Bila anda membeli produk kecantikan untuk kulit wajah anda, anda sering keliru atau tertanya-tanya pada diri sendiri “Apa yang elok untuk kulit aku”, “kalau pakai pencuci muka ini elok tak muka aku”, “produk ni untuk apa”.. kiranya pelbagai persoalan bermain di minda. Anda ingin membeli tetapi rasa takut menebal. Anda tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana takut muka anda akan rosak. Penulis banyak kali alami perkara ini, pergi ke farmasi duduk cangkung cari produk yang sesuai, jika ditanya pada perunding di situ mesti mahu disyorkan produk jagaannya. Alamak! susahnya!

“Produk timbang kilo tapi harga bukan main mahal!” Itulah rungutan yang kita selalu dengar daripada pengguna tegar produk tempatan.

 

Foto: Small Footprint Family

Perlu diingatkan bila anda membeli produk untuk kulit muka sila baca setiap bahan kandungan produk tersebut, jangan main beli saja. Ada setengah produk muka memang nampak perubahan yang ketara bila digunakan, ada yang tidak sampai seminggu sudah lain muka. Pelik! Cepat sangat perubahan. Jangan sebab nak cantik, muka putih, anda main beli saja. Ambil tahu bahan kandungan produk kecantikan kulit.

Waspada produk tiruan

Namun, penggunaan secara berterusan akan menimbulkan pigmentasi dengan kesan secara kekal. Di pasaran terbuka, ada produk tiruan dijual pada harga murah yang berkemungkinan besar tidak memberi kesan positif atau mungkin bersifat terlalu menghakis lapisan kulit untuk memberikan hasil segera.

Benarkah ada produk kecantikan bebas kimia?

Produk penjagaan kulit dan bahan kimia, tak dapat dipisah kan lagi. Nak hasilkan Produk penjagaan kulit. mesti kena guna bahan kimia. Tiada istilah 100% organik. Kecuali anda ambil daun, tumbuk sendiri, tempek dekat muka. Itu baru dipanggil 100% organik. Bahaya ke bahan kimia dalam Produk penjagaan kulit?

 Tak bahaya kalau ia di letak mengikut dos dibenarkan. Bayangkan, kalau tak letak pengawet dalam pencuci (contoh nya), anda rasa pencuci akan tahan lama tak? Mestilah tak kan. Sayur yang di simpan pun akan rosak kalau tak di letak dalam peti ais. Sama juga Produk penjagaan kulit tanpa bahan kimia pengawet.

Mengenai bahan kimia dalam Produk penjagaan kulit. Nak pilih Produk penjagaan kulit, kena berhati-hati. Kenapa? Pernah dengar mengenai kosmetik bahaya?  Contoh bahan yang digelar kosmetik bahaya ialah merkuri, hydrokuinon, tretinoin dan rhodamin B. Kenapa ia boleh jadi bahaya?

Foto: Reflections Organics

Kalau nak tahu, bahan ini akan memutihkan muka dalam masa yang singkat tau. Memakai Produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini akan menyebab kan noda hitam di wajah dan jerawat hilang.  Hebat kan? Siapa yang pakai mesti akan cakap produk ni berkesan.

Salah sebenarnya . Bagi kita, bila jerawat tak muncul, tu tanda kulit dah semakin elok. Sebenarnya, jerawat berfungsi sebagai aras peningkatan kandungan protein dalam kulit kita. Timbul jerawat dalam keadaan normal itu benda biasa.

 Yang jadi tak normalnya bila ianya muncul dengan banyak di kulit wajah. Bila kita lupa bersihkan kulit wajah, jerawat akan muncul. Tetapi, pada kulit wajah yang mengandungi bahan kimia berbahaya, jerawat tak kan muncul kerana struktur protein kulit telah berubah dan rosak.

Foto: Food Matters

Kenali produk kosmetik bebas kimia

Tren back to nature rupanya tidak hanya diaplikasikan pada gaya hidup saja, tetapi juga diadopsi oleh industri kecantikan dunia. Perkara ini turut dinyatakan terus dengan meningkatnya jangkaan dan permintaan para pengguna untuk produk kecantikan yang sesuai bagi kulit dengan hasil yang maksima. Pelbagai brand kosmetik yang mengandungi konsep organik banyak muncul dan mengklaim bahawa produk mereka lebih baik untuk kulit serta lingkungan. Tidak hanya itu, produk kosmetik organik ini juga bebas dari penggunaan bahan kimia, seperti zat pewarna, zat pengawet, serta parfum sehingga meminimakan reaksi alergi atau iritasi pada kulit.

Kali ini kami bawakan beberapa contoh produk kosmetik yang bebas kandungan kimia dan sesuai untuk semua jenis kulit. Yang pasti produk ini dijamin menagndungi baha-bahan semulajadi dan halal pada pengguna muslimah.

1. Afterglow

Jenama ini merupakan brand kosmetik organik pertama yang memiliki pensijilan bebas gluten. Selain itu, Afterglow Cosmetics juga bebas dari kandungan haiwan yang telah disahkan oleh sijil yang dikeluarkan PETA dan Leaping Bunny. Seluruh produk kosmetik dari brand ini dibuat dari bahan-bahan organik bersijil USDA sehingga meminimakan iritasi pada kulit akibat konsentrasi pestisida pada bahan semulajadi yang digunakan.

Produk kosmetik keluaran Afterglow Cosmetics mempunya pelbagai jenis, dari produk kosmetik untuk wajah, mata, serta pelbagai jenis lipstik. Bahkan, mereka juga memiliki rangkaian produk alat kecantikan sendiri seperti brush, cermin, span dan sebagainya.

 

 

2. RMS Beauty

Seluruh produk kosmetik dari RMS Beauty diproduksi dengan menggunakan raw ingredients berstandard food grade serta memiliki sijil organik dari USDA. Bahan-bahan organik pilihan dari alam ini diklaim dapat menghidrasi kulit sekaligus sesuai bagi pemilik kulit sensitif. Fokus RMS Beauty tidak hanya berhenti di bahan organik, tetapi juga mereka ada mencipta produk kosmetik yang dapat menyembuhkan sekaligus memelihara kulit. Jenama ini memproduksi kosmetik mereka dengan bahan-bahan semulajadi tanpa melalui proses kimia, sehingga nutrisi yang terkandung dalam bahan-bahan semulajadi tersebut masih dapat diserap secara sempurna pada kulit.

 

 

3. 100% Pure

100% Pure memiliki rangkaian produk kosmetik serta produk penjagaan kulit  yang diklaim menggunakan bahan-bahan organik yang sesuai bagi kulit. Produk kosmetik dari 100% Pure diformulasikan dengan vitamin dan minyak esensial semulajadi yang mengandungi anti-oksidan tinggi agar memberikan maanfaat maksima bagi kulit anda. Warna kosmetiknya tidak menggunakan bahan kimia, melainkan diperoleh dari pigmen tanaman, buah, sayuran, teh, dan phytonutrient lainnya yang membuat kulit lebih sihat. Bahan semulajadi organik yang digunakan tidak mengalami proses kimia sama sekali, hanya melalui perubahan kimia kerana proses biologi seperti fermentasi, distilasi, dan proses pendinginan.

 

4. Juice Beauty

Diformulasikan atas kesedaran untuk menciptakan solusi produk kecantikan yang memanfaatkan bahan organik bersijil USDA, Juice Beauty berkomitmen penuh untuk menghasilkan produk kosmetik organik yang teruji secara klinikal. Seluruh produk dari jenama ini vegan, cruelty free, serta menggunakan pigmen tanaman untuk memberi warna pada kesemua produknya. Anda boleh mencuba aneka produk kosmetik unggulannya, sekaligus variasi produk skin care yang terbaik.

 

View this post on Instagram

GIVEAWAY! @sobiaashaikh is taking over our stories today to host a giveaway featuring our new Prebiotix Hydrating Gel Moisturizer & Prebiotix Antioxidant Beauty Boost Supplement. To participate in the GIVEAWAY ?? . 1. Like this post 2. Follow @juicebeauty & @sobiaashaikh 3. Tag 2 friends or more 4. Sign up/Subscribe to Sobia’s blog at www.shaikhenandstirred.com 4. After signing up please check your inbox for a confirmation email. Occasionally the confirmation email may land in your spam folder. 5. You MUST follow all 4 steps ?? 6. If you’re already a subscriber to her blog your name will definitely be thrown in the mix ? The winner will be announced on Thursday, January 30th. This giveaway is only open to US residents. . This giveaway is not sponsored by or affiliated with Instagram.

A post shared by Juice Beauty (@juicebeauty) on

 

5. Au Naturale

Au Naturale merupakan jenama kosmetik organik bersertifikat USDA  yang telah merebut hati para pencinta kosmetik organik. Diformulasikan dengan bahan-bahan organik, seluruh produk dari Au Naturale diklaim sangat sesuai untuk digunakan, bahkan untuk anda yang mempunyai jenis kulit sangat sensitif.  

Sebelum diformulasikan, kesemua bahan semulajadi akan diteliti terlebih dahulu, sebelum  melalui proses menjadi produk kosmetik organik yang fresh tanpa penambahan bahan kimia berbahaya untuk memberikan fungsi yang menguntungkan untuk kecantikan kulit.