HomeMalay8 Snek Petang Terbaik Buat Tumbesaran Anak Anda

8 Snek Petang Terbaik Buat Tumbesaran Anak Anda

Adakalanya amat sukar memujuk kanak-kanak supaya mengikuti pola pemakan sama seperti orang dewasa. Sebagai ibu dan bapa, tentunya anda mahu memastikan supaya anak anda sentiasa dalam keadaan perut yang kenyang. Apabila menyebut tentang makanan yang mengenyangkan, apa yang sentiasa terlintas di fikiran kita ialah nasi dan lauk pauk yang menyelerakan. Bagi kita orang dewasa, itulah makanan asasi untuk bekalan tenaga. Namun lain pula bagi seorang kanak-kanak. Mereka ini lebih gemar menikmati makanan ringan seperti snek daripada menikmati sepinggan nasi.

Sesetengah ibu bapa melarang keras pengambilan makanan seperti snek oleh anak-anak. Ini kerana, kebanyakan snek di pasaran tidak menyumbang kepada perkembangan otak dan fizikal kanak-kanak. Anak-anak tentunya tidak pandai memilih snek apakah yang terbaik untuk tumbesaran mereka. Namun sebagai ibu bapa, anda memiliki kebijaksanaan untuk menentukan apakah snek yang terbaik buat tumbesaran anak anda.

Jom kita lihat pilihan snek petang terbaik yang sesuai dinkmati oleh kanak-kanak.

1.Heinz Banana Biscotti Snack

 

Biskut ini sememangnya selamat untuk dinikmati oleh bayi dan kanak-kanak kerana ia tidak mengandungi warna tiruan dan bahan pengawet buatan. Snek biskut berperisa seakan buah pisang ini dihasilkan secara unik mengikut resepi biskut Itali. Teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam mulut membuatkan kanak-kanak pasti menggemari snek biskut perisa pisang ini.

Heinz Banana Biscotti Snack diperkaya dengan 8 jenis vitamin dan mineral yang baik untuk tumbesaran seorang kanak-kanak. Bagi hindagn 100 gram, snek biskut berperisa pisang ini membekalkan 10 gram protein, 5 gram fiber, 422 kalori dan pelbagai jenis vitamin. Antaranya vitamin A, E, K, B6 dan B12.

Kandungan garam dalam biskut ini juga amat minimum iaitu 0.5 gram sahaja. Biskut pisang ini diperkaya dengan 310 gram kalsium. Kalsium merupakan sumber makanan terbaik untuk perkembangan tulang kanak-kanak yang sihat dan kuat.

Antara bahan utama pembuatan Heinz Banana Biscotti Snack ialah puri pisang, puri epal, susu tepung dan tepung gandum. Kanak-kanak pasti akan menggemari rasa snek biskut pisang yang enak sebegini.

Baca dan lihat ulasan mengenai Heinz Banana Biscotti Snack


2. Signature Snack Healthy Nut Mix

Anda rasa kanak-kanak tidak menggemari kekacang? Mungkin tanggapan anda itu salah kerana anda harus memberikan anak anda mencuba Signature Snack Healthy Nut Mix. Sesiapa sahaja sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak akan menggemari campuran kekacang yang enak dijadikan kudapan pada waktu petang.

Ada lima jenis kekacang sampuran pilihan yang paling digemari iaitu pecan, badam, cashew, hazelnut dan kacang tanah. Snek ini diperkaya dengan protein serta rendah karbohidrat yang pastinya tidak akan menyebabkan anak anda mengalami obesiti. Campuran kekacang yang kaya dengan 4% kandungan protein dan 8% kandungan zat besi yang baik untuk perkembangan sel darah merah, sistem imunisasi dan sebagai pembekal tenaga bagi kanak-kanak.

Campuran kekacang Signature Snack Healthy Nut Mix juga bebas daripada bahan pengawet dan tiruan. Ia juga bebas dari gula.

Kacang ini disediakan secara panggang menjadikan rasanya begitu enak dan mengenyangkan. Kekacang ini sesuai dicampur dalam makanan tambahan seperti bijirin atau dengan cara mengisar dalam susu formula anak anda.

Baca dan lihat ulasan mengenai Signature Snack Healthy Nut Mix


3. Marigold Milk Pudding

Kanak-kanak mana yang tidak menggemari rasa puding. Lebih-lebih lagi puding sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais.. Sangat mengasyikkan apabila dinikmati anak-anak pada waktu petang.

Marigold Milk Pudding mempunyai 2 pilihan perisa iaitu coklat dan custard caramel. Puding ini sungguh berkrim dengan rasa susu enak yang sememangnya digemari oleh kanak-kanak.

Rasa puding ini juga kurang manis dan kandungan lemak juga rendah. Snek pencuci mulut yang sangat baik bagi ibu-ibu yang tidak mahu anak mereka obesiti. Jadikan puding Marigold Milk Pudding ini sebagai pencuci mulut sama ada selepas makan tengah hari atau malam.

Baca dan lihat ulasan mengenai Marigold Milk Pudding


4. HERSHEY S Sugar Free Caramel Filled Chocolates

Bagi ibu bapa yang tercari-cari coklat tanpa gula yang enak, berikan anak anda coklat HERSHEY S Sugar Free Caramel Filled Chocolates ini. Coklat ini lebih sihat dinikmati oleh kanak-kanak berbanding dengan lain-lain coklat lain di pasaran.

Setiap keping coklat mengandungi 20 kalori dan nilai ini sangat rendah bagi sekeping coklat. Namun kandungan lemaknya agak tinggi. Jadi ibu bapa perlu kawal kuantiti coklat ini untuk anak mereka. Bahagian dalam coklat dipenuhi dengan cecair karamel yang cair apabila dimasukkan dalam mulut.

Baca dan lihat ulasan mengenai HERSHEY S Sugar Free Caramel Filled Chocolates


5. Organix Goodies Organic Carrot Stix For Toddlers From 12+ Months

Jika usia anak anda melebihi 1 tahun, snek perisa lobak merah ini sesuai untuk dinikmati. Jajan yang bersifat organik seperti ini bebas dari bahan MSG yang diketahui amat tidak baik untuk perkembangan otak kanak-kanak. Jadi mereka memerlukan jajan bersifat organik tanpa bahan pengawet.

Bahan utama pembuatan snek ini selain daripada menggunakan serbuk lobak merah, ia juga menggunakan jagung sebagai bahan utama. Kandungan garamnya juga sangat rendah iaitu 0.10 gram sahaja bagi setiap 100 gram hidangan. Jajan ini juga diperkaya dengan sumber fiber dan protein.

Baca dan lihat ulasan mengenai Organix Goodies Organic Carrot Stix


6. Bellamy’s Organic Apple Snacks

Satu lagi snek organik yang selamat bagi kanak-kanak berusia 12 bulan ke atas. Snek berperisa epal merah ini tentunya akan menggalakkan anak-anak menggemari rasa buah-buahan.

Snek organik dari Australia tanpa tambahan gula ini mudah dibawa ke mana sahaja. Sumber buah epal yang menghasilkan snek ini berasal dari ladang epal Australia yang tidak menggunakan baja sintetik dan racun perosak. Snek organik ini dikeringkan dari potongan sebiji epal dan merupakan 100% buah-buahan tanpa tambahan gula.

Baca dan lihat ulasan mengenai Bellamy’s Organic Apple Snacks


7. Radiant Passion Cookies with Cranberries and Oats

Kanak-kanak sangat menggemari rasa biskut. Lebih-lebih lagi apabila ia dicelup dalam secawan air susu yang lemak berkrim. Biskut yang dihasilkan daripada campuran bijirin oat , buah kranberi dan markisa ini akan membuatkan kanak-kanak menggemarinya. Ia ditambah pula dengan chia seed dimana kebaikannya diketahui sangat bermanfaat untuk penghadaman.

Tiada bahan trans lemak, bahan pengawet dan pewarna tambahan dalam biskut yang sihat ini. Keenakan biskut oat ini mungkin akan membuatkan anak anda menghabiskan satu bungkus biskut ini dengan cepat.

Baca dan lihat ulasan mengenai Radiant Passion Cookies with Cranberries and Oats


8. KG Cocktail Samosa

Salah satu kuih goreng yang menjadi kegemaran ramai ialah samosa berinti. Ibu-ibu patut menyimpan KG Coctail Samosa untuk sebagai hidangan petang yang paling cepat disediakan tanpa perlu bersusah payah.

Samosa ini mengandungi inti daripada campuran sayur-sayuran serta kentang yang dihancurkan dan tentunya dipenuhi rasa inti kari yang lazat. Bagi anak-anak yang susah menikmati sayu-sayuran, inti samosa ini tidak akan membuatkan mereka menolaknya. Sudah tentu tidak cukup dengan hanya menyimpan satu kotak dirumah. Tentu anda memerlukannya lebih daripada satu bunkus untuk hidangan ramai.

Baca dan lihat ulasan mengenai KG Cocktail Samosa

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan