Para ibu yang mempunyai banyak masa di rumah pada waktu petang pasti tidak akan melepaskan peluang menyediakan hidangan makanan ringan pada waktu petang untuk seisi keluarga. Hidangan makan dan minum petang hasil daripada masakan sendiri pastinya lebih sedap dan menyelerakan berbanding jika anda membelinya di luar. Ada dari kalangan kaum ibu yang menjadikan penyediaan makan dan minum petang sebagai satu kemestian bagi memastikan setiap ahli keluarga ternanti-nanti saat berkumpul di rumah pada waktu petang. Suami yang baru pulang dari tempat kerja dan anak-anak yang pulang selepas seharian penat memerah otak di sekolah tentunya akan merasa lebih bahagia apabila melihat makan dan minum petang tersedia di atas meja. Makan petang bersama keluarga adalah peluang untuk setiap ahli keluarga berkumpul bagi menjalinkan kemesraan sambil bersembang mengenai topik-topik menarik.
Pelbagai idea resepi makan petang yang anda boleh sediakan. Dengan pelbagai pilihan resepi yang tersedia di internet, anda boleh bertukar-tukar resepi setiap hari dan setiap minggu supaya ahli kelurga anda tidak bosan dengan menu yang disediakan. Dengan 10 resepi makan petang di bawah ini, pasti ahli keluarga anda bersedia menjadi penunggu setia di rumah pada setiap petang.
1. Dumpling Ayam & Udang
Bahan-Bahan :
- Isi ayam (cincang halus)
- Isi udang (cincang halus)
- Carrot (cincang/parut halus)
- Daun bawang
- Daun sup
- Bawang besar
- Bawang putih
- Lada sulah
- 2 sudu besar Sos ikan
- 2 sudu besar Minyak bijan
- 1 sudu besar Sos tiram
- Garam
- 1 sudu besar Tepung jagung
- 1 paket dumpling kulit dumpling (dibeli di pasaraya)
Bahan untuk sup :
- Halia
- Bawang putih
- Minyak bawang putih
- Bunga lawang
- Kulit kayu manis
- Kiub ayam
- Daun bawang
Cara-caranya :
- Campurkan semua bahan-bahan di atas.
- Ambil sekeping kulit dumpling dan letakkan inti di tengah. Kelim dengan kemas mengikut kreativiti masing-masing.
- Anda boleh memilih sama ada untuk menggoreng, merebus atau kukus dumpling tersebut.
- Sementara itu sediakan sos dumpling. Tumiskan bawang putih, cili, sos ikan, kicap cair, cuka, gula dan minyak bijan.
- Seterusnya siapkan sup dumpling secara ringkas. Kaedah penyediaan sama seperti penyediaan sup ayam biasa dengan menggunakan bahan-bahan sup di atas.
- Dumpling anda siap untuk dihidangkan
2. Roti Sisir Gebu
Bahan – Bahan :
- 300 gram tepung high protein
- 60 gram gula kastor
- 10 gram susu tepung
- 5 gram yis
- 2 biji kuning telur Emborg
- Susu segar (campurkan dengan telur semua jadikan 215 gram).
- 30 gram mentega tanpa garam
- 2 gram garam
Cara-caranya :
- Masukan kesemua bahan cecair dulu diikuti dengan bahan kering ke dalam alat breadmaker.
- Apabila breadmaker berhenti, masukan mangkuk yang berisi adunan ke dalam peti sejuk selama 15 minit. Setelah cukup 15 minit, uli sekali lagi dalam breadmaker.
- Apabila sudah siap boleh membentuk roti secara membulat bulat dan timbang dalam 40 gram.
- Aambil adunan yang sudah dibulatkan, leperkan sedikit kemudian lipat seperti kaedah membuat karipap. Lipat dua bahagian dan susun dalam loyang.
- Biar adunan naik 2 kali ganda dan bolehlah dibakar.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar 170°C selama 30 minit mengikut oven masing-masing.
- Apabila roti siap masak, keluarkan roti dan sapu permukaan dengan mentega atau lain-lain jenis krim yang anda sukai.
Resepi : FazzRie YaRna
3. Resepi Donut Gebu
Bahan – Bahan :
Pelembut doh
- Dua sudu tepung gandum,
- Secawan air.
Adunan yis
- Setengah paket yis 11 gram
- Setengah sudu mkn susu pekat
- Sesudu makan gula
- Setengah sudu makan marjerin
- Setengah cawan air suam
Adunan doh
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan susu tepung
- Secubit garam.
Cara-caranya :
- Sediakan bahan pelembut doh. Kacau sebati.Masak atas api sederhana sampai pekat.
- Sediakan adunan yis. Campur semua bahan dan gaul sebati.Tutup dan tunggu kembang kira-kira 10 minit
- Sediakan adunan doh. Masukkan 1 sudu makan pelembut doh, tambahkan sebiji telur gred c dan campurkn adunan campuran yis. Gaul sebati.
- Pastikan adunan tidak melekat pada tangan. Uli selama 10 min.
- Tutup dan tunggu kembang selama 45 minit.
- Tumbuk-tumbukkan adunan untuk keluarkan angin. Bentukkan atau bulat-bulatkan adunan. Sedia untuk digoreng. Siap goreng taburkan gula halus
Resepi : Ain Kamarudin
4. Puff Ayam Cendawan
Bahan – Bahan :
- Puff pasti ( beli dipasaraya )
- ½ biji lobak merah dihiris
- 3 batang sosej dihiris
- 1 ketul isi ayam bahagian dada dihiris
- ½ cendawan tin
- Daun bawang dipotong halus
- 1 cawan susu segar
- ½ tin Sup pekat Campbelli
- 1 sudu kecil lada hitam
- 3 ulas Bawang putih ditumbuk
Cara-caranya :
- Panaskan minyak tumis bawang putih. Masukkan lobak, sosej, ayam dan cendawan. Tumis 4 ke 5minit.
- Kemudian masukkan sup pekat & susu segar. Kacau sebati sehingga pekat. Tambah lada hitam.
- Masak sehingga pekat. Akhir sekali tambahkan daun bawang. Tuutp api
- Sediakan lapisan puff. Letak inti puff di bahagian tengah. Lipat dan kelim di bahagian tepi menggunakan garfu.
- Susun semua puff dalam loyang. Sapukan kuning telur dan boleh taburkan oregano jika mahu.
- Panaskan oven kemudian bakar 160°C selama 20minit.
- Siap untuk dihidangkan
Resepi : Uya Masbah
5. Samosa
Bahan-bahan :
Bahan A
- Kulit popia secukupnya
- 2 sudu makan tepung gandum (Bancuh dengan 1 sudu makan air)
- Minyak masak secukupnya
Bahan B (Inti)
- 200 g daging ayam / daging kisar (Dihancurkan)
- 1 labu bawang besar
- 2 biji kentang
- 1 batang lobak merah
- 1 sudu makan rempah kari
- 2 biji cili merah (Dicincang)
- Daun sup dan daun bawang (Dihiris halus)
- 1 sudu makan minyak
- Garam secukupnya
Cara-caranya :
Cara Membuat Inti
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
- Masukkan daging kisar. Kacau rata kemudian masukkan rempah kari. Kemudian kacau rata sekali lagi.
- Masukkan rempah kari dan kacau lagi.
- Tutup api kemudian taburkan cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau rata.
- Angkat dan sejukkan.
Cara Membuat Samosa
- Kulit popia diasingkan satu per satu dan dipotong 3. Gamkan dengan bancuhan tepung supaya menjadi kepingan panjang.
- Letakkan inti di hujung dan lipatkan dengan kemas supaya menjadi segi tiga.
- Gorengkan sehingga kuning keemasan
6. Bubur Candil
Bahan-bahan :
- 100gm tepung beras
- 100gm tepung pulut
- 100gm gula melaka
- 100gm gula pasir
- 500ml santan
- 70gm biji sago
- sedikit pewarna
- 2 helai daun pandan
Cara – caranya :
- Campurkan tepung beras & pulut, sedikit pewarna, adunkan tepung dengan air dan uli hingga menjadi doh kemudian bentukkan mengikut kesukaan.
- Masak air hingga mendidih dan masukkan tepung yang sudah dibentuk. Angkat apabila tepung tadi timbul dan ketepikan.
- Dalam periuk lain masak santan. Kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau hingga sebati.
- Masukkan pula adunan tepung yang dibentuk tadi dan biji sago. Renih dengan api perlahan hingga mendidih.
7. Kuih Gulung Berlauk
Bahan-bahan :
Bahan Inti
- 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
- 1 ulas bawang putih (Dicencang halus)
- 1 sudu makan rempah kari (Bancuh dengan sedikit air)
- 100 gram isi ayam (Dicincang)
- 2 biji kentang sederhana (Dipotong dadu kecil)
- ½ batang lobak merah (Dipotong dadu kecil)
- ½ cawan air
- 1 pokok daun bawang (Diracik)
- 1 pokok daun sup (Diracik)
- 1 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
Bahan Kulit
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- 2 sudu besar minyak masak
- Garam secukup rasa
Cara- caranya :
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
- Masukkan serbuk rempah kari dan kacau rata sehingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam, kentang, lobak merah, dan air. Kacau rata lagi dan biarkan sehingga pekat dan kentang empuk. Padamkan api.
- Masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau rata dan masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan.
- Masukkan semua bahan kulit ke dalam mesin pengadun dan adun sebati. Tapiskan.
- Panaskan kuali non-stick yang sudah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Selepas masak, angkat dan letakkan di atas pinggan. Masukkan inti kentang di tengah-tengahnya.
- Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan. Gulungkan kemas-kemas.
- Lakukan sehingga habis adunan dan hidangkan.