Wanita yang begitu menjaga kecantikan kulit wajh pasti tidak meninggalkan rutin penggunaan face mask sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Face mask merupakan produk kecantikan kulit wajah yang paling mudah diamalkan. Rawatan kulit wajah menggunakan face mask adalah secara tertumpu pada keseluruhan kulit wajah bagi membolehkan kulit wajah anda menerima manfaat kandungan face mask secara langsung ke kulit muka anda.
Kebiasaannya anda boleh mendapatkan produk face mask di pasaran dalam dua bentuk iaitu helaian topeng muka dan juga dalam bentuk tekstur seakan krim sapuan lembut sama ada dijual dalam bentuk tiub atau bekas. Kedua-duanya berupaya mengatasi masalah kulit tertentu kepada si pemakainya.
Kesan Face Mask Pada Kulit Wajah
Penggunaan face mask akan membuatkan kulit wajah anda kelihatan lembut dan lembap kerana ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah kekeringan pada wajah. Ia juga mengatasi masalah kulit muka berminyak, mengawal pembukaan liang pori kulit menjadikan kulit wajah kelihatan lebih licin dan anjal.
Mengapa Face Mask Baik Untuk Wajah
Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah face mask menjadi satu keperluan yang wajib dimiliki untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik ? Ia bukanlah kosmetik kecantikan yang wajib dimiliki. Namun ia sesuai digunakan oleh semua tanpa mengira jenis dan masalah kulit, wanita mahupun lelaki. Anda tidak akan merasai keberkesanannya terhadap kesihatan kulit wajah selagi anda tidak pernah mencubanya. Bagi yang belum pernah mencubanya, ketahui 5 sebab mengapa face mask baik untuk wajah anda.
1. Menenangkan
Pernahkah anda mengunjungi pusat spa dan kecantikan yang memberikan rawatan kecantikan kepada pelanggannya secara kaedah urutan dan terapeutik? Begitulah yang anda rasai saat mengenakan face mask pada wajah walaupun dengan hanya melakukannya di rumah. Aromatik daripada campuran pelbagai sumber alami menghasilkan ketenangan saat anda meletakkannya pada muka. Biarkan tempelan face mask di wajah anda antara 15 ke 20 minit sambil memejamkan mata dan baring di atas katil atau kerusi sofa. Nutrien daripada bahan face mask akan menjalankan tugasnya dengan mengembalikan kesegaran dan merawat semula kulit anda dari dalam. Saat anda pulang dari kerja dalam keadaan fizikal dan mental yang penat dan mengalami stres sepanjang hari, mengenakan face mask selama 20 minit akan dapat menjana semula tenaga sambil merawat kulit muka dalam keadaan rehat sepenuhnya.
2. Cucian Mendalam & Menyeluruh
Pencuci muka biasa berfungsi membersihkan segala kekotoran terutamanya minyak dan debu pada kulit wajah. Tingkatkan lagi kebersihan kulit anda dengan face mask. Ia boleh membantu menarik segala kekotoran tersembunyi dari lapisan bawah kulit anda menjadikan wajah kelihatan lebih bersih, cerah dan lembut. Tampalan face mask ke muka selama beberapa minit akan menarik umpama magnet kesemua kekotoran yang tersumbat di bahagian dalam pori kulit. Ia umpama proses dektoksi yang menarik semua kekotoran halus yang melekat pada lapisan kulit luar dan dalam dengan lebih cepat. Wajah anda akan terasa ringan setiap kali menggunakannya.
3. Membersihkan Toksik Kulit
Kulit muka kita terdedah kepada pelbagai bahan toksik hasil dari pencemaran udara seperti habuk dan debu. Bahan toksik yang terperangkap ini akan menggalakkan kemunculan bakteria. Ini akhirnya akan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kulit seperti jerawat. Inilah pentingnya mengapa anda perlu merawat kulit wajah dengan face mask. Keupayaannya menyedut segala kekotoran punca penyumbatan liang pori lebih kuat. Berbeza dengan rutin cucian wajah biasa yang hanya membersihakn lapisan luar kulit anda.
4. Kulit Cerah & Bersinar
Di antara kebaikan face mask juga ialah membantu melancarkan peredaran darah pada kulit wajah. Proses sapuan, pengeringan selama beberapa minit dan saat anda menarik topeng kering pada wajah akan menyebabkan berlaku pengembangan kepada saluran darah di bahagian kulit muka. Hasilnya peredaran darah dapat diperbaiki dan kulit wajah akan kelihatan lebih bersinar dan cerah.
5. Meningkatkan Keberkesan Produk Kecantikan
Pemakaian face mask akan meningkatkan kelembapan pada kulit wajah dan membersihkan liang pori. Secara tidak langsung proses penyerapan bahan-bahan baik dalam kandungan produk kecantikan lain yang anda gunakan seperti serum, krim pelembap dan krim malam akan semakin mudah menyerap ke dalam kulit. Inilah salah satu rahsia keberkesanan produk kecantikan yang anda pakai iaitu dengan menghasilkan terlebih dahulu kulit muka yang sentiasa lembap dan sihat. Proses meningkatkan kelembapan wajah ini sama seperti anda mencuci muka dengan produk pembersih diikuti dengan bilasan air bersih sebelum mengenakan sebarang produk kecantikan lain.
Langkah-Langkah Menggunakan Face Mask Dengan Berkesan
Pemakaian face mask memerlukan waktu rehat secukupnya kerana badan dan wajah anda perlu dalam keadaan tenang dan releks selama lebih kurang 20 minit. Waktu terbaik dicadangkan untuk anda ialah selepas pulang dari kerja iaitu sebelum anda tidur pada waktu malam. Pemakaian face mask tidak disarankan untuk tempoh melebihi semalaman. Oleh itu elakkan daripada memakainya ketika tidur pada waktu malam kerana ia perlu dibersihkan selepas tempoh 15 sehingga 20 minit pemakaian untuk memastikan keberkesanannya.
Langkah 1
Bersedia dengan pakaian yang sesuai. Pemakaian face mask mungkin akan menyebabkan titisan yang mengenai pada baju. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai. Seelok-eloknya ikat sambut supaya kemas untuk mengelakkan ia mengenai pada rambut anda. Bagi anda yang mempunyai bilik mandi dengan kelengkapan tub mandi, anda boleh sahaja memakai face mask sambil merehatkan diri di dalamnya.
Langkah 2
Mulakan dengan proses mencuci muka dengan pencuci muka pilihan anda. Ia bertujuan untuk menghilangkan terlebih dahulu kesan-kesan minyak, kekotoran dan kesan mekap yang ada. Wajah yang dibersihkan akan meningkatkan lagi keberkesanan sapuan face mask ke lapisan dalaman kulit anda. Pastikan juga tangan anda dibersihkan dengan menggunakan bahan sabun untuk memastikan kebersihannya.
Langkah 3
Dengan menggunakan jari tangan anda, ratakan sapuan face mask pada wajah. Pemakaian face mask seharusnya membentuk seakan topeng. Ia tidak boleh mengenai bahagian mata dan mulut. Teknik pemakaian face mask adalah secara sapuan serata dan bukannya kaedah urutan. Anda hanya perlu menyapu pada wajah dengan rata ke seluruh kulit wajah tanpa menekan seolah-olah sedang mengurut. Anda boleh melanjutkan sapuan ini meliputi bahagian leher dan dagu.
Langkah 4
Selesai sapuan face mask pada wajah, anda boleh berehat sama ada duduk di kerusi sambil menonton televisyen atau lebih selesa lagi dengan berbaring sambil memejamkan mata. Biarkan face mask mengering selama kira-kira 15 sehingga 20 minit. Bergantung kepada arahan produk yang tertulis pada pembungkus face mask yang anda beli. Kebiasaannya pemakaian face mask tidak disarankan melebihi 20 minit. Jadi pastikan anda menyebab arahan pemakaian dan mengikuti seperti yang disarankan.
Langkah 5
Selepas 15 ke 20 minit tersebut, langkah terakhir adalah membersihkan face mask yang telah mengering pada wajah. Sediakan tuala dan air yang bersih untuk mencuci. Cucian ini mungkin memerlukan air yang banyak. Bersihkan secara lembut sehingga hilang kesemua kesan face mask. Kemudian lap dengan menggunakan tuala bersih.
Tips Tambahan
Untuk lebih mudah menanggalkan face mask pada wajah, anda juga boleh menggunakan air suam. Air suam akan mencairkan semula face mask yang telah kering menjadikan ia lebih senang untuk ditanggalkan dari kulit wajah anda. Caranya adalah dengan membasahkan tuala bersih dengan air suam dan menapnya pada wajah. Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga anda mendapati face mask yabg telah kering itu semakin lembut dan tertanggal dengan sendirinya. Seterusnya, gunakanlah air biasa untuk membersihkan sisa face mask yang masih melekat.
Pilihan Editor :