HomeMalayAnak Kerap Sakit Kaki Di Waktu Malam. Patutkah Saya Risau?

Anak Kerap Sakit Kaki Di Waktu Malam. Patutkah Saya Risau?

Pernahkah anak anda tiba-tiba terjaga di waktu malam dan mengadu sakit kaki? Apa yang mampu anda lakukan pada ketika itu ialah mengurut bahagian kaki yang sakit. Beberapa minit kemudian anak anda akan tertidur semula dengan sendirinya. Lebih merisaukan lagi, keadaan ini berlaku secara berulang kali selama beberapa tahun sepanjang tempoh tumbesaran mereka. Sebagai ibu bapa yang mengalami masalah ini, sudah tentu anda risau tentang keadaan sebenar anak anda. Apakah punca yang menyebabkan anak asyik sakit kaki di waktu malam? Perlukah masalah ini dirujuk terus kepada doktor setiap kali anak anda mengadu sakit kaki?

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan beberapa perkara berkaitan situasi anak asyik sakit kaki di waktu malam, puncanya dan cara mengatasi masalah ini.

Mengapa Anak Kerap Sakit Kaki Di Waktu Malam ?

Kesakitan kaki di kalangan kanak-kanak boleh terjadi apabila mereka terlalu aktif pada siang hari. Sebagai kanak-kanak, mereka cenderung bermain dengan melakukan aktiviti berlari, melompat, memanjat dan sebagainya. Pergerakan-pergerakan luar biasa sebegini melibatkan pergerakan otot badan yang maksimum yang akan memberikan efek kesakitan otot pada sebelah malam semasa tidur. Kesakitan yang berlaku kadang-kadang begini mungkin tidak perlu begitu dikhuatiri oleh ibu bapa. Adalah normal apabila kaki atau mana-mana anggota badan mengalami rasa sakit setelah melakukan pergerakan otot luar daripada kebiasaan.

Namun anda sebagai ibu bapa tidak boleh memandang enteng perkara ini. Anak yang sering mengadu sakit kaki pada waktu malam juga mungkin menjurus kepada petanda penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan doktor.

Berikut adalah penyebab mengapa anak asyik sakit kaki pada waktu malam.

1.Growing Pain

Istilah growing pains sering digunakan kerana ia lebih mudah untuk difahami. Biasanya kanak-kanak akan mengalami kejang dan rasa sakit pada bahagian salah satu ada kedua-dua belah otot kaki.

Growing pains tidak menyebabkan kesakitan sendi. Ia hanya menyebabkan kesakitan pada bahagian otot sahaja.

Kanak-kanak akan mengadu sakit pada kedua-dua belah kaki tanpa menunjukkan sakit lain seperti demam dan berjalan secara tempang.

Selalunya kanak-kanak akan mengalami growing pains ketika usia mereka antara 2 sehingga 4 tahun. Ia mungkin akan berhenti seketika selama beberapa tahun dan berulang kembali ketika usia mereka semakin meningkat. Melakukan aktiviti aktif seperti bermain sukan, melompat, berlari dan memanjat menjadi punca mengapa anak asyik sakit kaki waktu malam.

Simptom growing pains :

  • Sakit pada kedua-dua belah kaki terutama bahagian paha, betis dan tumit.
  • Sakit kepala
  • Sakit belakang badan
  • Sakit pinggang dan pinggul
  • Kepenatan
  • Bengkak dan kemerahan
  • Hilang selera makan

2. Sindrom Kaki Resah (restless leg syndrome)

Sindrom kaki resah sering menyebabkan kanak-kanak sukar tidur pada waktu malam. Sindrom ini berbeza dari sindrom growing pains menyebabkan sukar bagi pengamal perubatan mendapatkan diagnosis yang tepat tentang sakit kanak-kanak tersebut. Sindrom ini sering dirasai apabila kanak-kanak sedang berehat, berbaring atau duduk. Mereka akan mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kaki. Kadang-kadang rasa sakit itu hilang apabila mereka melakukan gerakan.

Punca tepat terjadinya sindrom resah kaki tidak diketahui. Faktor mewarisi menjadi salah satu penyebab terjadinya anak asyik sakit kaki pada waktu malam. Sindrom ini boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius apabila kanak-kanak membesar. Mereka akan mengalami masalah perkembangan minda dan masalah kelakuan di sekolah. Mereka akan mengalami masalah dalam perkembangan kognitif disebabkan gangguan pada kesakitan otot kaki yang dialami.

Disebabkan kanak-kanak itu mengalami masalah fokus semasa di sekolah, Sindrom resah kaki juga sering dikaitkan dengan sindrom ADHD (attention deficit hyperactivity disorder).

Simptom Sindrom Resah Kaki :

  • Sukar tidur pada waktu malam
  • Mengantuk di siang hari
  • Hilang fokus

3. Kekurangan Nutrisi

Masalah kekurangan nutrien di kalangan kanak-kanak boleh terjadi akibat kekurangan zat besi, vitamin A, asid folik, potasium, magnesium dan zink. Biasanya penyakit kekurangan nutrisi sering dialami oleh kanak-kanak di negara-negara miskin.

Dehidrasi juga menjadi salah satu penyebab berlakunya penyakit kekurangan nutrisi. Kanak-kanak yang kurang minum air boleh menyebabkan badan mereka mengalami dehidarasi iaitu kehilangan air dalam badan terutama ketika cuaca panas. Kanak-kanak yang kerap muntah ketika demam atau mengalami cirit-birit juga boleh menyebabkan dehidrasi. Mereka akan merasai kekejangan di bahagian otot kaki menyebabkan anak asyik sakit kaki pada waktu malam.

Simptom kekurangan nutrisi :

  • Kejang dan sakit pada otot kaki
  • Muntah atau cirit birit
  • Mata kelihatan letih tidak bermaya
  • Bibir kering dan pecah

Kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrisi juga sering dikaitkan dengan penyakit anemia. Anemia ialah penyakit kekurangan sel darah merah yang mengurangkan keupayaan pemindahan oksigen ke tisu badan. Apabila berlaku keadaan ini, badan bukan sahaja mengalami kekurangan hemoglobin, malah badan kanak-kanak akan menjadi letih dan sakit pada bahagian otot termasuk kaki.

Bila Anda Perlu Membawa Anak Berjumpa Doktor ?

Jika anak asyik sakit kaki pada waktu malam secara berulang-ulang dan kerap, dapatkan nasihat doktor untuk diagnosis sebenar penyakit. Sakit kaki yang berulang-ulang dan kerap sebegini kemungkinan berpunca dari masalah lain. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian pada kanak-kanak untuk mengenalpasti sama ada mereka mengalami simptom-simptom lain seperti :

  • Kecederaan akibat terjatuh
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Berjalan tempang
  • Ruam
  • Bengkak dan merah di bahagian sendi
  • Keletihan
  • Hilang berat badan
  • Kaki bengkok
  • Jalan jatuh
  • Sakit tulang belakang

Doktor akan melakukan diagnosis melalui pemeriksaan ke atas kanak-kanak dan mengenalpasti simptom dan sejarah latar belakang perubatan kanak-kanak dari kalangan ahli keluarga.

Penting bagi ibu bapa untuk mengetepikan sebarang kemungkinan yang menjadi punca kesakitan kanak-kanak tersebut sebelum sebarang diagnosis dijalankan. Inilah sebabnya mengapa keperluan membawa anak berjumpa doktor menjadi perlu pada sesetengah keadaan.

Jika doktor tidak mengesan sebarang masalah hasil dari pemeriksaan fizikal, kemungkinan kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan x-ray dan darah. Pemeriksaan darah  perlu untuk mengesan jika kanak-kanak tersebut mengalami masalah anemia.

Mungkin anak anda mengalami sakit kaki pada waktu malam hanya pada hari-hari tertentu sahaja. Perhatikan jika hari tersebut anak anda ada melakukan aktiviti fizikal luar biasa seperti berlari jarak jauh, bersukan atau mendaki. Kebanyakan masalah sakit kaki pada kanak-kanak pada waktu malam berpunca dari aktiviti di siang hari.

Jika ya, ini adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menolong melegakan kesakitan anak anda :

  1. Urut kedua-dua belah bahagian kaki.
  2. Lakukan regangan di bahagian otot yang sakit.
  3. Tuam atau tekap kain yang dicelupkan air suam pada bahagian kaki.
  4. Pastikan jika kasut anak anda sesuai untuk aktiviti tertentu yang lasak seperti berlari dan mendaki. Sediakan kasut yang sesuai mengikut aktiviti dan saiz yang selesa untuk mereka pakai.
  5. Mandi air suam sebelum tidur setelah melalui aktiviti fizikal yang memenatkan pada siang hari.
  6. Minum air putih dalam kuantiti yang mencukupi.
  7. Bekalkan anak anda dengan nutrisi makanan yang berkhasiat dan mencukupi.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan