Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut lagi ketibaan bulan Ramadan dan Syawal bagi tahun 2019. Pada tahun ini bulan Ramadan akan jatuh pada tarikh 5 Mei 2019 manakala Hari Raya Puasa akan disambut pada 5 Jun 2019. Majoriti umat Islam sentiasa ternanti-nanti kehadiran dua bulan yang mulia dalam Islam ini kerana ia menjanjikan keberkatan dan ganjaran pahala yang berganda besar bagi umat-Nya yang memenuhi jiwa dan aktiviti ibadah mereka dengan penuh takwa dan keihlasan hanya semata-mata kerana Allah s.w.t. Sempena bulan mulia dalam Islam yang bakal menjelma ini, seharusnya kita mempersiapkan diri dengan bekalan rohani dan jasmani bagi memastikan kita melaluinya dengan persediaan yang mantap terutamanya dalam menghadapi cabaran berpuasa di bulan Ramadan. Penting bagi kita umat Islam untuk mendekatkan diri dengan usaha yang lebih gigih untuk persediaan menghadapinya tidak lama lagi.

Di samping membuat persediaan rohani dan jasmani, pasti ada di kalangan kita yang giat mencari perkhidmatan katering sebagai persediaan untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan sambutan rumah terbuka pada bulan Syawal nanti. Kebiasaannya tempahan katering untuk kedua-dua bulan ini akan menerima banyak permintaan dari kalangan individu, syarikat mahupun majlis lain yang lebih besar. Oleh itu penting bagi anda untuk membuat tempahan lebih awal supaya rancangan anda untuk mengadakan majlis berbuka puasa sama ada pada bulan Ramadan dan majlis rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri terlaksana dengan perancangan yang baik.

8 Perkhidmatan Katering Untuk Ramadan & Hari Raya Di Lembah Klang

Bagi anda yang tercari-cari perkhidmatan katering yang menghidangkan pelbagai pilihan makanan yang enak dan bertepatan dengan tema Ramadan dan Hari Raya, ini dia 8 pilihan perkhidmatan katering berstatus halal yang boleh anda tempah sekitar Kuala Lumpur & Selangor.


1. Lynn’s Catering, Subang Jaya

Lynn’s Catering telah bermula sejak tahun 2008 di Subang Jaya, Selangor. Mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan terdiri daripada menu utama masakan tempatan terutama Melayu, Cina, masakan Thai dan makanan barat. Antara yang istimewa ialah kambing bakar sebagai salah satu menu paling utama dalam sesebuah majlis. Turut disediakan ialah pelbagai jenis hidangan pemanis mulut dan pastri yang tersusun menarik di atas meja untuk kesesuaian pelbagai peringkat umut terutama bagi kanak-kanak. Lynn’s Catering biasa menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis melibatkan organisasi korporat, diplomatik, kolej, universiti dan lain-lain majlis.

Mereka turut menyediakan makanan berstatus halal bagi Muslim termasuk untuk acara majlis semasa bulan puasa dan hari raya. Pelbagai hidangan masakan Melayu bertemakan hari raya termasuk biskut raya akan disediakan mengikut pilihan pakej yang disediakan.

Semak maklumat lanjut mengenai Lynn’s Catering dan tempahan segera untuk berbuka puasa dan hari raya.

Laman Web : https://feedmyguest.com/caterer/lynnsrestaurantcafe


2. Nurul Izzah Catering, Selangor


Menyediakan perkhidmatan katering berskala besar untuk majlis-majlis keraian utama termasuk untuk berbuka puasa dan sambutan hari raya. Kelengkapan disediakan bersama dengan lanskap dan kanopi. Mereka memastikan kualiti makanan terjamin sedap dan memenuhi selera pelanggan melalui pasukan jawatankuasa khas yang akan memeriksa makanan yang dihidangkan kepada pelanggan. Nurul Izzah Catering berpengalaman menyediakan katering makanan untuk pelanggan sehingga 22 majlis dalam sehari tanpa mengira saiz skala majlis sama ada individu, badan badan kerajaan, syarikat korporat dan majlis perkahwinan.

Untuk sambutan hari raya pula anda boleh memilih hidangan berdasarkan pakej-pakej yang disediakan terdiri daripada menu utama seperti nasi minyak, nasi briyani, lemang, ketupat serta pilihan lauk seperti daging kuzi dan ayam masak merah.

Semak maklumat lanjut mengenai Nurul Izzah Catering dan tempahan segera untuk berbuka puasa dan hari raya.

Laman Web : https://feedmyguest.com/caterer/nurulizzahcatering


3. Teaffani Catering, Kuala Lumpur & Selangor


Perkhidmatan ketering bertaraf lima bintang untuk pelbagai majlis dan perayaan termasuk untuk majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya. Menu yang ditawarkan sesuai untuk semua golongan terdiri daripada masakan Melayu, Cina, India, Barat dan masakan Jepun. Pakej yang disediakan berbeza sama ada pakej biasa atau ekslusif.

Pasukan penyedia hidangan dan staf mereka terdiri daripada kalangan tukang masak dan pekerja yang terlatih untuk memastikan mutu kesedapan makanan dan perkhidmatan yang disediakan adalah terbaik untuk sebarang majlis.

Semak maklumat lanjut mengenai Teaffani Catering dan tempahan segera untuk berbuka puasa dan hari raya.

Laman Web : https://feedmyguest.com/caterer/teaffani


4. Go Cater (STLYE CATERING SERVICES), KL & Selangor


Go Cater sebagai penyedia makanan yang akan memenuhi kehendak pelanggan untuk sebarang majlis keraian termasuk untuk majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya. Mereka menyediakan pelbagai pakej khas untuk majlis hari raya yang menggabungkan menu utama dari masakan Melayu dan masakan Thai. Selain itu terdapat pilihan menu pemanis mulut seperti kek, kuih dan pastri. Anda sebagai pelanggan boleh menyesuaikan cadangan menu bersesuaian yang anda ingini mengikut selera dan majlis yang diadakan.

Semak maklumat lanjut mengenai Go Cater dan tempahan segera untuk berbuka puasa dan hari raya.

Laman Web : https://feedmyguest.com/caterer/gocater


5. Hadramawt Restaurant & Catering, KL & Selangor


Bagi yang inginkan kelainan hidangan untuk majlis berbuka puasa dan hari raya, menu masakan Arab sememangnya enak dan sedap untuk tetamu undangan anda. Hadramawt Restaurant & Catering adalah antara penyedia masakan Arab paling popular di KL dan Selangor yang menjanjikan kepuasan untuk semua. Mereka sebagai penyedia makanan akan memenuhi kehendak pelanggan sama ada untuk acara individu, korporat dan majlis rasmi dan tidak rasmi.

Semak maklumat lanjut mengenai Hadramawt Restaurant & Catering dan tempahan segera untuk berbuka puasa dan hari raya.

Laman Web : https://feedmyguest.com/caterer/Hadramawtfareastcommercesb


6. Pink Shallots, KL & Selangor


Anda boleh mendapatkan khidmat katering beserta dengan perunding majlis yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan sebarang majlis keraian termasuk untuk bulan Ramadan dan Hari Raya. Pink Shallots akan cuba memenuhi kehendal pelanggan berdasarkan pilihan tema, pemilihan warna dan menu yang ingin disediakan. Pelbagai pilihan pakej untuk hidangan bufet sempena majlis berbuka puasa dan sambutan Hari Raya ditawarkan mengikut kesesuaian bajet dan jumlah tetamu jemputan. Anda boleh memilih sama ada menu makanan disediakan di atas meja ataupun dalam bentuk gerai kecil yang tampak lebih elegan.

Semak maklumat lanjut mengenai Pink Shallots dan tempahan segera untuk berbuka puasa dan hari raya.

Laman Web : https://feedmyguest.com/caterer/pinkshallots


7. Felda D’Saji Sdn Bhd, KL & Selangor

Merupakan penyedia makanan yang tidak asing lagi di sekitar Lembah Klang. Menyediakan khidmat penyedia makanan dan pengaturcara majlis berskala besar termasuk untuk majlis berbuka puasa dan sambutan Hari Raya secara besar-besaran. Ia menjadi pilihan di kalangan warga korporat untuk acara majlis yang lebih ekslusif. Yang pastinya, Felda D’Saji memenuhi selera penggemar masakan Melayu kerana pilihan yang ditawarkan bukan sahaja pelbagai malah sedap dan memenuhi selera.

Semak maklumat lanjut mengenai Felda D’Saji Sdn Bhd dan tempahan segera untuk berbuka puasa dan hari raya.

Laman Web : https://feedmyguest.com/caterer/feldadsajisdnbhd


8. TukTuk Catering, KL & Selangor

Ceriakan majlis berbuka puasa dan majlis rumah terbuka Hari Raya ini dengan perkhidmatan Tuk Tuk Catering. Mereka menawarkan pelbagai pilihan pakej beserta menu menarik terdiri daripada masakan Melayu, kuih muih dan pastinya hidangan biskut raya. Anda boleh nikmati menu hidangan menarik seperti nasi tomato dengan ayam merah, nasi hujan panas dan sebagainya mengikut citarasa yang boleh disesuaikan mengikut pilihan anda.

Semak maklumat lanjut mengenai TukTuk Catering dan tempahan segera untuk berbuka puasa dan hari raya.

Laman Web : https://feedmyguest.com/caterer/tuktukcatering

Cari lebih banyak lagi info tentang perkhidmatan katering & bufet di seluruh Malaysia. Anda juga boleh buat tempahan terus secara online.

Laman web : https://feedmyguest.com/