HomeMalayAMLIFE Melancarkan Minuman Kesihatan Semula Jadi Kulit Pisang “Zleephonin”

AMLIFE Melancarkan Minuman Kesihatan Semula Jadi Kulit Pisang “Zleephonin”

Kuala Lumpur, Julai 2019 – Untuk memperkukuh kedudukannya sebagai pakar kesihatan tidur, AmLife telah memperkenalkan produk terbarunya Zleephonin – minuman kesihatan botani yang merangsang kegembiraan, kelenaan tidur dan kesejahteraan menyeluruh.

Laporan media menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tempat ke-80 senarai negara paling gembira dalam Laporan Kegembiraan Dunia 2019, jatuh 45 tempat berbanding tempat ke-35 yang diduduki pada  2018.

Menurut Tinjau Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, setiap 3 dalam 10 orang dewasa berumur 16 tahun dan ke atas mengalami masalah mental atau tekanan. Laporan media pada 2018 menunjukkan bahawa di Malaysia, masalah kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa meningkat daripada 10.7 peratus pada 1996 kepada 11.2 peratus pada 2006, berbanding 29.2 peratus pada 2015. Penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang menjejaskan rakyat Malaysia selepas penyakit jantung menjelang 2020.

En. Lew Mun Yee, Pengasas dan Presiden AmLife menjelaskan bahawa rakyat Malaysia semakin tertekan dengan kesibukan dan tekanan gaya hidup moden yang menjejaskan kegembiraan, mood & kesejahteraan. Ini seterusnya memberi kesan buruk kepada kualiti tidur kita dan kesihatan kita secara keseluruhan, dan mempercepatkan penuaan.

“Rakyat Malaysia kini lebih tertekan, terlalu kuat bekerja dan menghabiskan terlalu banyak masa dengan media sosial dan pelbagai peranti. Ini sedikit sebanyak menjejaskan hubungan kekeluargaan, kesihatan dan kesejahteraan diri. Peningkatan usia dan penuaan sel mengurangkan keupayaan untuk berfungsi secara fisiologi, menyebabkan penyakit penuaan seperti rambut putih, penuaan kulit, masalah menopaus, gangguan tidur, kehilangan ingatan, penyakit Alzheimer, penyakit jantung, kanser dan sebagainya,” kata Lew.

“Kami telah memperkenalkan Zleephonin untuk menangani tabiat dan isu gaya hidup moden. Zleephonin ialah diet semula jadi untuk kelenaan tidur, kesihatan dan kegembiraan hidup. Ia membantu anda merasa tenang dan mendapat tidur yang lena dengan formula semula jadi sepenuhnya untuk menjamin kesan kebaikan tidur setiap hari. Anda akan merasa bertenaga sepanjang hari dan menjalani hidup sihat, indah dan gembira!” kata Lew.

Zleephonin boleh didapati dalam bentuk booster yang mudah dibawa ke mana-mana dan diminum pada bila-bila masa – sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk. Pek uncang menyenangkan anda untuk menikmati Zleephonin (dalam bentuk serbuk) yang boleh dimasukkan terus ke dalam mulut atau dicampur dengan air untuk menyediakan minuman yang lazat dan berkhasiat.

Zleephonin adalah formula dipatenkan yang keseluruhannya menggunakan ekstrak semula jadi dengan ekstrak kulit pisang sebagai ramuan utama. Banyak jurnal kesihatan dan perubatan melaporkan bahawa kulit pisang kaya dengan Triptofan, iaitu asid amino penting yang meningkatkan serotonin (neurotransmiter) kita yang diketahui membuat kita rasa relaks, menambah baik mood kita dan membuat kita umumnya merasa lebih gembira.

Zleephonin dimuatkan dalam kotak 30 uncang dan dijual pada harga RM388 sekotak. Untuk maklumat lanjut tentang Zleephonin, sila klik www.amlife.com.my atau hubungi 03-80707616.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan