Micellar Cleanser adalah pembersih muka dan makeup remover yang menggunakan nanotechnology.
Molekul pembersih di dalam pembersih tradisional berfungsi sendirian untuk menghilangkan mekap. Jadi anda harus menggosok muka dengan kuat dan membilas menggunakan air untuk membersihkan kulit muka sepenuhnya.
Molekul pembersih di dalam Micellar Water berkumpul secara kluster untuk mennyingkirkan kotoran, mekap dan impuriti yang bersentuhan. Tiada bilasan, tonyohan yang kuat pada muka. Pembersihan yang sungguh berbeza dan sangat memudahkan.
Wanita Perancis dan Korea menggunakan air ajaib ini sebagai salah satu rutin kecantikan mereka.
Micellar Water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran dan sisa-sisa mekap bahkan juga kulit nampak lebih berseri dan terhidrat sentiasa. Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada Micellar Water tetapi mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat.
Memilih pencuci makeup yang sesuai untuk muka sememangnya susah, anda perlu mencuba setiap produk untuk memastikan ia sesuai dengan anda. Kami syorkan beberapa pencuci makeup yang mungkin sesuai untuk anda.
Makeup remover merupakan salah satu produk penjagaan muka yang sering digunakan sebelum membersih muka menggunakan sabun, ini kerana ia berfungsi untuk membuang sisa-sisa makeup dan kotoran yang ada di muka. Kebaikan pencuci makeup ini ialah mencegah kulit dari iritasi yang menyebabkan kegatalan jika tidak mencuci makeup dengan betul.
Selain itu, ia memberi kesegaran kembali kepada kulit muka setelah seharian memakai makeup. Malah ia turut merawat dan membuang sel-sel kulit mati yang ada pada kulit. Anda juga harus mengetahui jenis kulit anda dan memilih makeup remover dengan betul.
Bagi yang tidak tahu, micellar water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran dan sisa-sisa mekap walaupun yang kalis air bahkan juga kulit nampak lebih berseri dan terhidrat sentiasa. Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada micellar water tetapi mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat.
Untuk memudahkan semua, kami senaraikan 5 micellar water paling terbaik untuk menanggalkan mekap. Serius terbaik sampaikan yang jenis kalis air boleh hilang dengan bersih sekali.
1. Garnier Skin Naturals Micellar Cleansing Water
Pencuci makeup semua dalam 1 ini mampu menghapuskan solekan, membersih dan menyegarkan kulit muka. Anda tidak perlu mencuci dengan menggosok terlalu keras hanya sedikit sentuhan dan ia terus menanggalkan makeup. Bukan sahaja untuk penggunaan pada wajah tetap ia juga sesuai untuk bibir dan mata. Pembersih serba boleh yang mengandungi teknologi micellar ia ibarat magnet yang menangkap dan mengangkat kotoran, minyak dan solekan untuk memberikan kulit terhidrat, bersih sempurna dan tidak mengeringkan.
2. Innisfree Green Tea Cleansing Water 300ml
Pencuci makeup yang memberikan aroma teh hijau, teh hijau segar organik yang kaya dengan asid amino dan mineral yang melembapkan dan mencerahkan kulit yang kering akibat solekan. Bukan sahaja itu, ia juga mampu merawat kulit muka yang kering. Memberikan perlindungan dari matahari dan sangat sesuai digunakan untuk kulit jenis kombinasi. Kulit akan kelihatan lebih segar dan licin selepas penggunaannya.
Baca review pengguna Innisfree
3. Maybelline Micellar Water 3-In-1 200ml
Dengan air micellar penyingkiran solekan dapat dilakukan dan ia juga bertindak sebagai pelindung kulit anda dari pencemaran udara.Ia mampu membuang semua jenis solekan, membersihkan dan hidrat tanpa meninggalkan rasa pedih pada muka. Anda tidak perlu risau kerana pencuci makeup ini bebas dari warna, alkohol dan anti pencemaran. Air ajaib yang membuatkan kulit terasa terhidrasi sepanjang hari.
Baca review pengguna Maybelline
4. L’Oreal Paris Skin Expert Micellar Water Moisturizing 250ml
Dirumus khas dari ekstrak french ros yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit dan memberi kelembutan pada kulit dan tidak meninggalkan rasa ketat. Selain itu, dengan teknologi molekul micellar yang unik bertindak seperti magnet untuk menghilangkan lebihan sisa dan kekotoran dari kulit dengan teliti. Ia membersih, mengeluarkan solekan dan menenangkan kulit selepas seharian berhadapan dengan solekan. Kulit dibiarkan terasa lebih bersih, semulajadi dan terhidrasi.
5. Bioderma Sebium H20 250ml
Pencuci makeup ini membersihkan dan menghilangkan solekan tanpa mengeringkan kulit. Ia juga membersihkan kulit dan mengawal kualiti sebum dan memberi sensasi kesegaran pada kulit wajah.Diperkaya dengan agen penyucian, glukonat zink dan tembaga sulfat. Komposisi semula jadi kulit untuk penyingkiran solekan yang sempurna dan sesuai walaupun berkulit yang paling sensitif. Secara biologi mengawal kualiti sebum untuk memastikan liang-liang menjadi tidak tersumbat dan bebas dari bakteria.
Baca review pengguna Bioderma Sebium
Tetapi tahukah anda micellar water bukan sekadar membersihkan mekap semata-mata, ia juga berguna untuk perkara lain seperti:
1) Kasut kotor
Tahukah anda produk Garnier ini boleh menghilangkan kesan kotoran pada kasut jenis fabrik suede.
micellar water has just took all the stains out my suede heels ??? everyone needs to try this pic.twitter.com/W89ozfd03q
— kiera (@kieraohagan) January 22, 2018
Perkara ini dibuktikan oleh seorang pengguna Twitter, Kiera O’Hagan, yang menggunakan makeup remover ini untuk membersihkan kasutnya yang sudah kelihatan berlapuk. Menjelaskan bagaimana dia membersihkan kasutnya, Kiera berkata bahawa dia hanya meletakkan beberapa titis micellar water ke kapas dan terus sapu di tempat yang kotor sebelum ianya kering.
2) Bedak kompak
Bedak kompak anda jatuh, habis rosak. Jangan risau sebab ada cara untuk membaiki retak di bedak kompak dan ia melibatkan micellar water.
Cuma tuangkan sedikit titisan micellar water ke dalam bedak kompak dan ratakan kesemuanya, serta-merta ia kembali baik seperti mula-mula beli. Bahkan, bahan-bahan dalam micellar water ini membantu untuk menetapkan semula bedak anda, bermakna lebih mudah untuk terus menggunakannya.
3) Bersihkan berus mekap
Setakat ini semuanya berfungsi dengan baik, bukan. Micellar water juga dapat melakukan keajaiban pada berus mekap yang kotor.
Titiskan micellar water ke dalam secawan air, celupkan berus ke dalamnya dan biarkan seketika. Selepas itu keringkannya dengan tuala bersih. Berus anda bukan sahaja bersih malah solekan menjadi lebih baik dan flawless. Lakukan ini setiap dua minggu.
4) Mudah tanggal bulu mata palsu
Pakai bulu mata palsu memang cantik tapi adakalanya susah nak tanggal.
Micellar water membantu anda untuk menanggalkan bulu mata palsu dengan mudah. Sekiranya anda mahu menanggalkan tanpa rasa sakit, rendam pada kapas atau hujung putik kapas dalam micellar water, selepas itu tekap pada bulu mata anda. Ini akan membantu melonggarkan bulu mata supaya anda boleh menariknya dengan lebih mudah.
Selepas ini, anda hanya memerlukan air ajaib ini untuk dibawa sebagai teman karib didalam beg tangan. Terbukti, ianya satu produk pelbagai guna yang wajib setiap wanita menggunakannaya.