata berjalan dengan lebih lancar dalam keadaan fizikal yang tenang.
8 Serum mata baik untuk anda
Ingin mencuba produk serum mata untuk kali pertama? Apa kata anda pertimbangkan 8 serum mata ini sebagai pilihan utama anda.
1. Atomy Absolute CellActive Eye-complex
Formula sel aktif dalam krim serum mata Atomy Absolute CellActive Eye-complex ini membantu wanita mengatasi tanda kedut khusus di bahagian mata berpunca daripada faktor umur dan gaya hidup. Tanda kulit hitam yang menjadikan perbezaan tona warna kulit mata dan kulit wajah juga dicerahkan dengan mengembalikan keseimbangan warna seperti kulit wajah anda. Krim serum ini sesuai dipakai setiap hari melalui aturan pemakaian 2 kali sehari iaitu siang dan malam. Sapukan krim ini di bahagian bawah kelopak mata diikuti dengan bahagian kelopak mata dengan berhati-hati supaya tidak mengenai bola biji mata anda. Ia diikuti dengan urutan lembut sekitar mata selama kira-kira 2 minit. supaya penyerapan krim dapat berlaku dengan baik dan lebih berkesan.
Baca lebih lanjut mengenai Atomy Absolute CellActive Eye-complex
2. Lancôme Advanced Génifique Yeux Light Pearl
Atasi masalah kulit mata yang lesu, sembap, hitam dan berkedut dalam masa enam minggu selepas pemakaian. Sapu di kedua-dua bahagian kelopak dan bawah mata dan lakukan urutan secara lembut. Anda akan dapati krim serum ini memberikan kesan yang sejuk dan menyamankan pada kulit mata anda. Kontur kulit mata anda dapat diperbaiki sekaligus mengurangkan tanda-tanda seperti sembapan dan warna kulit yang gelap dan kering. Untuk kesan lebih menyegarkan, anda disarankan menyimpan krim serum ini dalam peti sejuk sebelum memakai. Ia akan membuatkan sekitar mata terasa lebih segar selepas setiap kali pemakaian.
Baca lebih lanjut mengenai Lancôme Advanced Génifique Yeux Light Pearl
3. Pevonia Lumafirm Eye Contour Lift & Glow
Serum mata yang diperkaya dengan bahan air, kolagen dan ekstrak buah-buahan. Pemakaian serum ini akan menghasilkan kesan-kesan positif yang mengunjakan kepada penggunaan seperti peningkatan tegangan dan keanjalan kulit sekitar mata, melincinkan, mencerahkan dan mengembalikan kesegaran sekitar mata yang kelihatan lesu dan tidak bermaya. Kandungan unsur air di dalamnya sangat membantu ketika persekitaran kulit mata terdedah kepada pancaran matahari panas yang mengeringkan. Serum mata ini sesuai bagi mereka yang ingin menghilangkan kedutan, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit sekitar mata dengan cepat. Pemakaian yang disarankan ialah dua kali sehari iaitu siang dan malam.
Baca lebih lanjut mengenai Pevonia Lumafirm Eye Contour Lift & Glow
4. Palmer’s Cocoa Butter Formula Illuminating Brightening Eye Serum
Krim serum mata oleh Palmer’s ini bertindak tujuah cara iaitu melembutkan, mencerahkan, mengurangkan sembap dan bengkak, menegang dan menganjalkan, melembapkan dan meninggalkan kesan kesegaran sekitar kulit bawah dan kelopak mata. Ia diuji secara dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Baca lebih lanjut mengenai serum mata Palmer’s ini
5. ESTELLE & THILD Super Bioactive Lifting Eye Serum
Serum mata ini mengandungi bahan antioksida dari sumber alga. Kesan antioksidan ini memperbaiki kompleksiti dalaman kulit mata supaya ia kelihatan lebih cerah, segar dan mengurangkan kesan kedutan yang mencacatkan penampilan anda. Krim serum ini juga memberi perlindungan kepada kulit kulit mata anda daripada kesan negatif dari pancanran cahaya UV.
Baca lebih lanjut mengenai ESTELLE & THILD Super Bioactive Lifting Eye Serum
6. L’OCCITANE Immortelle Divine Eyes
Krim serum mata untuk kegunaan setiap hari bagi melawan dan merawat kesan kedutan, mengembalikan keanjalan kulit mata dan mencerahkan tona yang tidak sekata. Kesan penggunaannya boleh dilihat dalam masa 4 minggu selepas penggunaan. Mata anda akan kelihatan lebih segar dan mengembalikan keyakinan diri anda.
Baca lebih lanjut mengenai krim serum L’OCCITANE Immortelle Divine Eyes
7. Algenist Complete Eye Renewal Balm
Krim serum mata ini mengandungi kombinasi bahan-bahan terbaik seperti lidah buaya, timun, teh hijau dan juga kafein bagi memastikan sekitar mata anda kelihatan lebih segar. Ia membantu meminimumkan penampilan garis-garis halus dan kedut, melembapkan dan memperbaiki keadaan kulit sekitar mata untuk aplikasi solek yang lebih lancar dan tahan lama.
Baca lebih lanjut mengenai Algenist Complete Eye Renewal Balm
8. ERBORIAN Yuza Sorbet Eyes
Formulasi serum mata buatan Korea. Serum berupa gel ringan ini mengandungi kapsul mikro Vitamin C dan sifat antioksidan yang tinggi dari bahan yang digunakan iaitu kulit buah Yuza. Bersama Vitamin E, ia menyuburkan kawasan yang halus di sekeliling mata. Mata akan kelihatan lebih tenang dan berseri.