HomeMalay5 Sekolah Antarabangsa Pendidikan Islam Buat Si Kecil

5 Sekolah Antarabangsa Pendidikan Islam Buat Si Kecil

Dalam membekalkan ilmu dunia untuk corak masa depan anak-anak yang lebih terjamin, ibu bapa Muslim yang bertanggungjawab sesekali tidak akan mengabaikan ilmu agama Islam dalam diri anak mereka. Hanya dengan membekalkan ilmu agama Islam yang lengkap maka kehidupan anak-anak dapat dibentuk secara seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Hidup seorang Muslim akan lebih terpandu berasaskan prinsip-prinsip Islam yang benar supaya mereka tidak mudah terpesong dalam mencari kehidupan dunia dan akhirat yang lebih baik.

Justeru itu, hari ini kita boleh lihat semakin banyak sekolah antarabangsa Pendidikan Islam di Malaysia diwujudkan sebagai pilihan bagi ibu bapa menghantar anak-anak mereka mendapat pendidikan dunia dan akhirat secara formal. Tenaga pengajar yang ditempatkan di sekolah-sekolah antarabangsa Pendidikan Islam khas di Malaysia juga terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berilmu dalam dunia pendidikan. Maka, ibu bapa Muslim seharusnya tidak ragu-ragu untuk menghantar anak-anak mereka menerima pendidikan formal di sekolah seumpama ini.

Bagi ibu bapa yang masih mencari-cari sekolah antarabangsa Pendidikan Islam khas di Malaysia, ini dia lima pilihan sekolah yang boleh dipertimbangkan untuk anak anda.

1. SPECTRUM INTERNATIONAL ISLAMIC SCHOOL

Spectrum International Islamic School telah diwujudkan sejak tahun 2016. Sekolah antarabangsa Pendidikan Islam khas yang terletak di Kuala Lumpur ini menyediakan pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Matlamat Spectrum International Islamic School adalah untuk menyalurkan ilmu yang positif dan seimbang melalui kombinasi Islam, akademik, budaya, psikologi, sosial, kesihatan dan perkembangan fizikal anak-anak. Menerusi setiap program pendidikan dan inisiatif yang dibangunkan, sekolah ini mewujudkan persekitaran bersepadu melibatkan kerjasama semua pihak sama ada ibu bapa, guru, jurulatih serta pentadbir sekolah.

Berkenaan sekolah dan pelajar Spectrum International Islamic School :

  • Ujian penempatan dilakukan bagi memastikan gred pendidikan dan tenaga pengajar disesuaikan mengikut potensi pelajar.
  • Menerima pelajar dari pelbagai bangsa, warganegara dan etnik.
  • Kos bayran sekolah meliputi makanan serta aktiviti kurikulum tambahan yang diadakan di sekolah.
  • Mempunyai sistem kelas dan peperiksaan yang berjadual.
  • Teknik pembelajaran mengikut kesesuaian perkembangan dunia pendidikan termasuk adaptasi teknologi dalam dunia pembelajaran.

Spectrum International Islamic School

Alamat : Lot 69 (No.7), Seksyen 71, Lorong Tun Ismail, KENNY Hill,

Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

No. Telefon : +60-326022681 / +60-326022682

Laman Web : http://spectrumiis.edu.my/


2. BASEERAH INTERNATIONAL SCHOOL

Sekolah Antarabangsa Pendidikan Islam khas ini telah lama bertapak di Kuala Lumpur iaitu sejak tahun 2010. Menyediakan tahap pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke kursus persediaan peringkat A-Level. Pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini akan melalui sistem pembelajaran berasaskan kursus University of Cambridge (Arabic-Islamic)

Tenaga pengajar yang berpengalaman terdiri daripada guru-guru senior dari luar negara mengajar pelbagai subjek pendidikan seperti Fizik, Kimia, Matematik, ICT, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Berkenaan sekolah dan pelajar Baseerah International School :

  • Mempunyai sistem peperiksaan dua kali setahun iaitu setiap bulan Mei dan Oktober.
  • Menyediakan pendidikan persendirian dan persekolahan.
  • Pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan warganegara.
  • Yuran sekolah terbahagi kepada yuran pembelajaran dan yuran aktiviti.

Baseerah International School

Alamat : Jalan Lintang, Sri Gombak Heights Lot 1815,

Taman Sri Gombak, 68100 Kuala Lumpur

No. Telefon : +603-6185 9560

Laman Web : http://baseerah.edu.my


3. INTERNATIONAL ISLAMIC SCHOOL MALAYSIA (IIUM SCHOOL)

Sekolah pendidikan persendirian yang sememangnya terkenal di Kuala Lumpur. Telah ditubuhkan sejak tahun 1997, sekolah ini menyediakan sistem pendidikan berintegrasi dan holistik berasaskan Islam dari peringkat sekolah rendah, menengah dan A-Level.  Selain mempunyai cawangan sekolah di Gombak, Kuala Lumpur, IIUM School juga mempunyai cawangannya di Kuantan.

Sistem pendidikan di IIUM School adalah berpandu sepenuhnya kepada Kurikulum Pendidikan Malaysia dan Kurikulum Antarabangsa Cambridge. Sekolah ini berjaya menarik pelbagai golongan ibu bapa tempatan dan antarabangsa.

IIUM School banyak menganjurkan aktiviti melibatka kesatuan pelajar, guru dan ibu bapa. Antara program tahunan yang diadakan ialah halaqah, program gotong-royong, minggu orientasi serta lawatan pelajar dan guru ke tempat-tempat menarik di Malaysia.

Berkenaan sekolah dan pelajar IIUM School :

  • Bayaran yuran adalah mengikut semester
  • Antara mata pelajaran Islam yang diajar ialah Al-Quran, hadis, syariah dan tasawuf.
  • Lain-lain mata pelajaran adalah mengikut sukatan mata pelajaran Kurikulum Pendidikan Malaysia

International Islamic School (IIUM School)

Alamat : Jalan Kampung Sungai Pusu, Batu 8 Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

No Telefon : +603 6188 4400

Laman Web : http://www.iium-schools.edu.my/v1/


4. GREENVIEW ISLAMIC SCHOOL

Sekolah ini mempunyai dua cawangan iaitu Shah Alam dan Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia telah dibuka secara rasmi sejak tahun 2010 bermula di Subang Jaya, Selangor. Sekolah ini menawarkan pembelajaran di peringkat rendah dan menengah sahaja. Kurikulum pengajaran dan pendidikan adalah berpandukan kepada sistem peperiksaan dan pendidikan The Cambridge IGCSE yang merupakan sistem pendidikan yang diiktiraf di seluruh dunia. Kurikulum pengajian terbahagi kepada dua iaitu kurikulum Pendidikan Islam dan kurikulum subjek teras.

Greenview Islamic School mendapat sijil akreditasi dari University of Cambride International School yang melayakkan pengajaran dan peperiksaan mengikut kurikulum antarabangsa The Cambridge IGCSE.

Berkenaan sekolah dan pelajar Greenview Islamic School :

  • Menerima pelajar peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah
  • Sekolah ini menerima pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa
  • Pelajar akan diasah dengan kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal, kemahiran sosial, penyelidikan dan pengurusan diri.

Greenview Islamic School

Alamat : Greenview Islamic School, 24, Jalan Serambi U8/25, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

No. Telefon : 03-22024228

Laman Web : https://www.greenviewislamicschool.com


5. SEVEN SKIES INTERNATIONAL ISLAMIC SCHOOL

Seven Skies adalah sekolah antarabangsa yang menyediakan Pendidikan Islam khas secara premium. Visi pendidikan Seven Skies adalah berteraskan tujuh prinsip utama iaitu pembinaan karakter, keazaman, kecemerlangan, rasa ingin tahu, kepimpinan, optimis dan penghargaan. Semua prinsip ini dibentuk dalam diri setiap pelajar berlandaskan prinsip-prinsip Islam yang sebenar.

Kemasukan pelajar terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Para pelajar Seven Skies terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa. Antara subjek Pendidikan Islam teras yang diajar pada semua peringkat ialah Al-Quran dan Bahasa Arab.

Berkenaan sekolah dan pelajar Seven Skies International Islamic School :

  • Pelajar peringkat tadika akan didedahkan dengan pelbagai subjek perkembangan minda yang mengasah bakat mereka dalam pelbagai bidang seperti seni dan rekabentuk kreatif.
  • Kurikulum pelajaran peringkat rendah dan menengah adalah berteraskan kurkulum pendidikan Cambridge.
  • Menerima kemasukan pelajar bermula dari usia 3 tahun sehingga 16 tahun

Seven Skies International Islamic School

Alamat : Lor Teknologi C, Taman Sains Selangor, 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon : +603-6151-6952

Laman Web : https://www.sevenskies.edu.my


Memandangkan sekolah-sekolah yang disenaraikan terdiri daripada sekolah persendirian swasta, maka dari segi yuran pembelajaran ia memakan kos yang agak tinggi. Bagi ibu bapa Muslim yang memiliki kemampuan dari segi kewangan, senarai sekolah ini adalah antara pilihan sekolah antarabangsa Pendidikan Islam khas yang terbaik untuk anak anda. Selain menekankan subjek Pendidikan Islam dan subkek teras, sekolah antarabangsa seumpama ini memberikan kelebihan kepada anak-anak dalam meluaskan pergaulan mereka bukan sahaja dengan pelajar tempatan, Malah mereka boleh belajar bergaul dan berkomunikasi dengan pelajar dari pelbagai bangsa dan budaya.

5 Alasan Pilih Sekolah Antarabangsa Islamik

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan