HomeMalayApa Yang Membuatkan Wanita Kelihatan Cepat Tua

Apa Yang Membuatkan Wanita Kelihatan Cepat Tua

Kemunculan kedut terutama di bahagian wajah akibat faktor penuaan agak sukar dielakkan tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki. Namun begitu, kita tidak boleh nafikan bahawa ada wanita yang kelihatan cepat atau lebih tua berbanding usia sebenar mereka. Malah bila diberitahu tentang usia sebenar, ramai pula yang beranggapan mereka berbohong padahal itulah realiti menyakitkan yang mereka terpaksa hadapi. Tiada wanita yang ingin kelihatan tua berbanding usia sebenar.

Lalu, apakah perkara atau faktor-faktor yang membuatkan wanita kelihatan cepat tua? Amalan gaya hidup yang salah dan tidak sihat adalah penyumbang sebenar yang membuatkan wanita kelihatan cepat tua. Jika anda mampu mengelakkan 10 perkara di bawah ini, kami yakin anda pasti dapat melalui usia tua dengan lebih ceria berbekalkan wajah yang lebih muda berbanding usia sebenar. Yang penting, mulakan dari sekarang dan jangan malas untuk membuang tabiat-tabiat buruk yang menjadi faktor penyebab wanita kelihatan cepat tua.

1. Gaya Pemakanan Tidak Sihat

Makanan proses tidak boleh lari dari penggunaan bahan-bahan kimia. Snek, kordial buah-buahan, makanan dalam tin, makanan segera di restoran makanan segera dan sebagainya adalah contoh makanan proses. Kebanyakan makanan proses ini memberi kesan yang tidak baik kepada sistem tubuh badan anda. seterusnya mempercepatkan proses penuaan.

Kandungan fosfat dalam minuman bergas memberikan kesan toksik yang tidak baik kepada sel kulit dan organ lain dalam badan. Fosfat banyak digunakan dalam pemprosesan makanan termasuk daging restoran makanan segera serta pembuatan keju dan roti.

Kandungan fosfat yang tinggi dalam badan akan mempercepatkan proses penuaan seseorang melalui gangguan masalah kesihatan khususnya melibatkan organ buah pinggang dan sistem kardiovaskular.

2. Kurangnya Penghasilan Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH)

Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari. Ia bertanggungjawab menjaga organ dalam badan pada keadaan prima. Apabila badan kita mebghasilkan hormon HGH secukupnya, ia akan merangsang penghasilan kolagen yang mampu menguatkan sistem otot tubuh badan manusia. [1]

Kesan kolagen ini sekaligus memberikan impak kepada sistem tubuh badan keseluruhannya termasuk kulit. Namun begitu anda harus mengelakkan daripada mengambil suntikan HGH yang kini semakin popular diamalkan untuk mencegah proses penuaan di pusat-pusat kecantikan. Sebaliknya ikuti tips merangsang penghasilan hormon HGH secara semulajadi yang jauh lebih sihat dan mudah tanpa sebarang kos yang tinggi seperti dalam suntikan hormon. Tambahan lagi, ramai pakar tidak menyarankan suntikan hormon HGH kerana dibimbangi memberi kesan terhadap kesihatan untuk jangka masa panjang.

3. Alkohol

Alkohol boleh menyebabkan kesan dehidrasi kepada dalaman tubuh seseorang. Semakin banyak yang anda minum, semakin tinggi kesan dehidrasi yang dialami. Seseorang yang meminum alkohol sehingga 330 ml akan menghasilkan urin sehingga 550 ml di mana ia jauh lebih banyak daripada alkohol yang diminum.

Apabila badan mengalami dehidrasi, badan dan kulit mengalami kekeringan seterusnya menghilangkan kelembapan pada sel kulit menyebabkan terbentuknya garis-garis halus seperti tanda penuaan. Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa alkohol memberikan kesan mudarat terhadap kehidupan seseorang. Dalam Islam, alkohol diharamkan sama sekali kerana ia memberikan kesan kepada keseimbangan pemikiran seseorang.

4. Tekanan

Seseorang yang mengalami stres akan mengalami tekanan dari segi mental. Apabila otak mengalami tekanan, ia akan meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Keadaan ini akan mengundang kepada permasalahan lain seperti gangguan tidur. Kegagalan mendapatkan tidur yang cukup akan menampilkan seseorang dengan wajah yang lemah dan tidak berseri.

Pada hari ini, manusia mengalami tekanan berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya faktor kerjaya, rumahtangga dan ekonomi. Ibu-ibu muda yang berkahwin muda dan berkerjaya terbeban dengan tanggungjawab rumahtangga dan kerjaya sehingga menyebabkan ramai daripada mereka mengalami stres. Tekanan yang berpanjangan yang tidak ditangani ini menyebabkan wanita kurang memberi perhatian terhadap penampilan diri sehingga kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

5. Kurang & Terlebih Tidur

Ramai daripada kita mengalami masalah mendapatkan tidur yang cukup dan lena khususnya pada waktu malam. Bagi orang dewasa, jumlah jam tidur yang dicadangkan ialah antara tujuh sehingga lapan jam setiap hari sama ada berterusan pada waktu malam atau di bahagikan waktu tidur antara malam dan siang.

Namun, tidur yang berlebihan juga akan menyebabkan kesan kepenatan kepada tubuh badan seseorang. Tidur yang berterusan menjadikan seseorang itu hilang kecergasan dalam melakukan aktiviti seharian.

Kedua-dua kategori masalah tidur ini akan menyebabkan penghidapnya kelihatan penat, tidak bermaya serta merangsang kemunculan lingkaran bawah mata. Kewujudan lingkaran gelap bawah mata ini menghasilkan ketidakseimbangan pada kulit wajah yang seterusnya mencacatkan penampilan anda.

6. Pendedahan Berterusan Terhadap Cahaya Matahari

Badan kita dicipta mampu menyesuaikan diri terhadap pancaran cahaya matahari yang membekalkan vitamin D. Namun begitu, kita tidak digalakkan untuk membiarkan diri didedahkan terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari. Ini kerana di samping mengandungi sumber vitamin D, cahaya matahari juga mengandungi unsur radiasi iaitu ultraviolet (UV). Apabila unsur UV ini terkena kepada kulit, ia akan menghasilkan tindak balas dengan unsur melanin yang terdapat pada sel kulit.

Lapisan melanin ini bertanggungjawab melindungi kulit dari sebarang kesan tidak baik termasuk pancaran UV dari cahaya matahari. Apabila melanin ini didedahkan terlalu lama di bawah cahaya matahari melebihi hadnya, kulit akan menunjukkan kesan merah terbakar yang mana ia tidak baik untuk kecantikan kulit. Kesan kedutan, kekeringan, bintik hitam akan muncul dan ini akan membuatkan kulit kelihatan jauh lebih tua.

7. Merokok

Umum telah mngetahui bahawa bahan kimia dalam rokok memberikan pelbagai masalah kesihatan termasuk kepada kesihatan kulit anda. Ia menyebabkan perubahan yang besar kepada penampilan seseorang dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Kesan merokok boleh dilihat pada perubahan struktur kulit dan perubahan pada warna gigi dan bibir. Ia berpunca daripada kesan inflamasi atau jangkitan dalam sistem tubuh badan yang terhasil daripada bahan kimia dalam rokok. [2]

8. Mengabaikan Kesihatan Mata

Apabila menyebut tentang mata, ia bukan sahaja melibatkan soal penglihatan. Anda juga perlu menitikberatkan tentang kesegaran dalam dan sekeliling mata. Mata yang kelihatan segar, bebas dari kedutan dan lingkaran gelap di sekelilingnya akan mampu menampilkan wajah yang muda dan segar.

Kulit di bahagian sekeliling mata adalah paling lembut dan sensitif. Oleh itu ia perlu dimanjakan dengan rawatan rutin sama ada dengan mengamalkan tips tradisional melalui ramuan semulajadi mahupun produk penjagaan mata di pasaran. Anda boleh menggunakan produk krim yang mengandungi peptida dan kolagen untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

9. Tidak Bersenam

Bersenam adalah salah satu cara seseorang itu dikurniakan kesihatan yang baik. Apabila badan sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bebas dari penyakit, kesannya dapat dilihat secara jelas melalui penampilan luaran yang lebih muda kesan daripada pengeluaran toksin dalam badan. Proses perpeluhan yang berlaku semasa bersenam adalah salah satu cara penyingkiran toksin dalam badan. Toksin yang terkumpul dalam badan adalah salah satu penyebab kemunculan kesan penuaan pada kulit.

10. Mekap

Kebanyakan produk mekap pada hari ini mengandungi toksik yang tidak baik untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran kulit. Kesan mekap ini akan menghilangkan keremajaan kulit, menjadikan wajah kelihatan semakin kusam apabila terlalu lama kesan mekap menyentuh kulit anda.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan