HomeMalayAtasi Masalah Tidur Anda Dengan 8 Minyak Aroma Terapi Ini

Atasi Masalah Tidur Anda Dengan 8 Minyak Aroma Terapi Ini

Terapi aroma pada hari ini dicipta untuk tujuan yang pelbagai. Antaranya untuk tujuan perubatan. Salah satu cabang perubatan berkaitan masalah penyakit adalah insomnia atau kesukaran untuk tidur. Insomnia adalah masalah kesukaran tidur yang serius dialami oleh seseorang. Bukan semua mereka yang mengalami masalah tidur dikategorikan sebagai penghidap insomnia. Keadaan seseorang yang mengalami masalah insomnia adalah lebih kritikal daripada mereka yang mengalami masalah tidur biasa.

Walau apa pun jenis masalah tidur yang anda hadapi, terapi aroma adalah salah satu kaedah perubatan alternatif yang disarankan bagi mereka yang menghadapi masalah ini. Minyak terapi aroma dihasilkan daripada aroma wangian tumbuh-tumbuhan dan bunga yang bertujuan untuk memberikan ketenangan minda, jiwa dan badan melalui wangian tumbuhan.

Minyak Aroma Terapi Mengatasi Masalah Tidur

Melalui aroma yang menenangkan, keadaan dalaman dan luaran badan seseorang diletakkan dalam keadaan releks dan tenang. Seterusnya badan bersedia untuk melalui fasa tidur dalam keadaan tenang hasil daripada wangian minyak aroma terapi. Melalui aroma pati tumbuhan tertentu dan khas, minda kita dilatih untuk mengadaptasi badan dalam keadaan tenang dan seterusnya bersedia untuk tidur.

Terdapat pelbagai pilihan minyak aroma terapi di pasaran yang dapat membantu anda mengatasi masalah tidur. Secara asasnya anda bolh memilih sebarang jenis minyak aroma terapi untuk masalah tidur tanpa terhad kepada jenis tumbuhan, jenama dan aroma. Berikut ialah 8 minyak aroma terapi yang dapat membantu mereka yang mengalami masalah tidur.


1.Neal’s Yard Remedies Sandalwood Essential Oil

Kaya dengan aroma kayu cendana. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai Sandalwood. Kayu cendana amat bernilai diseluruh dunia yang digunakan sejak beribu-ribu tahun untuk tujuan kesihatan. Pada masa dahulu, kayu cendana digunakan dalam upacara kematian iaitu sebagai kemenyan yang dibakar untuk membangkitkan aroma ketenangan apabila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga. Aromanya yang harum apabila dibakar dan kini dihasilkan dalam bentuk minyak dapat memberikan aroma ketenangan. Aromanya yang harum dapat menyediakan minda dan tubuh anda dalam keadaan tenang sebelum tidur.

Anda boleh menggunakan secara langsung melalui ciuman atau dengan menitiskan beberapa titik minyak ini dalam air mandian. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan urutan badan. Kongsi pendapat anda mengenai minyak aroma terapi ini di sini


2. Olivia Natural Beauty Naturasie Lavender

Bunga lavender dikenali dengan aroma bunga cantik yang mampu menghasilkan ketenangan apabila dihidu. Menerusi minyak aroma terapi haruman lavender ini, anda akan merasai lebih ketenangan sebelum masuk ke kamar tidur. Cara penggunaan paling berkesan adalah dengan menitiskan ia beberapa titisan atau beberapa sudu dalam air mandian.

Aroma mandian yang dicampur dengan minyak pati lavender ini akan menyerap dengan mudah di rongga kulit anda selepas mandi. Ia sekaligus menghasilkan haruman ke seluruh anggota badan anda yang membangkitkan ketenangan minda. Paling sesuai diamalakan adalah dengan mandi sebelum setiap kali anda masuk tidur. Kongsi pengalaman anda menggunakan minyak aroma terapi ini di sini


3. Gya Labs Bergamot Essential Oil

Bergamot merupakan buah-buahan sitrus seumpama limau purut. Ia sejenis tumbuhan yang sering digunakan untuk menghasilkan aroma wangian pelbagai jenis. Minyak aroma terapi adalah satu daripadanya yang dihasilkan untuk beberapa tujuan. Bergamot membantu anda tidur dengan cara mengurangkan stres atau tekanan yang anda alami sepanjang hari.

Ia adalah terapi aroma yang dapat meredakan deria dan minda anda. Terapi bergamot diamalkan sejak beratus tahun lalu oleh pelbagai budaya dan tamadun dari zaman Mesir kuno, India dan China. Ia sesuai digunakan sebagai minyak urutan yang disapu pada badan sebelum tidur.Kongsi pengalaman anda menggunakan minyak aroma terapi ini di sini


4. Aulora Oil

Minyak aulora adalah aroma dan tonik yang baik untuk meningkatkan metabolisma dan memperbaiki peredaran darah. Ia dihasilkan 100% dari bahan berasaskan pelbagai jenis tumbuhan yang membantu meningkatkan rasa tenang dan releks, mengurangkan tekanan fizikal dan mental serta mengurangkan keletihan tubuh badan setelah seharian penat bekerja.

Antara tumbuhan yang digunakan dalam penghasilan minyak aulora ialah bunga lavender, halia, rosemary dan sweet almond. Cara penggunaan terbaik adalah selepas mandi. Sapu secara urutan ke bahagian badan tertentu selepas mandi dan sebelum anda masuk tidur. Aroma keharumannya akan membantu minda anda supaya lebih tenang sebelum tidur. Kongsi pengalaman anda menggunakan minyak aroma terapi ini di sini


5. Aveda Stress Fix Concentrate

Minyak aroma terapi yang boleh mengurangkan stres anda tidak kira di mana dan pada bila-bila masa termasuk ketika anda ingin masuk tidur. Produk ini diletakkan sebegitu mudah di dalam botol dengan bebola pada bahagian penutup yang memudahkan anda untuk sapu di bahagian badan tertentu tanpa mengira masa. Ia seperti anda mengenakan minyak wangi ketika ke tempat kerja. Dihasilkan daripada tiga jenis pati tumbuhan iaitu lavender, lavandin dan minyak bijih clary. Ia diformulasikan khusus untuk mengurangkan tekanan dan sesuai disapu ketika hendak tidur.

Baca komen pengguna mengenai minyak ini


6. Wild Products Essential Oil Tea Tree (Melaleuca Alternifolia)

Adakalanya tidur boleh terganggu disebabkan kesakitan akibat gigitan serangga penghisap darah di dalam hutan seperti kutu dan nyamuk. Tidur juga terganggu apabila badan mengalami kesakitan urat di bahagian tertentu. Bagi kanak-kanak pula, tidur boleh terganggu apabila mereka dijangkiti demam, selesema dan batuk. Untuk mengatasi kesemua masalah ini, anda boleh menggunakan minyak Wild Products Essential Oil Tea Tree (Melaleuca Alternifolia) ini.

Ia membantu mengurangkan pelbagai jenis kesakitan yang dinyatakan di atas dengan sapuan pada bahagian terbabit. Ianya selamat untuk semua peringkat umur termasuk bayi yang berusia enam bulan dan ke atas. Kongsi komen dari pengalaman anda menggunakan minyak ini di sini


7. Olivia Natural Beauty Naturasie Rosemary

Setiap hari badan dan minda anda akan terasa penat sehingg adakalanya menyukarkan anda untuk tidur dengan lena. Olivia menghasilkan pelbagai jenis haruman minyak aroma terapi yang dapat membangkitkan rasa ketenangan pada minda dan emosi anda.

Melalui haruman dari pati tumbuhan rosemary, semangat dan tenaga mental anda dapat dikembalikan. Minda juga kaan terasa tenang setiap kali anda melangkah ke katil untuk menikmati tidur yang lena. Kongsi pengalaman anda menggunakan haruman minyak ini di sini


8. Olivia Natural Beauty Naturasie Lemongrass

Satu lagi haruman daripada Olivia yang menjadi kegemaran kebanyakan penduduk di Asia iaitu haruman serai. Bau serai yang menyegarkan ini menghasilkan pengalaman haruman yang bersih dan segar. Ia mampu mengembalikan ketenangan serta mengurangkan tekanan. Minyak ini boleh digunakan dengan cara mandian atau urutan ke bahagian badan tertentu sebelum anda tidur.

Untuk mandi, anda cuma perlu menitiskan beberapa titisan minyak beraroma ini ke dalam mandian. Sesuai juga untuk mandia air suam yang dapat mengembalikan semula tenaga anda dan memberikan tidur yang selesa dan nyenyak. Kongsi pengalaman anda menggunakan minyak pati aroma ini di sini.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan