HomeMalayAdakah jenama vaksin COVID-19 penting?

Adakah jenama vaksin COVID-19 penting?

DOC2US menjawab persoalan berkaitan COVID-19 dan perkara-perkara yang berkenaan

Sebagai satu-satunya pembekal teleperubatan di Malaysia yang mematuhi peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyediakan perkhidmatan e-preskripsi yang ditandatangani secara digital, DOC2US melancarkan siri infografik COVID-19, vaksinnya serta topik-topik lain yang berkenaan.

Sejak Mac 2020, iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama di Malaysia, sebuah pasukan sukarelawan COVID-19 DOC2US yang diintegrasikan bersama aplikasi MySejahtera telah ditubuhkan. Dengan penularan wabak COVID-19, soalan lazim yang sering diterima oleh pasukan COVID- 19 DOC2US ini adalah, “Adakah jenama vaksin COVID-19 penting?”

Dr. Ming-Lee Ng, Ketua Pengarah Perubatan DOC2US

Dr. Ming-Lee Ng, Ketua Pengarah Perubatan DOC2US berkata, “Vaksin yang berlainan jenama mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza, dan ianya perkara yang agak rumit kerana jenama yang berbeza menggunakan kaedah penilaian keberkesanan vaksin yang berlainan. Daripada hanya menumpukan kepada isu jenama-jenama vaksin semata, sebenarnya adalah lebih penting bagi masyarakat Malaysia memberikan tumpuan dalam mencapai ‘imuniti kelompok’ yang hanya akan berjaya setelah sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin COVID-19.”

Menurut Our World In Data, hanya 2.4 peratusrakyat Malaysia telah diberisuntikan vaksin COVID-19 yang lengkap setakat 17 Mei 2021. Hal ini amat membimbangkan kerana Malaysia sudah ketinggalan dalam tahap penyuntikan vaksin COVID-19 berbanding tahap penyuntikan global yang telah mencecah 4.6 peratus.

Pasukan sukarelawan COVID-19 DOC2US adalah satu-satunya aplikasi penasihat kesihatan yang diintergrasikan dengan aplikasi MySejahtera, yang terdiri daripada doktor dan pakar kesihatan bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang cara menangani gejala COVID-19 ini. Ini turut dapat mengurangkan kontak fizikal pesakit dengan pakar kesihatan.

Antara soalan-soalan yang paling lazim diterima oleh pasukan sukarelawan COVID-19 termasuk:

1. Adakah jenama vaksin COVID-19 penting?

Jawapan ringkas: Tidak. Ikuti pautan ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci

2. “Sekiranya saya tidak dapat hadir untuk temu janji suntikan COVID-19 saya, bolehkah saya batalkan temu janji saya pada hari tersebut juga?”

Secara amnya, boleh. Suntikan vaksin ini adalah tindakan sukarela dan tidak akan menimbulkan dakwaan sekiranya temu janji suntikan vaksin dibatalkan. Namun, kecuali terdapat alasan yang sah, ianya lebih baik jika temu janji dihadiri. Inilah sebabnya.

3. Bagaimanakah cara untuk melaporkan kesan sampingan vaksin COVID-19 saya?

4. Boleh saya tahu lebih lanjut tentang kaitan pembekuan darah dan vaksin COVID-19?

Pihak berkenaan di sesetengah negara berspekulasi bahawa vaksin jenama AstraZeneca dan Johnson & Johnson berkaitan dengan beberapa kes yang jarang tetapi ketara tentang pembekuan darah. Apabila dinyatakan bahawa vaksin AstraZeneca dan Johnson & Johnson ini berkaitan dengan pembekuan darah, ini tidak bermaksud bahawa vaksin ini penyebab langsung pembekuan darah. Sebenarnya, kaitan antara vaksin ini dan pembekuan darah masih tidak jelas dan para saintis tidak mempunyai satu jawapan yang tepat juga. (Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut)

5. Bolehkah wanita yang mengandung mendapatkan suntikan COVID-19?

Ketika ini, tiada kajian mengenai penggunaan vaksin COVID-19 dalam wanita yang mengandung atau wanita yang sedang menyusu dijalankan. Informasi tentang keselamatan vaksinasi COVID-19 dalam golongan masyarakat ini masih tidak jelas. Namun, ini tidak bermaksud bahawa vaksin COVID-19 ini tidak selamat untuk golongan yang mengandung and menyusu. (Klik di sini untuk maklukmat yang lebih lanjut)

6. Adakah semakin ramai golongan muda di Malaysia yang dijangkiti COVID-19?

Berdasarkan analisis yang dipaparkan oleh CodeBlue, kadar kematian golongan tua yang berumur 65 ke atas merangkumi 59.5 peratus daripada jumplah kes kematian. Tetapi, dari 31 Mac hingga 4 Mei, untuk kali pertama, kadar kematian golongan muda berumur antara 25 higga 54 tahun telah melebihi jumlah kematian golongan yang lebih tua, iaitu golongan yang berumur antara 55 hingga 64 tahun. Ini bermaksud, semakin ramai golongan masyarakat yang muda dijangkiti dan meninggal akibat COVID-19. (Klik sini untuk maklumat lanjut)

7. Saya telah diuji positif COVID-19 and tengah menjalankan kuarantin di rumah.

Ketika ini, saya masih belum menerima panggilan dari KKM. Apakah yang perlu saya lakukan ketika ini? Sila rujuk pautan ini untuk maklumat lebih lanjut.

Sekiranya orang ramai mempunyai masalah atau persoalan berkaitan COVID-19, hubungilah pasukan sukarelawan COVID-19 DOC2US secara percuma di MySejahtera (MySejahtera>Digital Health>VHA>DOC2US). Perkhidmatan ini adalah percuma.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan