HomeMalay6 Produk ‘Well Recommended’ untuk cantik macam gadis Korea

6 Produk ‘Well Recommended’ untuk cantik macam gadis Korea

Korea sememangnya terkenal dengan pilihan produk kecantikan yang berasakan dari bahan semulajadi. Jenama mereka juga sudah terlalu ke depan serta berteknologi tinggi seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Produk kecantikan ini wujud sinonim dengan rutin kecantikan yang diketengahkan oleh artis mereka sendiri yang semakin popular dikalangan wanita dan anak gadis di Malaysia. Rasa ingin menjadi cantik secara sihat dan semulajadi telah menjadi trend hari ini dan menyebabkan jenama produk kecantikan Korea ini menjadi pilihan No.1 di Malaysia.

Kalau soal kecantikan, habis mereka sapu semua! Namun tak dinafikan produk mereka agak menarik dan adalah rutin bagi selebriti-selebriti mereka di sana untuk sentiasa tampil cantik menawan, baik lelaki atau wanita. Jom tengok apa yang menarik!

Kebaikan Produk Jenama Korea

Boleh kata, rata-rata produk Korea dirumus menggunkan bahan-bahan alam semula jadi seperti bunga-bungaan, madu, dedaun herba, lembapan daripada akar tumbuhan dan banyak lagi. Justeru, ia tidak mengandungi kimia berbahaya dan harganya juga mampu milik malah tujuan penghasilan produk itu sendiri adalah untuk membekalkan kelembapan optimum pada kulit selain menghaluskan dan menghapuskan minyak berlebihan pada wajah.

Jadi, memang sesuai sangatlah dengan jenis kulit orang Malaysia betul tak? Teknologi yang digunakan untuk menghasilkan produk juga adalah yang terkini, jadi sememangnya kualiti produk terjamin dan tidak akan memberi sebarang reaksi negatif pada kulit. 

Terlampau banyak pilihan produk kecantikan yang telah membanjiri pasaran Malaysia, lebih-lebih lagi yang dijual secara atas talian. Terkini produk kecantikkan korea semakin popular di negara ini, siapa yang tidak menginginkan kulit yang licin, gebu dan bebas dari sebarang masalah seperti artis-artis Korea.

Dengan penggunaan bahan-bahan semulajadi sebagai kandungan utama di dalam produk korea ini serta harga yang tidak terlampau mahal, memang wajar untuk semua orang ingin mencubanya. Berikut ini beberapa pelembap muka Korea yang sedang hangat di pasaran.

Foto: Mibelle Group

Berbeza dengan wanita Malaysia apabila kesedaran mengenai penjagaan wajah hanya bermula ketika mereka mulai ada pendapatan sendiri. Walaupun wanita Korea tidak mengamalkan apa-apa petua kecantikan tradisional menerusi penggunaan bahan alami, produk mereka mengandungi semua bahan semula jadi terbaik dan dikeluarkan selepas melalui proses kajian yang ketat.

Sebab itu produk asas seperti pencuci muka, penyegar dan pelembap perlu ada bagi setiap individu termasuk remaja lelaki. Kemudian ia ditambah kepada topeng wajah, pupur, krim mata, serum dan krim malam yang dilakukan secara kerap dan konsisten.

Paling terkesan apabila dalam kunjungan saya ke sebuah kilang pembuatan di sana. Saya dapati mereka kerap membasuh muka hampir tiga hingga lima kali sehari diikuti pemakaian pelembap, krim siang dan pelindung matahari. Mereka juga memberus gigi setiap kali selepas makan.

Keadaan ini berbeza di Malaysia apabila krim pelindung matahari hanya dipakai ketika berkunjung ke pantai sebaliknya orang Korea menggunakannya setiap hari untuk mengelak daripada kulit kusam, bintik-bintik jeragat, jerawat dan kesan terbakar.

Bagi orang Korea krim pelindung matahari adalah perkara wajib dan sangat penting diamalkan. Bak kata mereka tidak memakai bedak asas tidak mengapa asalkan memakai krim pelindung matahari.

Selain itu mereka sangat mementingkan penggunaan topeng wajah yang dipakai setiap hari. Tanpa mengira usia sama ada sebelum memakai alat solek atau selepas mencuci wajah, sekeping topeng wajah akan diletakkan pada muka. Amalan ini sememangnya sudah dipraktikkan sejak berabad lamanya dan diturunkan daripada satu generasi ke generasi lain.

Sebab itu topeng wajah dijual di merata tempat pada harga yang sangat murah. Mereka juga tidak kisah keluar dengan masih memakainya kerana menjadi amalan sejak turun temurun.

6 produk kecantikan korea WAJIB CUBA

1) Blithe Patting Water Pack Energy Yellow Citrus & Honey, RM159

Foto: Haru Haru Beauty

Mask dalam bentuk cecair ini mengambil inspirasi daripada kaedah pembersihan tradisional Korea dengan air beras. Ia menanggalkan habuk halus dan juga sel kulit mati hanya dengan pembersihan ’15 saat’ tanpa menrengsa kulit. Digunakan sebelum produk penjagaan kulit lain untuk serapan yang lebih baik (seperti langkah toner). yang ini ada ekstrak lemon dan madu serta Vitamin C untuk mencerahkan kulit. Menariknya tentang jenama yang menawarkan produk untuk antipencemaran dan antipenuaan ini adalah sumber bahannya yang datang dari zon-zon biru yang penduduknya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding tempat lain.

Baca review pengguna Blithe Patting Water Pack Energy Yellow Citrus & Honey

2) Caolion Premium Hot & Cool Pore Pack Duo, RM13

Foto: id.supreme-beauty.com

Pupur dua langkah ini membersihkan liang-liang pori dengan efek seperti kamu stim wajah, sambil mengeluarkan blackheads dan kekotoran daripada kulit dengan Pore Cleansing (warna hitam). Langkah keduanya pula Pore Tightening terasa sejuk pada kulit untuk kecutkan liang-liang pori yang dah kamu bersihkan tadi dan mengawal sebum. Kalau sebelum pakai bahagian hidung rasa menggerutu, selepas pakai lembut dan licin! Jenama Caolion ini sesuai untuk yang berkulit sensitif juga dan menggelar jenamanya “world’d most gentle cosmetics” dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi, tanpa bahan kimia. semuanya tentang detoks dan kembali kepada kulit yang asli.

Baca review pengguna Caolion Premium Hot & Cool Pore Pack Duo

3) Dr.Jart Rubber Mask Moist Lover

Foto: Arnotts

Pupur yang menarik ini cukup mudah digunakan. Mula-mula kamu sapu pupur di dalam ampoule pada seluruh wajah, kemudian untuk pastikan kuasa serapan yang hebat dan tidak kering dek udara, lekapkan pupur getah pada wajah. Ia melekap kemas jadi kamu boleh bergerak dengan selesa tanpa risau ia jatuh.  Ada empat pilihan, Moist Lover, Clear Lover, Bright Lover dan Firming Lover.

Baca review pengguna Dr.Jart Rubber Mask Moist Lover

4) The Face Shop Yehwadam Revitalizing Serum, RM208.90

Foto: KollectionK Malaysia

Ada yang minat Suzy di sini? Makin cantik dia kan? Yehwadam – Herba, tumbuh-tumbuhan dan juga bunga. Ginseng, safflower dan goji berry, dipilih dari kawasan paling indah dan bersih di Korea dirumuskan di dalam rangkaian Yehwadam ini untuk perawatan antipenuaan yang hebat. Serum menyegarkan ini membuatkan kulit terasa segar dan sihat. Ekstrak bunga teratai melegakan, sementara bunga honeysuckle membantu surutkan sembap dan kemerahan pada kulit.

Baca review pengguna The Face Shop Yehwadam Revitalizing Serum

5) Sulwhasoo Perfecting Cushion Intense, RM250

Dalam banyak-banyak produk cushion, ini antara yang terbaik. teksturnya, efeknya, kemasannya memang puas hati! Sebab apa? Sebab litupannya lebih penuh jadi jika kamu jenis yang tak suka efek manja-manja seperti cushion lain, inilah dia! mengandungi ekstrak red pine dan bunga plum, cushion antipenuaan ini beri litupan seperti bedak asas dan buat kulit kelihatan lebih berseri.

Baca review pengguna Sulwhasoo Perfecting Cushion Intense

6) Kocostar Ggongji Hair Pack, RM18

Foto: ohFISHiee

Jenama yang specialized dalam masks ini mempunyai produk-produk yang menarik. Ggongji Hair Pack ini sebenarnya adalah mask untuk tocang rambutmu sahaja. Cara memakainya ialah tocangkan rambut dan balut tocang dengan mask. Urut-urut rambut rambut yang dibalut mask,  lepas 30 minit, tanggalkan, sikat dan keringkan seperti biasa. Tocang kamu akan nampak sihat berkilauan, tak frizzy macam selalu. Pelbagai ekstrak tumbuhan dari akar, daun ke bunganya digunakan dalam mask ini selain minyak zaitun dan argan.

Baca review pengguna Kocostar Ggongji Hair Pack

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan