Selain memikirkan hospital terbaik yang sesuai dipilih untuk bersalin, persoalan sama ada mahu berpantang sendiri atau di kampung juga sering membelenggu kebanyakan bakal ibu yang menanti saat melahirkan cahaya mata.
Baik ibu muda yang baru pertama kali menimang cahaya mata atau yang sudah berpengalaman, kedua-duanya pasti mengidamkan waktu berpantang bukan saja selesa malah tidak mencetuskan sebarang masalah terutama pada emosi diri.
Ada pendapat menyatakan berpantang sendiri di rumah dengan jagaan suami dan bidan terlatih lebih baik dan tidak membebankan ibu bapa yang sudah uzur di kampung.
Namun, ada juga yang menyangkal pendapat itu dengan beranggapan berpantang adalah saat si ibu yang baru melahirkan bayi perlu berada di sisi dan dijaga sepenuhnya oleh ibu atau ibu mentua bagi memastikan diri terjaga rapi.
Hakikatnya, kedua-dua situasi itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan cara berpantang ini juga bergantung kepada keadaan si ibu dan keselesaan masing-masing.
Buat para ibu yang berada dalam zaman moden ini, isu berpantang selepas bersalin merupakan salah satu isu yang pastinya menimbulkan dilema dalam diri. Sama ada mahu mengamalkan petua berpantang orang zaman dahulu atau berpantang mengikut nasihat pakar perubatan masa kini?
Seiring dengan gaya hidup zaman sains dan teknologi masa kini, kemajuan sains perubatan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Jika dahulu, adalah sangat sukar untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan. Tetapi kini, semuanya berada di hujung jari. Hanya dengan satu klik, pelbagai info kesihatan sahih dapat kita perolehi.
Selepas melahirkan anak, proses seterusnya adalah anda akan menjalani prosedur berpantang. Dalam berpantang memang banyak benda yang anda tidak digalakkan buat contohnya dari segi pemakanan. Ada yang boleh makan dan ada yang tak boleh makan. Namun, buat ibu-ibu yang pertama kali bakal menempuh situasi ini mesti bingung juga barang apa yang perlu disediakan. Jadi, ini antara 8 barang keperluan semasa berpantang yang anda kena ada!
1. PAM SUSU
Pengepam susu adalah antara barang yang menjadi keperluan utama bagi ibu yang selesai bersalin. Disarankan untuk anda membeli pam susu yang mempunyai fungsi double pumping jika mempunyai bajet yang lebih. Dengan adanya pam susu yang lebih berkualiti, proses pengepaman susu untuk anak akan menjadi lebih efektif.
2. BAJU T-SHIRT
Nursing bra adalah sejenis pakaian dalam yang berlainan dari yang biasa. Ada dalam kalangan ibu yang ingin menyusukan anak secara sendiri, penggunaan nursing braadalah sangat berguna kerana mempunyai fungsi yang memudahkan proses penyusuan. Bukan itu sahaja, anda pun tak akan merosakkan pakaian dalam yang biasa untuk menyusukan anak.
4. KAIN BATIK
Ini adalah barang keperluan semasa berpantang yang paling popular sejak zaman dahulu lagi. Penggunaan kain batik sebagai pengganti seluar amat penting untuk keselasaan ibu dalam berpantang. Ini penting juga kepada ibu yang bersalin secara pembedahan supaya bekas jahitan tidak terganggu dengan material kain.
5. PATI IKAN HARUAN
Ikan haruan sudah diketahui ramai dalam khasiatnya yang boleh segera menyembuhkan luka. Jadi, amalkan pengambilan pati ikan haruan yang boleh dibeli di pasaraya atau kiosk barangan herba dan kesihatan. Jika tak mahu makan pati ikan haruan, anda juga boleh cuba masak sup ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin.
6. SET BERPANTANG
Sudah bermacam-macam jenama set berpantang boleh didapati di pasaran sekarang ini. Set berpantang ini sudah dilengkapi dengan makanan herba, tungku pemanas dan juga barang mandia herba untuk kegunaan anda. Jadi, tak payah nak risau tentang barang kesihatan yang susah dijumpa kerana set berpantang ini ada kesemuanya!
7. STOKIN
Untuk memastikan kaki anda sentiasa panas dan tak masuk angin, pemakaian stokin ketika berpantang adalah sangat penting. Kalau boleh pada waktu siang dan malam pun anda kena pakai juga stokin ini supaya badan kita pun teerjaga dari angin sejuk. Bukan itu sahaja, bila dah pakai stokin ni dapat mengurangkan kesakitan kaki ketika berjalan.
8. TUALA WANITA
Penyediaan tuala wanita atau sanitary pad juga perlu untuk wanita yang berada dalam pantang. Khususnya bagi anda yang melahirkan anak menggunakan kaedah ceasarian. Tempoh adanya narah nifas selepas melahirkan anak adalah 15 hari tetapi mungkin akan berbeza bagi sesetengah orang. Jadi, jangan lupa beli tuala wanita banyak-banyak ya!
Terdapat banyak perubahan yang akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan bayi. Ianya merupakan suatu perubahan besar dalam hidup terutamanya bagi para ibu yang pertama kali menimang cahaya mata.
Dalam keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya selepas bersalin, saat ini sememangnya waktu yang sukar kerana ibu bukan sahaja perlu menjaga kesihatan diri, malah turut perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi yang baru dilahirkan.
Suami dan ahli keluarga terdekat seharusnya memberi sokongan padu dari segi mental, fizikal, emosi dan moral kepada para ibu agar ibu berpantang selepas bersalin ini dapat sentiasa berfikiran positif.
Buat para ibu, nikmati waktu berpantang kerana tidak semua orang melaluinya. Jika ibu-ibu dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam diri dari segi fikiran mahupun emosi, usah berlengah lagi, dapatkan rawatan segera.
Jika ibu berpantang selepas bersalin mengalami sebarang masalah kesihatan atau kemusykilan tentang diri sendiri mahupun bayi, maklumkan kepada jururawat yang datang melawat para ibu di rumah. Ibu-ibu seharusnya pergi ke klinik atau hospital jika perlu.
Antara simptom-simptom merbahaya buat para ibu selepas bersalin adalah :-
- Demam melebihi 38°C.
- Sakit kepala yang teruk diiringi dengan mata kabur, muntah dan kaki bengkak.
- Darah nifas yang keluar begitu banyak secara tiba-tiba. Ditambah dengan pening kepala atau denyutan nadi yang laju.
- Sakit dada dan sukar bernafas secara tiba-tiba. Ditambah pula jika ibu turut mengalami batuk darah dan pening kepala.
Dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas ini, para ibu perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada mereka yang lebih pakar.
KESIMPULAN
Pelbagai amalan yang baik dan tidak elok kita lakukan semasa dalam proses berpantang. Bagi masyarakat Melayu, berpantang merupakan amalan yang mesti dilakukan dan menjadi tradisi turun temurun. Amalan berpantang ini adalah sebagai persediaan kepada tubuh badan mereka kelak supaya masih sihat dan bertenaga.
Amalkan cara berpantang yang selamat dan sihat untuk tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan. Jangan sesekali ambil mudah tentang penjagaan berpantang kerana ianya faktor penting yang mempengaruhi emosi serta daya tahan badan pada masa hadapan.