Tuna adalah antara makanan berkhasiat terutama bagi mereka yang ingin mengamalkan diet. Ia adalah antara pilihan ikan terbaik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan melalui amalan diet karbohidrat. Tahukah bahawa tuna tidak mengandungi sebarang karbohidrat? Dengan kata lain, nilai karbohidrat dalam ikan tuna bernilai kosong menjadikan ia hidangan paling sesuai untuk pemakanan diet. Ikan tuna juga kaya dengan pelbagai jenis nutrisi terbaik untuk perkembangan tubuh badan dan minda. Kalsium, zat besi, magnesium dan fosforus adalah antara kandungan mineral terpenting untuk tubuh badan kita. Bagi votamin pula, ikan tuna kaya dengan sumber vitamin A, vitamin D dan kolina.
Bolehkah Tuna Dijadikan Hidangan Harian?
Timbul satu isu mengenai tuna iaitu ia mengandungi jumlah merkuri yang tinggi. Kandungan merkuri yang tinggi ini bukanlah berpunca dari pemprosesan makanan. Ia terjadi secara semulajadi semasa ia di dalam laut di mana ia gemar memakan ikan-ikan bersaiz kecil yang yang sudah tercemar dengan merkuri. Sifat merkuri yang sukar dicerna menjadikan ia kekal dalam struktur daging ikan tuna.
Jadi adakah selamat tuna dijadikan sebagai hidangan harian? Ia bergantung kepada jenis ikan tuna dan jumlah pengambilan selamat yang disarankan. Ikan tuna terdiri daripada pelbagai spesis. Terdapat beberapa spesis yang dikatakan mengandungi nilai merkuri yang tinggi. Antaranya ialah spesis bluefin dan blackeye. Tuna dari spesis mackerel pula lebih rendah kandungan merkuri.
Bagaimana Dengan Tuna Dalam Tin ?
Kebanyakan tuna dalam tin diproses daripada ikan tuna bersaiz kecil yang mana kandungan merkurinya lebih rendah seperti skipjack, yellowfin dan tongol. Ia diproses melalui campuran minyak yang boleh dimakan, rendaman dalam air garam, air biasa dan seterusnya dicampur dengan perasa sos dibenarkan untuk penambahan perisa. Proses penghasilan tuna dalam tin juga turut menyingkir bakteria yang kemungkinannya wujud dalam tuna.
Nilai nutrien bagi tuna dalam tin terdiri daripada komposisi protein (29%), lemak (8%) dan air (60%), kalori dan garam. Tetapi ia tidak mengandungi karbohidrat. Jika ada ia mungkin kurang daripada 1 gram sahaja.
Wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak perlu mengehadkan pengambilan tuna dalam jumlah cadangan hidangan yang selamat. Mereka yang mempunyai berat badan kurang daripada 50 kilogram disarankan hanya mengambil kuantiti 170 gram sahaja bagi setiap minggu.
Tuna Sebagai Hidangan Menyelerakan
Selagi sesuatu makanan tidak diambil secara berlebihan termasuk tuna, ia pasti selamat untuk dinikmati melalui kaedah masakan yang anda gemari. Kebanyakan rakyat Malaysia menggemari tuna yang boleh dibeli dengan mudah di dalam tin. Tuna dalam tin dipelbagaikan mengikut citarasa pengguna. Biasanya ia dilabelkan sebagai “flaked”, “chunked” atau “solid”. Kesemua jenis ini bertujuan untuk menyesuaikan kaedah memasak pengguna. Ada pula yang memilih ikan tuna segar. Namun di Malaysia, amat jarang sekali hidangan tuna segar dijadikan pilihan kerana harganya yang jauh lebih mahal.
5 Resepi Tuna Buat Anda Kenyang Sepanjang Hari
Anda telah mengetahui sedikit sebanyak tentang ikan tuna. Sekarang kami ingin berkongsi kepada anda lima resepi tuna paling sedang yang boleh membuatkan anda kenyang sepanjang hari.
1.Tuna & Tomato Mac & Cheese
Bahan-Bahan :
- 3 cawan pasta
- 2 sudu tepung serbaguna
- 1 cawan susu tanpa / rendah lemak
- ½ cawan keju cheddar
- ½ cawan keju jenis pepper Jack cheese
- ¼ sudu serbuk cili
- ¼ sudu garam
- ¼ sudu serbuk lada hitam
- 1 ½ cawan keju kotej
- 140 gram tuna jenis chunk
- 2 ke 3 biji tomato dipotong/ kisar separa hancur
Cara penyediaan :
- Panaskan oven pada suhu 230 °C
- Rebus pasta sehingga ia lembut
- Sementara itu, campurkan tepung dengan dua sudu susu dalam sebuah mangkuk. Kacaukan. Baki susu selebihnya dipanaskan dalam pan oven saiz besar sehingga ia mendidih
- Setelah itu, campurkan susu yang telah dipanaskan tersebut dalam campuran tepung tadi. Masakkan di atas dapur dalam api sederhana dan kacau sehingga rata sehingga ia agak pekat. Setelah itu, tutupkan api. Campurkan bersama keju cheddar, serbuk lada hitam, serbuk cili dan garam.
- Gunakan pengisar untuk dapatkan tekstur keju kotej yang lebih halus. Campurkan ia ke dalam sos adunan tepung tadi.
- Tambahkan tuna dan pasta, kacau biar rata dan akhir sekali taburkan ke seluruh permukaan dengan tomato.
- Bakar dalam oven antar 20 ke 25 minit.
2. Nasi Bakar Tuna Berkrim
Bahan-Bahan
- ⅔ cawan beras
- 750 ml air
- 2 biji telur ayam (asingkan telur putih dan telur kuning)
- 75 gram mentega butter
- ¼ cawan tepung gandum
- 1 sudu garam
- ¼ sudu serbuk lada hitam
- 375 ml susu segar
- 1 tin tuna dalam tin
- 1 biji bawang besar ditumbuk halus
- 1 sudu jus lemon
Cara penyediaan :
- Masak nasi di atas dapur dalam rendaman air sehingga nasi menjadi lembut dan air diserap oleh nasi. Masak antara 20 ke 25 minit.
- Panaskan oven pada suhu 180 °C
- Pukul telur putih sehingga ia benar-benar kembang dan berbuih
- Cairkan mentega dalam pan masakan. Masukkan tepung gandum, garam dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga ia berwarna agak kekuningan
- Setelah itu, campurkan susu segar dan dan kacau lagi selama 5 minit
- Kacau telur kuning dengan campuran beberapa sudu susu sedikit demi sedikit sehingga kembang.
- Campurkan telur kuning tersebut ke dalam adunan tepung tadi. Tambahkan baki susu yang tinggal. Kacau sehingga adunan menjadi lembut.
- Tutup api dan masukkan beras, bawang, tuna dan jus lemon. Ratakan nasi sehingga memenuhi pan masakan.
- Siram telur putih dan ratakan di atas permukaan nasi. Bakar dalam oven selama 40 minit.
3. Sandwich Tuna Ala Subway
Bahan -Bahan :
- Roti kapit kosong bersaiz panjang
- 1 tin tuna jenis chunked
- 4 helai daun salad
- ¼ sudu teh garam
- Mayonis secukupnya
- Timun jeruk atau pickle
- Hirisan tomato
- Sos mustard
Cara Penyediaan :
- Bakar bahagian dalaman roti seketika roti di atas dapur. Anda boleh panaskan sedikit mentega sebelum meletakkan roti.
- Keluarkan tuna dari tin dan buangkan air darinya
- Hancurkan tuna. Masukkan mayonis, garam, dan timun jeruk. Kacau sehingga rata kesemuanya
- Sapu sos mustard di bahagian dalaman roti atas dan bawah.
- Akhirnya ratakan tuna sebanyak mana yang anda mahu.
- Lapisi dengan daun salad dan kirisan tomato
4. Salad Avokado Tuna
Bahan-Bahan :
- 1 tin tuna
- 1 batang timun dibelah tengah dan dihiris nipis
- 3 biji buah avokado. Buang kulit dan dipotong dadu
- 1 biji bawang merah saiz besar. Potong
- 2 sudu besar jus lemon
- 2 sudu besar minyak zaitun
- ½ sudu garam
- ½ sudu lada hitam yang ditumbuk
- Daun ketumbar
Cara penyediaan :
- Sediakan satu mangkuk besar yang sesuai
- Masukkan timun yang telah dihiris nipis.
- Campurkan bersama buah avokado yang siap dipotong dadu
- Sediakan tuna yang telah dibuangkan airnya. Lenyek sehingga tuna benar-benar hancur
- Masukkan tuna ke dalam campuran timun dan avokado
- Tambahkan jus lemon, daun ketumbar yang dipotong, minyak zaitun, garam dan lada hitam. Kacau kesemuanya dan siap untuk dihidangkan.
5. Steak Ikan Tuna Herba
Bahan-Bahan :
- Potongan isi ikan tuna bersaiz tebal
- 6 sudu minyak zaitun
- ½ biji jus lemon
- 1 sudu teh garam
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu daun thyme kering
- ½ sudu basil kering
- 1 sudu serbuk lada putih
- Tomato ceri dipotong
- 4 sudu keju parmesan
- 1 biji hirisan buah lemon
- Beberap biji kentang dipotong 4 dan dibuang kulit
Cara penyediaan :
- Panaskan oven 450°C.
- Perapkan tuna dengan minyak zaitun, jus lemon, garam, serbuk lada hitam, oregano, thyme, basil dan serbuk lada putih. Biarkan selama 15 minit
- Campurkan kentang dengan minyak zaitun, garam, serbuk lada hitam, oregano, thyme, basil dan serbuk lada putih. Perap seketika
- Sediakan pan membakar. Angkar tuna yang telah diperap ke dalam pan dan semua kentang bersama. Taburkan sedikit lagi keju parmesan sebelum dibakar.
- Bakar selama 6 minit. Kemudian keluarkan dan balikkan ikan tuna. Bakar lagi selama 6 minit.
- Sedia dihidangkan