7 Penyakit Ini Boleh Merosakkan Hubungan Seks Suami Isteri

Product Details

Kualiti perhubungan seks dengan pasangan amat berkait rapat dengan faktor kesihatan. Apabila tubuh dalam keadaan tidak sihat, sentiasa mengalami penat, lesu dan tidak bertenaga, otak terpaksa memberi isyarat negatif terhadap pelbagai sistem fungsi badan. Antaranya sistem organ seks. Nikmat perhubungan seks bersama pasangan halal anda tidak lagi mencapai kemuncak keghairahannya. Lama kelamaan pasti pasangan anda akan mula rimas. Angin pasangan akan mula berubah dari sepoi-sepoi bahasa ke angin ribut taufan. Keharmonian rumahtangga tidak lagi sehangat ketika mula-mula berkahwin.

Majoriti pasangan berkahwin di Malaysia kurang mempunyai kesedaran tentang pentingnya pengaruh kesihatan yang baik terhadap kualiti seks. Ramai pasangan yang tidak mementingkan penjagaan kesihatan sebaik sahaja memasuki alam rumahtangga. Padahal amatlah mudah menjaga kesihatan jika kedua-dua pasangan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan sentiasa bersenam. Kesemua amalan gaya hidup sihat ini sebagai langkah awal mencegah penyakit-penyakit yang menjadi punca hilangnya keghairahan seks terhadap pasangan.

Tujuh Penyakit Yang Boleh Merosakkan Hubungan Seks Suami Isteri

1. Sakit Jantung

Serangan penyakit jantung boleh berlaku bila-bila masa tanpa disedari oleh pesakit. Namun begitu, sakit jantung bukanlah penamat kepada kehidupan seks anda. Kebanyakan doktor berpendapat pesakit jantung masih berpeluang menikmati kehidupan seks tanpa kebimbangan. Langkah pencegahan seperti mengambil ubat sebelum mengadakan hubungan dapat menurunkan risiko serangan. Namun begitu pesakit perlu sentiasa bejaga-jaga kerana serangan jantung tidak memberikan isyarat awal sebelum menyerang. Ia mungkin boleh berlaku ketika seks bersama pasangan.

Oleh itu, pesakit jantung disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai kehidupan seks khususnya bagi mereka yang mengalami masalah jantung seperti :

  • Kardiomiopati
  • Angina
  • Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • Mengalami serangan jantung dalam tempoh dua minggu

Perhubungan seks akan menjana degupan jantung menjadi semakin laju. Keadaan jantung yang tidak stabil berisiko meningkatkan serangan jantung sehingga boleh menyebabkan kematian. Ramai pasangan suami atau isteri mengadu kualiti seks mereka terganggu dalam tempoh sebulan selepas serangan jantung berlaku.

Bagi pesakit jantung yang mendapati kualiti seks mereka terganggu, anda seharusnya tidak malu untuk mendapatkan nasihat doktor pakar. Hanya mereka yang layak memberikan nasihat tentang amalan seks sesuai yang boleh dilalui oleh pesakit jantung.

2.Diabetes

Diabetes menyumbang kepada keadaan yang dipanggil Erectile Dysfunction (ED). Dalam bahasa Melayu, ia dikenali sebagai mati pucuk. Masalah ini berlaku di kalangan lelaki yang mengalami penyakit tertentu seperti diabetes. Perembesan hormon testosteron akan terganggu menyebabkan nafsu seks lelaki menurun. Ia memberi impak terhadap kesan ereksi organ penis di saat melakukan hubungan seks.

Pesakit diabetes di kalangan wanita juga akan mengalami masalah berkaitan rangsangan seksual mereka. Ini memberi efek terhadap kelancaran vagina ketika melakukan hubungan menyebabkan wanita tersebut gagal mencapai kepuasan orgasme.

Lelaki dan wanita yang mengalami diabetes seringkali mengalami kelesuan dan keletihan lebih cepat. Hal ini akan menurunkan rangsangan mereka untuk meneruskan aktiviti seks.

3. Obesiti

Masalah obesiti amat berkait rapat dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Ramai pasangan yang mebgelak mengadakan hubungan seks bersama pasangan disebabkan keadaan fizikal mereka yang gemuk. Individu obesiti sering mengalami ketidakpuasan seksual disebabkan keadaan tubuh badan mereka yang menyukarkan pergerakan tertentu semasa menjalinkan perhubungan. Kebiasaannya, wanita yang mengalami obesiti sering mengalami keinginan seksual yang menurun. Mereka sering menggunakan alasan berkaitan fizikal tubuh badan mereka untuk mengelak daripada mengadakan hubungan bersama suami.

Bagi lelaki pula, sering wujud masalah diskriminasi di mana mereka cenderung beranggapan wanita obesiti tidak menarik. Lelaki seringkali prejudis terhadap wanita gemuk menyebabkan wanita menjadi mangsa. Isteri yang mengalami obesiti akan mula mengalami perasaan rendah diri apabila suami sering menilai penampilan fizikal mereka yang semakin gemuk dan tidak menarik.

4. Artritis Reumatoid

Merupakan penyakit yang mengganggu sistem autoimun iaitu tindak balas imun yang memberi kesan terhadap sendi badan. Penyakit ini memberi kesan terhadap fungsi seksual manusia. Apabila sendi mengalami bengkak dan sakit, seks tidak lagi menjadi keutamaan dalam fikiran. Keinginan seksual akan semakin menurun hari demi hari. Ini menyebabkan pesakit reumatoid artritis mengalami kehilangan minat terhadap perhubungan seks bersama pasangan. Jangkitan pada sendi akan menyebabkan pesakit mengalami keletihan yang mengurangkan minat mereka terhadap aktiviti seks.

Pesakit juga secara tiba-tiba akan mengalami perasaan rendah diri disebabkan keadaan sendi tubuh badan mereka yang tidak lagi kelihatan normal. Pesakit mula merasakan diri tidak lagi menarik dan kelihatan seperti manusia berusia lanjut.

Bagi lelaki, jangkitan sendi ini dipercayai  memberi kesan terhadap rangsangan ereksi dimana berlaku masalah pada saluran darah di bahagian penis. Ini menjejaskan rangsangan mereka terhadap seksual. Bagi wanita pula, jangkitan sendi ini mampu mempengaruhi kekeringan di bahagian vagina.

5. Depresi

Depresi boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Seseorang memerlukan rujukan pakar yang boleh menentukan jenis-jenis depresi yang dialami. Bagi wanita, despresi sering dikaitkan dengan masalah hormon. Perubahan hormon ini mengganggu ‘mood’ wanita dalam pelbagai keadaan. Antaranya ‘mood’ sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid, sindrom menopause, kehamilan dan kelahiran bayi.

‘Mood’ wanita yang sering berubah ini mewujudkan depresi pelbagai peringkat sama ada depresi ringan, pertengahan mahupun serius. Keinginan seks wanita akan menurun apabila berada dalam keadaan depresi. Jika melakukan perhubungan seks sekalipun, jiwa mereka tidak mempunyai keinginan yang memuncak semasa aktiviti seks berlangsung.

Lelaki pula mungkin mengalami masalah mencetuskan rangsangan seks yang memberi efek terhadap kesan ejakulasi. Lelaki yang mengalami masalah ejakulasi jarang atau kurang minat terhadap perhubungan seks. Ejakulasi yang diiringi dengan masalah depresi sering mewujudkan rasa ketakutan, kurang keyakinan diri terhadap prestasi, rasa bersalah dan sebagainya.

6. Penyakit Gusi & Gigi

Lelaki dan wanita berusia 40 tahun ke atas biasanya mengalami masalah terhadap kesihatan gusi dan gigi. Perkaitan antara penyakit gusi dan gigi dengan masalah seks seringkali melibatkan kaum lelaki. Mati pucuk adalah salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan kesihatan gusi dan gigi. Tidak dapat dipastikan apakah kaitan antara kedua-dua masalah ini. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan kesan penyakit gusi terhadap pembuluh darah yang berkait rapat dengan fungsi ereksi.

7. Penyakit Buah Pinggang

Tiada halangan bagi pesakit buah pinggang untuk melakukan hubungan intim atau seks bersama pasangan. Akan tetapi apabila seseorang itu mengalami penyakit buah pinggang, akan berlaku banyak perubahan fizikal seperti keadaan hormon, saraf, kemampuan tenaga, kesan ubat-ubatan, dan perubahan fizikal pada badan mungkin akan menjejaskan tahap seksualiti pesakit. Keinginan seks pesakit akan menurun apabila mengalami masalah atau kehilangan salah satu buah pinggang. Ini boleh berlaku disebabkan pesakit memerlukan lebih banyak tenaga untuk menghadapi perubahan fizikal dan emosi yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang yang dialaminya.

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...