Semakin banyak produk kecantikan berasaskan emas muncul di pasaran. Penggunaannya juga semakin popular di kalangan wanita yang sentiasa menantikan penemuan baru dalam produk kecantikan yang mampu membantu mereka mengekalkan kecantikan. Wanita pada masa kini semakin tidak kisah membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan produk kecantikan yang mengandungi elemen emas 24 karat. Kemunculan pelbagai jenis produk kecantikan berasaskan emas menambahkan lagi keyakinan wanita tentang manfaat emas terhadap kecantikan kulit. Produk kecantikan berasaskan emas adalah inovasi baharu dalam dunia kecantikan yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar produk kecantikan untuk pelbagai kegunaan. Antaranya sebagai krim anti penuaan, pembersih kulit wajah, losyen kulit dan krim malam.

Kebiasaannya syarikat pengeluar produk kecantikan akan mengeluarkan produk berasaskan 24 karat emas kerana ia mampu menarik perhatian pengguna di kalangan wanita. Harganya juga lebih mahal sehingga mencecah ratusan ringgit. Wanita yang pernah mencuba produk kecantikan ini menyakini bahawa elemen emas yang ‘disuntik’ pada kulit ini telah memberikan manfaat yang mengejutkan berdasarkan dakwaan berikut.

Selain kandungan emas 24 karat, kandungan tambahan terutamanya ekstrak dari tumbuhan seperti kandungan minyak buah-buahan akan meningkatkan lagi keberkesanan produk emas ini unt

Meningkatkan kecerahan kulit

Suntikan elemen emas pada kulit wajah dikatakan dapat memperbaiki peredaran darah serta mengekalkan tahap kelembapan yang sesuai. Apabila gabungan kedua-dua proses sihat ini diperbaiki melalui ‘suntikan’ zarah emas pada wajah, kulit akan tampil lebih cerah bercahaya seakan anda melihat kilauan emas yang memukau. Dengan itu wajah akan kelihatan lebih segar dan semakin berseri-seri. Efek ini terhasil disebabkan sifat emas itu sendiri yang memancar dan berkilau.

Mencegah jangkitan kulit

Emas diyakini berkesan sebagai agen anti jangkitan dan anti bakteria yang menghalang penyuburan bakteria pada kulit. Penyerapan partikel emas pada kulit memberi laluan yang lebih baik untuk penyerapan oksigen ke dalam kulit. Kajian perubatan juga membuktikan bahawa nanopartikel emas berkesan untuk melawan bakteria tertentu yang menjadi punca penyakit kronik. Oleh itu tidak hairan apabila elemen emas turut disuntik dalam produk kecantikan untuk memperbaiki masalah pada kulit muka berpunca dari bakteria yang menyebabkan kemunculan jerawat.

Sebagai anti penuaan & membantu keanjalan kulit

Seiring dengan peningkatan usia, kolagen semulajadi kulit akan menurun. Ini akan menyebabkan munculnya kedutan halus pada kulit. Dalam produk kecantikan berasaskan emas, unsur nanopartikel emas akan bersaing dengan unsur karbohidrat daripada gula yang menjadi salah satu punca hilangnya daya elastik kulit. Unsur nanopartikel ini akan membantu mengurangkan keupayaan unsur karbohidrat ini terhadap kulit sekaligus membantu mengatasi masalah kedutan dan kulit tidak anjal.

5 Produk Kecantikan Berasaskan Emas Untuk Kecantikan Kulit

Mengetahui kebaikan produk kecantikan berasaskan emas ini, anda seharusnyua mengambil peluang mencuba sendiri keberkesanannya ke atas kulit anda. Kesannya mungkin berbeza ke atas individu bergantung kepada beberapa faktor antaranya umur, kesesuaian kulit dan disiplin pengguna dalam mengenakan produk mengikut arahan yang ditetapkan.

Bagi yang ingin mencuba salah produk kecantikan berasaskan emas, lima pilihan produk ini antara pilihan menarik untuk anda mencubanya buat kali pertama.


1. Manuka 24K Gold & Manuka Honey Hand Oil

Bagi wanita yang menghadapi masalah kulit tangan yang kering, tidak berseri dan menggerutu anda boleh mencuba produk ini untuk memperbaiki semula keadaan kulit anda. Ia adalah sejenis minyak rawatan kulit yang dicampur dengan madu Manuka dan elemen emas 24 karat, serta ekstrak minyak tumbuhan seperti minyak bijan, macadamia dan argan. Setiap bahan ini mengandungi khasiatnya yang tersendiri terutama untuk rawatan kulit kering dengan meningkatkan tahap kelembapan kulit serta memperbaiki struktur kulit supaya lebih berseri. Sapukan beberapa titisan minyak ke atas kulit tangan dan lakukan urutan lembut supaya ia boleh meresap dengan baik ke dalam lapisan kulit.

Baca ulasan pengguna mengenai produk ini


2. Bio-Essence 24K Bio-Gold Gold Water

Menggunakan unsur emas 24 karat untuk membebaskan ion-ion aktif ke dalam lapisan kulit untuk memperbaiki metabolisma kulit. Proses ini akan merangsang penghasilan kolagen untuk meningkatkan daya elastik atau ketegangan kulit supaya nampak lebih muda remaja berbanding usia sebenar. Ia juga bertindak sebagai bahan anti-oksida yang tinggi ke atas kulit bagi melindungi kulit daripada bahan radikal bebas yang menyumbang kepada kerosakan kulit seperti kekeringan dan kemunculan kedutan halus. Dengan pemakaian produk ini juga, kulit sentiasa dalam kelembapan semulajadi dan sekata melalui proses kawalan sebum di permukaan kulit wajah. Wajah akan kelihatan sentiasa dalam keadaan segar serta berseri-seri dari dalam. Serum ini baik untuk wanita menghampiri umur 30 tahun ke atas bagi membantu melambatkan proses kemunculan tanda penuaan.

Baca komen pengguna mengenai serum ini


3. Bioaqua 24K Gold Skin Essence


Serum kecantikan yang membantu melambatkan proses penuaan kulit wajah melalui mineral emas 24 karat. Pemakaian produk ini memberi peluang kepada anda untuk memiliki kulit yang anjal, bersinar, sentiasa berseri dan lembap. Ion-ion emas ini akan meresap ke lapisan dalaman kulit sebagai vitamin yang akan memperbaiki kesihatan kulit wajah secara dalaman sehingga menyerlah ke lapisan luar kulit. Kulit wajah terasa lebih lembut apabila disentuh. Pada awal penggunaan anda akan mendapati kulit terasa lebih lembap. Selepas beberapa tempoh penggunaan yang lama, kesan kedutan halus dapat dipudarkan secara perlahan-lahan.

Baca komen pengguna mengenai serum kecantikan ini


4. Cellnique Timeless Gold SuperFoil Masque 24K Gold & Ceramides

Topeng rawatan kulit wajah dari unsur emas 24 karat oleh Cellnique. Bahan-bahan kandungan yang termendap dalam topeng akan dipindahkan ke kulit wajah anda pada saat pemakaian. Unsur kandungan emas aktif 24 karat serta bahan-bahan lain akan memberikan kesan lembapan berpanjangan, memperbaiki kesan kedutan pada kulit, meningkatkan keanjalan dan mewujudkan lapisan perlindungan pada permukaan kulit daripada unsur-unsur toksin yang melekat di muka berpunca dari pencemaran udara. Sejenis lagi kandungan utama iaitu akar kayu Rehmannia bertindak sebagai unsur anti inflamasi bagi mencegah tanda-tanda jangkitan pada kulit wajah seperti jerawat.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


5. TonyMoly Intense Care Gold 24K Snail Cream


Krim kecantikan intensif dari Korea. Produk ini agak unik kerana diekstrak daripada mukus sejenis siput yang telah difermentasikan. Turut terkandung di dalamnya ialah unsur emas 24 karat. Produk ini membantu mengembalikan pigmen kulit supaya lebih anjal dan tegang. Kulit anda akan tampak lebih muda dari usia sebenar. Wajah anda juga akan kelihatan lebih putih, sihat dan bersinar seperti kebanyakan wanita Korea yang memiliki kulit yang halus menawan. Pemakaian produk ini juga membantu anda mengatasi kekeringan pada kulit wajah. Dengan ini ia memberikan kelembapan berpanjangan kepada kulit muka anda. Anda hanya perlu menyapu sedikit sahaja krim dan kemudian diusap ke seluruhan wajah anda.

Baca komen pengguna mengenai produk ini