HomeMalayApa Itu Hair Mask & Mengapa Ia Penting Untuk Kesihatan Rambut

Apa Itu Hair Mask & Mengapa Ia Penting Untuk Kesihatan Rambut

Wanita amat berminat mengunjungi farmasi atau kedai-kedai yang menjual produk kecantikan rambut. Kebanyakan wanita sudah biasa dengan penggunaan syampu dan perapi atau conditioner. Bagaimana pula dengan hair mask? Berapa ramai wanita yang faham tentang kegunaan hair mask, membeli dan menggunakannya untuk kecantikan rambut?

Pasti ramai wanita yang masih tertanya-tanya tentang apa itu hair mask. Setiap produk kecantikan rambut yang terdapat di pasaran mempunyai fungsi yang berbeza. Begitu juga dengan hair mask.

Apa Itu Hair Mask ?

Hair mask merupakan produk rawatan pelembap rambut yang berfungsi merawat kerosakan rambut dari akar dan lapisan bawah kulit kepala. Fungsi hair mask hampir sama dengan pelembap atau conditioner. Akan tetapi ia jauh lebih kaya dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh rambut seperti minyak semulajadi dari sumber tumbuhan dan lain-lain. Kuasa penembusan krim hair mask menyerap lebih jauh ke dalam akar rambut dan kulit kepala berbanding dengan pelembap rambut yang hanya bertindak pada lapisan luar kulit kepala dan rambut.

Terdapat beraneka jenama hair mask di pasaran. Sedia jenama memaparkan kandungan bahan yang berbeza. Akan tetapi secara asasnya hair mask mempunyai persamaan iaitu kandungan minyak tumbuhan. Antaranya minyak jojoba, minyak zaitun, minyak kacang almond dan avokado. Sumber lain yang mengandungi kandungan nutrien yang unik seperti pisang dan madu adalah antara bahan lain dalam penghasilan hair mask oleh sesetengah syarikat pengeluar rangkaian produk rambut.

Siapakah Sesuai Memakai Hair Mask?

Hair mask dicipta sesuai untuk semua jenis rambut. Sudah tentu ia dicipta untuk mengembalikan semula kerosakan pada rambut. Untuk mencegah kerosakan rambut, hair mask berfungsi memberi perlindungan maksimum bagi mereka yang melalui keadaan seperti berikut. Antaranya :

  • Penggayaan rambut yang berisiko merosakkan rambut seperti teknik backcombing, mengikat dan mewarnakan rambut dengan pelbagai pewarna tiruan.
  • Pendedahan rambut terhadap cahaya UV dari pancaran matahari
  • Memakai tudung atau mengikat rambut semasa dalam keadaan basah
  • Rambut kering dan bercabang
  • Rambut berminyak
  • Keguguran rambut

Fungsi hair mask yang menyerap lebih jauh ke dalam lapisan kulit, struktur dan akar rambut yang lebih berkuasa berbanding conditioner akan membantu anda mengatasi beberapa masalah rambut secara lebih cepat dan berkesan.

Jenis-Jenis Hair Mask Dalam Pasaran

Sama seperti produk syampu, hair mask juga mempunyai pelbagai aneka pilihan mengikut kesesuaian dan masalah rambut yang anda hadapi. Lima jenis hair mask ini adalah antara pilihan yang anda boleh dapati di pasaran.

1. Hair mask untuk rambut kering

Rambut kering yang mengalami masalah kekurangan sebum atau minyak boleh dilembapkan semula dengan hair mask yang mengandungi bahan unik. Antaranya minyak jojoba dan minyak zaitun. Pastikan anda memilih hair mask yang diperkaya dengan bahan berasaskan minyak semulajadi tumbuhan.

Sapu pada rambut 30 minit sebelum mandi untuk memastikan penyerapan lebih lama kelapisan dalaman kulit kepala dan struktur serta akar rambut.

2. Hair mask untuk rambut halus

Hair mask yang mengandungi bahan keseimbangan pH seperti germa gandum paling sesuai untuk rambut halus. Ia meneutralkan keadaan rambut supaya tidak terlalu kering dan berminyak. Selain itu, kandungan hair mask dengan minyak jojoba, madu, protein beras juga sesuai untuk rambut halus. Penggunaan sekali seminggu memadai bagi anda yang memiliki rambut halus.

3. Hair mask untuk rambut kerinting

Kebiasaannya, mereka yang mempunyai rambut kerinting akan menhadapi satu masalah iaitu kekeringan berbandingan rambut lurus. Untuk mengatasi kekeringan ini, anda memerlukan hair mask dengan kandungan bahan berunsur minyak tumbuhan yang lebih tinggi dalam sesuatu produk. Ia bukan sahaja dapat mengatasi kekeringan rambut anda. Ia juga turut menguatkan struktur untuk perlindungan rambut yang lebih yakin.

4. Hair mask untuk rambut berminyak

Untuk rambut berminyak anda perlu pilih hair mask yang mengandungi unsur campuran bahan sedikit berasid seperti cuka epal. Hair mask jenis ini akan membantu menyeimbangkan semula pH rambut supaya lebih neutral dengan cara menyingkirkan minyak yang berlebihan pada rambut dan kulit kepala. Rambut akan lebih bersinar dan lembap selepas penggunaan untuk tempoh masa tertentu. Penggunaan hair mask jenis ini sesuai untuk sekali sahaja dalam seminggu.

5. Hair mask untuk masalah warna rambut

Mungkin anda mengalami masalah warna rambut yang kusam, pudar dan tidak sekata. Ia biasanya terjadi disebabkan kekeringan pada struktur rambut. Pilihan hair mask yang mengandungi bahan biji rami. Biji rami adalah antara bahan dalam penghasilan tepung dan pil herba. Ia kaya dengan unsur melanin yang dapat memperbaiki warna rambut supaya lebih menarik, bersinar dan kelihatan sihat. Pilihan hair mask dengan kandungan unsur beras juga terbaik untuk masalah warna rambut yang kusam.

Mengapa Anda Harus Menggunakan Hair Mask ?

Hair mask berupaya memberikan hasil perubahan yang besar kepada keadaan rambut yang bermasalah. Hair mask membantu memperbaiki semula keadaan rambut supaya lebih sihat, lebat dan bersinar.

Setiap bahan yang terkandung di dalamnya akan memberi rawatan unik mengikut fungsi dan khasiat bahan tersebut. Ia seolah-olah memperbaiki masalah rambut tertentu secara khusus dan dalam masa yang sama mencegah rambut daripada masalah lain yang tidak diduga. Hair mask bertindak sebagai perawat dan pencegah kerosakan rambut melalui bahan semulajadi.

Perhatikan Beberapa Bahan Ini Ketika Memilih Hair Mask Anda

Tidak usah keliru atau pening ketika membaca bahan kandungan dalam sesuatu produk hair mask. Tujuh kandungan berikut adalah antara bahan terbaik yang terkandung dalam sesuatu produk hair mask.

1.Minyak Kelapa

Minyak kelapa kaya dengan campuran bahan asid lemak dan asid laurik. Apabila bahan ini menyerap ke dalam rambut anda, ia akan menguatkan rambut melalui peningkatan bahan lemak, mineral dan vitamin secara maksimum.

2. Minyak Argan

Ia membantu melembapkan dan melembutkan rambut anda. Minyak ini kaya dengan mineral dan vitamin yang membantu rambut supaya lebih berkilau, bersinar dan mengekalkan kelembapan secara semulajadi.

3. Mentega Syea (Shea Butter)

Merupakan lemak yang diekstrak dari pokok shea. Melak ini mengandungi asid stearik dan asid oleik yang sering digunakan sebagai bahan pelembap dalam pelbagai produk kosmetik. Bahan yang kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi ini akan melembapkan rambut anda supaya kelihatan lebih sihat dan bersinar.

4. Madu

Madu kaya dengan bahan antioksida dan terkenal sebagai agen antibakteria. Madu bertindak merawat rambut rosak seperti hujung terbelah akibat kekeringan rambut.

5.Minyak Avokado

Kaya dengan vitamin yang menguatkan struktur rambut seperti vitamin E dan potasium. Unsur minyak ini membuatkan rambut anda kelihatan lebih sihat dan bersinar.

6. Teh Hijau

Terkenal dengan unsur antioksida. Bukan sahaja sedap diminum, malah berkhasiat untuk kecantikan rambut. Kaya dengan bahan vitamin dan mineral lain seperti vitamin B dan folate.

7. Minyak Kelapa

Kaya dengan unsur Omega 3, vitamin C dan pelbagai jenis mineral seperti magnesiaum, potasium, enzim dan asid amino yang bertindak menguatkan struktur rambut.

Cara Menggunakan Hair Mask

Penggunaannya dimulai dengan bersyampu. Syampu dan bilas rambut sehingga bersih. Seterusnya sapulah hair mask secara serata ke seluruh permukaan dan dalaman rambut. Biarkan ia antara lima sehingga 10 minit kemudian bilaslah dengan air bersih. Penggunaan sekali seminggu sudah memadai untuk semua jenis rambut.

Namun bagi mereka yang kerap melalui rawatan dan penggayaan rambut di pusat salun, bolehlah menggunakan lebih daripada sekali seminggu.

Pilihan Editor :

Pantene Total Damage Care Intensive Hair Mask

WATSONS NBW Marula Oil Hair Mask 200ml

Sunsilk Smooth & Manageable Treatment Mask

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan