Melukis dan mewarna adalah aktiviti lazim yang menjadi keutamaan dan pilihan bagi setiap kanak-kanak yang masih kecil. Minat mereka terhadap kepelbagaian warna membuatkan mereka begitu fokus terhadap aktiviti ini. Maka tidak hairan mengapa ibu bapa begitu cenderung mendedahkan dunia mewarna dan melukis sebagai salah satu aktiviti awal kanak-kanak. Aktiviti ini berkesan dalam membentuk daya tumpuan dan fokus yang tinggi dalam diri anak-anak terhadap sesuatu yang mereka sertai. Selain itu ia menjana minda supaya mereka lebih kreatif dan berseni di mana membantu proses pembelajaran mereka menjadi lebih baik.

Untuk memupuk minat melukis dan mewarna dalam diri anak-anak yang masih kecil, ibu bapa perlu menyediakan peralatan melukis dan mewarna yang terbaik untuk mereka. Mereka akan semakin asyik dengan dunia kreativiti ini apabila segala kelengkapan yang diperlukan ada di depan mata.

Sekotak pensil warna dan buku lukisan tidak cukup untuk membuatkan kanak-kanak tidak bosan dengan aktiviti ini. Peralatan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak kini semakin menarik untuk meningkatkan lagi daya kreativiti mereka dalam dunia seni. Bagi ibu bapa yang masih tertanya-tanya kelengkapan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak yang paling terbaik, berikut ialah beberapa senarai penting anda boleh dapatkan di pasaran.

Anda boleh membeli kelengkapan ini secara berperingkat sesuai mengikut peringkat umur anak. Kebiasaannya minat si kecil akan berubah apabila mereka membesar. Jadi anda tidak perlulah tergesa-gesa membeli semua peralatan secara pukal. Apa yang penting, kenalpasti terlebih dahulu minat anak-anak sama ada mereka benar-benar berminat dalam aktiviti mewarna dan melukis.


1. Pewarna Air : Sakura Koi Water Color Field Sketch Travel Kit


Set pewarna air jenis mudah alih atau portable yang boleh dibawa ke mana sahaja. Ia membolehkan anak-anak anda mewarna tidak kira di mana sahaja berada tanpa perlu bersusah payah menyediakan bekas untuk menyimpan peralatan. Ia disediakan dalam kotak dengan pilihan sehingga 30 warna dan ruang meletakkan air. Ia dilengkapi dengan berus lukisan dan span gosok. Peralatan warna air ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dan untuk dewasa yang minat melukis.

Baca komen pengguna mengenai pewarna air ini


2. Oil Pastel : Staedtler Luna 2410 Oil pastel

Oil Pastel atau disebut juga sebagai wax oil crayon. Ibu bapa jangan tertukar sama sekali dengan krayon kerana kedua-duanya mempunyai perbezaan. Krayon adalah bahan yang diperbuat daripada lilin sementara oil pastel dihasilkan daripada lilin dan minyak. Tekstur oil pastel lebih lembut untuk menghasilkan lukisan yang lebih halus dan cantik.

Dengan menggunakan oil pastel, lukisan akan lebih cerah dan terang kerana warna yang dihasilkan kurang gelap berbanding krayon. Dengan oil pastel, anak anda boleh melukis ke atas pelbagai medium iaitu kertas, kayu, batu, kaca, logam dan kanvas. Penggunaan oil pastel dapat meningkatkan lagi kemahiran anak anda dalam dunia lukisan dan mewarna ke peringkat lebih tinggi.

Anak-anak yang berusia 3 tahun ke atas boleh mula memahirkan diri dengan pewarna ini. Ianya dicipta tahan patah oleh itu daat bertahan lebih lama bagi kanak-kanak.

Baca komen pengguna mengenai Oil Pastel dari Staedler ini


3. Tempera Paint : Pelbagai Jenama


Untuk hasilkan lukisan yang nampak hidup, warnanya kekal dan cepat kering, penggunaan tempera paint adalah lebih sesuai. Warna ini tidak toksik jadi ia selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Tempera paint yang berkualiti adalah lebih mahal harganya. Dengannya anak anda boleh mempelbagaikan adunan warna menjadi warna yang lebih kreatif dan menarik. Pelbagai idea lukisan dan warna boleh diserlahkan oleh anak anda menerusi projek DIY, hasil seni dan sebagainya. Campuran warnanya dapat menghasilkan warna lukisan yang lebih cantik.


4. Washi Tape

View this post on Instagram

NEW! 10 PIECE SET of Washi Tape is now up on the KUMA Store ? perfect as a Washi Tape starter pack or as an addition to your Washi Tape collection! Did we mention also that it's a set of TEN ? and FREE Worldwide Delivery. • Just tap the above image to Shop!? #kumastationerycrafts? • • • • • • • • • • • #bulletjournal #bujoinspo #bulletjournallove #bulletjournaladdict #bujojunkies #plannergirl #bulletjournalss #bujogirl #bujoinspiration #bulletjournalcommunity #stationeryaddict #bulletjournalart #showmeyourplanner #studyaccount #bujocommunity #bulletjournaling #bulletjournals #bulletjournaljunkie #bulletjournalideas #washitape #studyblr #studyspo #bujo #bujolove #japanesestationery #studygram #bujotracker #bujodoodles #washitapeswatch

A post shared by KUMA Stationery & Crafts? (@kumastationerycrafts) on

Washi tape atau pelekat washi merupakan kelengkapan popular untuk menghasilkan seni lukisan secara lebih kreatif. Akan tetapi ia bukanlah pewarna yang boleh digunakan sebagai cat. Ia digunakan untuk menghasilkan abstrak lukisan yang perlbagai pada objek yang diwarnai melalui teknik tampalan. Warna dan corak dari jenis pelekat yang dipilih akan menentukan hasil pada buku tulisan. Untuk menggunakannya, anak anda memerlukan buku lukisan, gunting atau pisau dan pilihan pelbagai corak pelekat washi atau washi tape.

Kebiasaannya washi tape boleh didapati di kedai-kedai barangan DIY. Menghasilkan seni lukisan dengan washi tape tidak akan meninggalkan kesan kotoran seperti warna air. Ia boleh digunakan pada kertas melukisa ataupun jika anak anda kreatif dan berbakat mereka boleh menghasilkan seni pada dinding rumah dan hiasan pada perabot pada sudut tertentu. Ini kerana penggunaannya cukup mudah kerana hanya perlu ditampal tanpa memerlukan penggunaan gam. Ia juga boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.


5. Water Brush / Berus Air

View this post on Instagram

Here’s another way you can use the @tim_holtz Distress Oxide inks! All you need is water and a paintbrush (or a waterbrush), and you can achieve watercolor effects! Oxide inks, however, are on the opaque side, so if you desire transparent qualities more like watercolor or liquid watercolor (think Ecoline), then you might want to use the regular (non-oxide) Distress inks instead! This was created for my friend’s daughter who requested “rainbow butterflies” ?. I haven’t finished though, so I’ll share the completed piece later on ? Hope you’re enjoying your Sunday night! . ?: @cansonpaper_northamerica Heritage watercolor paper ?: Tim Holtz Distress Oxide Inks ?: Da Vinci quill + @artezaofficial waterbrush ?: slenderbodies – “queen” . . . #butterflies #crafttherainbow #butterfly? #distressoxide #distressoxideinks #timholtz #rangerink #feelingcrafty #물감놀이 #colortherapy #colorblending #blending #amblifeiscolorful #watercolor #watercoloreffect #oddlysatisfying #canson #arteza #waterbrush #craftsfeed #watercolorist #moderncalligraphy #artvideo #ihavethisthingwithcolor #makeitwithmichaels #paintingvideo #watercolorpainting #watercolorillustration #watercolorsketch #slenderbodies

A post shared by Lettering + Watercolor (@carolicitydesigns) on

Berus air adalah inovasi berus warna air yang lebih moden menggantikan berus batang kayu yang biasa digunakan dalam lukisan. Penggunaan berus ini lebih menyenangkan si kecil dan juga anda. Ini kerana ia tidak menyebabkan titisan air yang tidak terkawal seperti penggunaan berus biasa. Anda hanya perlu mengisi air dalam batang pen dan seterusnya menyapu pada warna yang anda gunakan untuk melukis. Terdapat pilihan saiz berus yang sesuai mengikut permukaan lukisan. Selepas siap melukis, berus lebih senang dibersihkan dan disimpan semula untuk penggunaan seterusnya.

Ibu bapa mestilah memahami dahulu kaedah penggunaan berus air moden supaya mudah untuk mengajar cara-cara penggunaan kepada si kecil. Penggunaan terbaik adalah pada usia 8 tahun ke atas.


6. Warna Pensil

Hampir setiap ibu bapa akan memilih pensil warna untuk menggalakkan anak-anak mereka bermain dengan lukisan dan warna. Pensil warna sesuai digunakan pelbagai peringkat umur termasuk bayi yang masih kecil. Cuma anda perlu mengawasi penggunaan supaya bayi tidak memasukkan batnag pensil ke dalam mulut atau menghala ke mata atau muka yang boleh menyebabkan kecederaan.

Pensil warna khusus untuk mewarna di atas kertas. Anda boleh menyediakan buku warna kosong dan biarkan si kecil anda memenuhi aktiviti masa lapangnya dengan mewarnai kesemua lukisan yang ada.

Terdapat jenama yang menawarkan pilihan warna pensil lebih daripada 12 jenis warna. Semakin pelbagai pilihan warna, semakin teruja si kecil untuk mewarna dan melukis.

STABILO Pen 68 Fibre Tip Wallet 18’s

FABER-CASTELL 110011 120 Sets Colors Drawing Pencil Art


7. SketchBook & Buku Mewarna

Kelengkapan mewarna dan melukis tidak lengkap tanpa buku lukisan sketchbook dan buku mewarna. Penggunaan sketchbook adalah pilihan terbaik bagi anak-anak yang mempunyai bakat melukis yang sedang dikembangkan. Lapisan kertasnya lebih tebal dan tidak mudah rosak apabila terkena air dan lukisan air. Bagi yang melukis dan mewarna sekadar memenuhi masa lapang dan tujuan bermain, terdapat pilihan buku lukisan yang kualiti kertasnya lebih rendah. Harganya juga lebih murah.

Bagi buku mewarna pula, tidak sukar untuk anda mendapatkannya di kedai-kedai buku di bahagian buku kanak-kanak. Semasa memilih buku lukisan, adalah lebih elok jika anda membawa bersama si kecil supaya mereka sendiri dapat membuat pilihan mengikut jenis buku mewarna yang digemari.