Sebagai seorang ibu, adalah penting untuk kita menjaga pemakanan bayi kita dengan baik. Apabila mencuba resepi untuk bayi, kita perlu pilih yang berkhasiat dan sesuai untuk si comel.

Jika sebelum ini anda asyik kekeringan idea untuk mencuba resepi baru dan asyik menghidangkan menu yang sama kepada bayi anda, mereka pasti bosan, sama seperti kita.

Usia 6 bulan merupakan antara detik paling mengujakan untuk mana-mana parents. Ibu bapa mana yang tidak excited untuk lihat si manja mereka mencuba solid foodsbuat pertama kali?

 

Foto: Working Mother

Sebagai rujukan, umur 6 bulan disyorkan oleh badan-badan perbadanan kesihatan seperti World Health Organisation dan UNICEF sebagai umur optimum untuk bayi mula mencuba makanan.

Bagaimana saya boleh tahu anak saya sudah bersedia makan makanan bayi?

Menjelang usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya. 

Namun, ini tidak bermakna yang bayi anda sudah pandai duduk dan makan dengan sudu dan garfu. Sebenarnya, makanan pejal pertama bayi bukanlah pepejal; malah, makanan awal sepatutnya bersifat separa cecair kerana makan ialah kemahiran yang dipelajari oleh bayi secara perlahan-lahan. 

 

Foto: bibomart.com

Apakah makanan yang sesuai sebagai permulaan?

Mulalah dengan satu atau dua sudu yang berikut:

  • mencampurkan satu sudu kecil bijiran dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak sejuk.
  • buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
  • sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.

Anda juga boleh cuba buah-buahan lain seperti pic dan avokado, dan sayuran seperti labu, skuasy, brokoli dan kubis bunga. Anda boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti keledek, yang biasanya disukai.  

Sebaik sahaja bayi anda biasa makan buah dan sayur ini, anda boleh teruskan dengan makanan lain daripada kumpulan utama berikut: 

  • roti, nasi, kentang, pasta dan mi;
  • susu dan makanan tenusu;
  • daging, ikan, telur, kekacang.

Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja. Baca artikel kami tentang makanan apakah yang boleh diperkenalkan dan bila untuk maklumat lanjut. 

Berapa banyak makanan bayi saya akan makan?

Jangan harap bayi akan makan banyak pada satu masa. Perut bayi masih kecil dan perlukan sedikit makanan. Kebanyakan nutirnya masih datang dari susu badan atau formula bagi beberapa bulan akan datang. Anda seharusnya masih memberi bayi anda seberapa banyak susu badan yang dia mahu, atau anda sepatutnya memberi di antara 500 ml dan 600 ml susu formula sehari. 

 

Foto: New Kids Center

Adakah bayi saya sudah bersedia makan menggunakan sudu?

Anda boleh gunakan sudu plastik untuk bayi untuk memberinya makan. Jika dia tidak mahu makan daripada sudu, anda boleh cuba memberinya menggunakan jari yang bersih.

Ramai bayi yang sudah bersedia untuk makan boleh memungut makanan dan makan sendiri ketika berusia di antara tujuh dan sembilan bulan. Sesetengah bayi sudah bersedia makan sendiri makanan jejari sejak mula lagi. Jika bayi anda seperti ini, jangan bimbang. Biarkan dia makan sendiri. Atau anda boleh cuba biarkan bayi memegang makanan jejari sambil anda menyuapnya menggunakan sudu pada awalnya, jika anda suka.

Ini adalah kerana secara umumnya, bayi berumur 6 bulan mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan bersedia untuk mula menerima makanan. Pada umur ini juga, bayi selalunya sudah mula pandai menelan makanan.

Ingin dapatkan idea menu yang boleh disediakan untuk bayi anda? Ikuti resipi-resipi mudah mengikut setiap peringkat umur ini!

Pada peringkat umur ini, makanan yang diberikan kepada bayi anda lebih elok jika dimasak terlebih dahulu supaya ianya mudah dihadam.

Hidangkan puri makanan yang tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain buat masa ini. Ini bertujuan untuk anda ketahui jika bayi anda mempunyai reaksi alahan terhadap sesuatu makanan.

Antara makanan sesuai untuk bayi berumur 6 – 8 bulan:
Buah-buahan: Pisang, epal, pir, avokado
Sayur-sayuran: Lobak merah, ubi keledek, kacang peas
Bijirin: Barli, oat, nasi

1. Puri Lobak Merah dan Labu

 

Foto: First 1000 Days

Bahan-bahan:

• 50 g labu.
• 1/2 batang lobak merah (saiz sederhana).

Cara memasak:

1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.
2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut.
4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

2. Bubur nasi

Foto: depositphotos.com

Bahan-bahan:
– 1/4 cawan beras (dicuci bersih dan dikisar halus)
– 1 3/4 cawan air

Cara-cara:
1. Didihkan air.
2. Masukkan beras dan kacau.
3. Biar reneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
4. Siap untuk dihidang!

Nota: Untuk mendapatkan kandungan khasiat yang lebih baik, beras perang boleh digunakan sebagai alternatif.

3. Pisang puri

Foto: MomJunction

Bahan-bahan:
– 1 biji pisang (dikupas dan dihiris)
– Air masak / susu ibu / susu formula

Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang.
2. Panaskan adunan selama 25 saat atau lebih untuk lembutkan lagi pisang.
3. Cairkan adunan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!

4. Puri Lobak Merah dan Kentang

Foto: FirstCry Parenting

Bahan-bahan:

• 1 biji kentang (saiz sederhana ).
• 1 batang lobak merah saiz sederhana.

Cara memasak:

1. Lobak merah dan kentang dibersihkan dan dipotong dadu.
2. Rebus lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu selama 10 minit atau sehingga lembut.
3. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.

5. Puri Kentang dan Kubis Bunga

Foto: Babyment

Bahan-bahan:

• 2 biji kentang ( saiz sederhana ).
• 50 gram kubis bunga.

Cara memasak:

1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. Bersihkan kubis bunga dan potong kecil.
3. Masukkan kentang ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
4. Kemudian, masukkan bunga kubis dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga kubis bunga menjadi lembut.
5. Masukkan kentang dan kubis bunga ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga sebati.

SELAMAT MENCUBA

Kami harap, anda tidak rambang mata pula untuk memilih resepi yang mana setiap hari. Kenal pasti selera dan makanan kesukaan bayi anda, dan pada masa yang sama cubalah perkenalkan menu dan rasa yang baru semasa si comel anda membesar.