HomeMalayAnda Tidak Perlu Berlapar Dengan Resepi Diet Keto

Anda Tidak Perlu Berlapar Dengan Resepi Diet Keto

Diet keto disebut juga sebagai diet karbohidrat adalah amalan diet yang memerlukan pengamalnya meminimumkan pengambilan kalori seharian. Diet keto sesekali tidak menjadikan anda kehilangan tenaga semata-mata untuk membakar lemak. Jika anda perlu memilih satu jenis amalan diet yang membuatkan anda tidak perlu berlapar, maka jawapan terbaik untuk anda ialah diet keto. Resepi diet keto yang tidak mengehadkan keinginan nafsu makan anda pastinya tidak akan membuatkan anda merana semasa berdiet. Ini kerana, apa yang perlu anda kawal ialah jumlah pengambilan karbohidrat. Bukan jenis makanan apa yang anda tidak boleh makan.

Jadi bagi anda yang ingin mengamalkan diet keto, bersedia dengan beberapa bahan masakan dan mari kita mencuba resepi diet keto yang menyelerakan.

1. SUP AYAM KETO

Fakta Nutrisi : Karbohidrat (4gram), Lemak (40 gram), Protein (33 gram), Kalori (509 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 100 gram mentega
  • 2 tangkai daun saderi
  • 170 gram cendawan cincang
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 biji bawang besar cincang
  • 2 sudu teh daun pasli
  • 1 sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada hitam
  • 8 cawan stok ayam
  • 1 batang lobak merah
  • 3 ketul dada ayam dicincang
  • 2 cawan kubis hijau dipotong

Cara-Caranya :

  1. Cairkan butter dalam periuk
  2. Masukkan bawang putih, daun saderi, cendawan, bawang besar ke dalam periuk. Tumis selama beberapa minit.
  3. Tambahkan stok ayam, lobak merah, daun pasli, garam dan lada hitam. Kacau sehingga lobak menjadi agak lembut.
  4. Tambahkan isi dada ayam dan kubis. Masak lagi selama 10 sehingga 12 minit sehingga ayam benar-benar masak.

2. AYAM PANGGANG BERSOS KEJU CHEDDAR

Fakta Nutrisi : Karbohidrat (7gram), Lemak (96 gram), Protein (70 gram), Kalori (1166 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ayam bakar
  • 5 keping smoked chicken
  • 200 gram krim keju
  • 1 sudu mustard
  • 1 sudu teh cuka makan
  • 100 gram cendawan
  • 280 gram keju cheddar cincang
  • garam dan serbuk lada
  • Daun salad
  • 4 sudu teh minyak zaitun

Cara-Caranya

  1. Panaskan ketuhar
  2. Potong ayam yang siap dipanggang dan kepingan smoked chicken
  3. Gaulkan krim keju, mustard, cuka dan 2/3 keju cheddar cincang, garam dan serbuk lada dalam bekas pembakar. Tambahkan ayam, smoked chicken dan cendawan
  4. Gaulkan rata dan sapu bahagian atas dengan baki keju cheddar cincang.
  5. Hidangkan dengan minyak zaitun dan dauun salad.

3. KARI AYAM REBUS

Fakta Nutrisi : Karbohidrat (9 gram), Lemak (68 gram), Protein (33 gram), Kalori (781 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 1½ ekor ayam
  • 2 sudu teh serbuk kari
  • 2 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1⁄3 minyak kelapa
  • 1 biji kubis bunga
  • 1 biji lada benggala
  • 400 gram santan
  • garam dan serbuk lada
  • 3 batang daun parsli

Cara-Caranya :

  1. Potong ayam kepada potongan kecil.
  2. Potong kubis bunga dan lada benggala
  3. Panaskan minyak kelapa dan satu periuk masakan.
  4. Masukkan serbuk kari dan serbuk bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam, garam dan serbuk lada. Biarkan selama 5 minit sambil kacau supaya tidak berketul.
  6. Masukkan kubis bunga dan lada benggala. Biarkan selama beberapa minit sehingga kedua-duanya menjadi lembut.
  7. Masukkan santan. Biarkan ia selama 10 minit. Tambahkan garam dan serbuk lada untuk perisa.
  8. Akhir sekali baru masukkan ayam.

4. TELUR DADAR CENDAWAN

Fakta Nutrisi : Karbohidrat (1.6 gram), Lemak (25.9 gram), Protein (15.6 gram), Kalori (302 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 20 gram mentega
  • 50 gram cendawan butang potong
  • 50 gram cendawan cincang
  • 4 biji telur
  • 1 tangkai daun bawang cincang
  • 1 biji tomato potong dadu

Cara-Caranya :

  1. Panaskan mentega dan kuali masakan.
  2. Masukkan cendawan. Kacau sehingga semua cendawan masak. Angkat dan letak ke dalam mangkuk.
  3. Kacau 2 biji telur. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada.
  4. Sediakan pan masakan non-stick. Masukkan sedikit mentega dan ratakan di atas permukaan pan.
  5. Tuang telur ke dalam pan. Ratakan ke seluruh permukaan pan. Balik-balikkan telur supaya kedua belah masak sepenuhnya.
  6. Lipat telur kepada dua.Alihkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan cendawan, daun bawang, dan tomato.

5. PENKEK RENDAH KARBOHIDRAT

Fakta Nutrisi : Karbohidrat (3.0 gram), Lemak (14.0 gram), Protein (7.0 gram), Kalori (170 kcal)

Bahan-Bahan :

  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ krim keju
  • 4 biji telur
  • ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu mentega

Cara-Caranya :

  1. Campurkan kesemua bahan dalam pengisar
  2. Sediakan pan masakan non-stick. Cairkan mentega.
  3. Tuang 2 -3 sudu adunan penkek secara membulat. Biarkan kedua-dua belah masak sambil balik-balikkan adunan.
  4. Hiaskan dengan buah beri, strawberi atau madu mengikut selera anda.

6. COKLAT AVOCADO SMOOTHIE

Fakta Nutrisi : Karbohidrat (11.6 gram), Lemak (40.1 gram), Protein (3.68 gram), Kalori (394 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 1 cawan santan lemak penuh
  • ½ buah avocado
  • 1 sudu mentega kacang
  • 1 sudu chia seed yang telah direndam dalam air
  • 2 sudu teah serbuk coklat
  • Serbuk kayu manis sebagai hiasan
  • Air jika perlu

Cara-Caranya

  1. Campurkan kesemua bahan dalam pengisar. Kisar sehingga semua hancur. Masukkan air jika perlu.
  2. Tuang dalam gelas. Letakkan hiasan ulit kayu manis dan potongan buah avocado.
  3. Simpan dalam peti sejuk jika ingin minum sejuk

7. AYAM GORENG PARMESAN

Fakta Nutrisi : Karbohidrat (6.0 gram), Lemak (21.0 gram), Protein (37.0 gram), Kalori (369 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 12 keping kepak ayam
  • 1½ minyak avocado
  • 1 sudu serbuk bawang putih
  • ½ cawan parmesan
  • ½ keju pecorino romano
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada

Cara-Caranya :

  1. Panaskan oven ke suhu 176 °Celcius
  2. Sediakan pan non-stick
  3. Adun kesemua bahan rempah dan keju dalam mangkuk.
  4. Salut kepak dengan minyak avocado. Celup kepak dalam adunan rempah dan keju.
  5. Bakar selama 30 minit.

8. UDANG MASAK LEMON BAWANG PUTIH

Fakta Nutrisi : Karbohidrat (2.0 gram), Lemak (3.50 gram), Protein (22.60 gram), Kalori (130 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 1 sudu teh mentega
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 500 gram udang dibuang kulit
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kepingan lada merah
  • 1 biji jus lemon
  • 2 sudu air
  • 1 tangkai daun pasli dicincang

Cara-Caranya :

  1. Cairkan mentega dalam minyak zaitun di atas dapur.
  2. Masukkan bawang putih, kepingan cili merah dan udang. Goreng sehingga udang masak.
  3. Padamkan api. Perahkan jus lemon, air dan hiaskan dengan daun pasli. Kacau sedikit dan masukkan baki mentega.
  4. Sedia untuk hidangan.

9. TELUR KEJU PARMESAN

Fakta Nutrisi (1 biji) : Karbohidrat (8.0 gram), Lemak (6.0 gram), Protein (8.0 gram), Kalori (94 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 4 biji telur diasingkan putih dan kuning
  • Secubit garam
  • ¼ keju parmesan
  • 1 tangkai daun bawang cincang
  • Serbuk lada

Cara-Caranya :

  1. Panaskan oven ke suhu 250°C.
  2. Masukkan telur kuning ke dalam mangkuk kecil.
  3. Pukul telur putih dan garam dalam mangkuk berasingan.Boleh juga gunakan mixer.Sambil itu, masukkan keju parmesan dan daun bawang sedikit demi sedikit.
  4. Dengan menggunakan cawan atau bekas sesuai, ambil kira-kira ¾ cawan dan buat 4 adunan bulat-bulat dalam bekas bakaran. Buat satu lubang di bahagian tengah adunan.
  5. Bakar aduna selama 3 minit. Keluarkan dari oven. Masukkan telur kuning ke dalam lubang dalam adunan roti. Bakar sekali lagi antara 3 sehingga 5 minit sehingga telur kuning masak.
  6. Taburkan dengan serbuk lada. Sedia untuk di makan

10. TELUR AVOCADO DAN IKAN SALMON

Fakta Nutrisi (1 biji) : Karbohidrat (5.0 gram), Lemak (25.0 gram), Protein (19.0 gram), Kalori (323 kcal)

Bahan-Bahan :

  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh susu rendah lemak
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • ¼ buah avocado dihiris
  • 28 gram hirisan ikan salmon
  • 1 tangkai daun bawang cincang

Cara-Caranya :

  1. Pukul telur bersama susu dan garam. Panaskan satu sudu minyak zaitun dalam kuali non stick.
  2. Masukkan dan goreng telur sehingga masak di kecua-dua belah atas dan bawah.
  3. Alihkan ke dalam sebiji pinggan. Hiasi dengan hirisan avocado, ikan salmon salai dan daun bawang.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan