HomeMalay5 Kedai Buku Kanak-Kanak Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor

5 Kedai Buku Kanak-Kanak Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor

Untuk mendidik kanak-kanak mencintai ilmu, mereka perlu didedahkan dengan bahan bacaan menarik yang mampu menarik minat mereka untuk terus membaca. Ibu bapa perlulah bijak dalam memilih bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur anak mereka. Bahan bacaan boleh didapatkan dari pelbagai sumber. Antaranya dari perpustakaan awam dan kedai buku.

Untuk mengumpul koleksi bahan bacaan buku kanak-kanak di rumah, cara terbaik ialah dengan membawa anak ke kedai buku. Dengan ini mereka boleh memilih sendiri buku bacaan yang disukai. Akan tetapi adakalanya sukar untuk mencari buku kanak-kanak yang sesuai kerana kurangnya pilihan buku bacaan kanak-kanak di kebanyakan kedai buku di Malaysia.

Di Kuala Lumpur & Selangor, wujud beberapa rangkaian kedai buku yang sesuai dikunjungi kerana ia menyediakan banyak pilihan buku untuk kanak-kanak. Jika anda ingin melihat si kecil bergembira dengan ribuan pilihan buku khas untuk mereka, apa kata anda kunjungi lima kedai buku kanak-kanak terbaik di Kuala Lumpur ini. Pasti mereka akan seronok dapat mengunjunginya.


1. Oyez! BookStore

Antara kedai buku yang menyediakan sepenuhnya bahan bacaan untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka menyediakan bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris khususnya buku cerita yang pasti berjaya menarik minat si kecil. Kanak-kanak pasti tertarik untuk membaca kisah-kisah berkenaan dunia haiwan dan dunia manusia dalam bentuk penceritaan yang merangkumi pelbagai jalan cerita.

Selain itu terdapat juga buku cerita berunsur dongeng rakyat dari dunia Melayu. Antara yang menarik ialah kisah Puteri Gunung Ledang dan Puteri Gambus. Buku-buku mereka menyediakan ilustrasi lukisan komik yang menarik serta gaya penceritaan yang bersahaja untuk pemahaman kanak-kanak. Banyak pengajaran yang mereka bakal perolehi hasil daripada bacaan berunsur buku cerita.

Menariknya lagi tentang Oyez!Bookstore, mereka menyediakan ruangan membaca yang selesa untuk kanak-kanak dan ibu bapa duduk bersantai sambil menikmati bahan bacaan yang digemari.

Alamat : 41, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Buka : 10.00 pagi – 6.00 petang (Selasa – Jumaat & Isnin), 10.00 pagi – 12.00 malam (Sabtu) dan Tutup pada hari Ahad

Laman Web  https://www.oyezbookstore.com/

Facebook : https://www.facebook.com/OyezBooks


2. Little Bookworm Malaysia

Untuk memahirkan anak anda dengan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, Little Bookworm mempunyai pelbagai pilihan buku kanak-kanak. Anda boleh mendapatkan pelbagai bahan bacaan untuk si kecil berusia antara 1 tahun sehingga ke peringkat pembacaan kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakan buku-buku mereka diimport dari United Kingdom yang pastinya paling sesuai untuk memahirkan penguasaan bahasa Inggeris si kecil. Pelbagai kategori bahan bacaan dan juga buku latihan untuk pembelajaran anak anda. Antara yang menarik ialah buku cerita yang mempunyai paparan lukisan animasi berwarna-warni. Anak anda juga boleh melatih otak mereka dengan pelbagai jenis latihan seperti buku matematik, kuiz dan teka teki yang mencabar minda. Kesemua buku-buku mereka mempunyai paparan ilustrasi berunsur komik dan berwarna warni.

Selain itu terdapat buku-buku menarik mengenai dunia haiwan, pengenalan kepada dunia tumbuh-tumbuhan dan serangga, dunia angkasalepas, sains, matematik, cuaca dunia, buku cabaran minda yang pasti mengujakan perasaan kanak-kanak untuk mengunjungi kedai buku ini berulang kali. Juga terdapat buku soal jawab mengenai pelbagai perkara yang sering menjadi persoalan bagi kanak-kanak yang mindanya sentiasa berkembang. Bagi ibu bapa yang sedang mengajar anak mereka mengenali dunia ABC dan nombor, anda juga boleh mendapatkan pelbagai buku serta latihan yang dapat memahirkan bacaan si kecil secara efektif.

Alamat : 76A, Jalan SS 21/62, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web : https://www.littlebookworm.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/pg/littlebookwormMY/


3. Edukid Distributors Sdn Bhd

Edukid Distibutors sebenarnya merupakan sebuah rangkaian pengedar buku kanak-kanak. Ibu bapa mempunyai pilihan sama ada ingin membeli buku secara atas talian atau terus ke gudang buku mereka yang terletak di Batu Caves, Selangor. Edukid Books banyak terlibat melalui jualan secara langsung di pesta-pesta buku yang biasanya diadakan di seluruh Malaysia di tempat-tempat terpilih. Anda boleh mengikuti info mengenai pameran buku-buku mereka di laman facebook mengenai kemaskini pesta buku mereka seterusnya.

Kebanyakan buku adalah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahan bacaan yang disediakan sesuai untuk seawal peringkat umur satu tahun sehinggalah peringkat remaja di sekolah menengah. Ibu bapa boleh mendapatkan pelbagai koleksi buku untuk semua peringkat umur anak mereka. Sebut sahaja buku apa yang anda inginkan sama ada buku cerita moden dan dongeng, cerita animasi tempatan dan antarabangsa, buku latihan membaca ABC untuk bayi kecil, buku latihan matematik, bahan bacaan sains dan sejarah dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga buku-buku berunsur pembelajaran Islamik khusus untuk keluarga Muslim. Anda boleh memperkenalkan hero-hero dunia Islam yang disegani melalui buku-buku animasi yang diterbitkan. Si kecil yang meminati dunia tuan puteri juga boleh memiliki buku animasi puteri idaman mereka.

Alamat : No. 5, Jalan Perusahaan Amari, Pusat Industri Amari, Kawasan Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Laman Web : http://www.edukidbooks.com/edukid.html

Facebook : https://www.facebook.com/edukidbooks/


4. Gallery Bookstore

Jika anda ingin mencari buku kanak-kanak di rangkaian kedai buku popular, Gallery Bookstore adalah salah satu kedai buku pilihan ramai. Mereka mempunyai cawangan kedai hampir di seluruh Malaysia termasuk Kuala Lumpur dan Selangor. Kedai buku ini sebenarnya menyediakan bahan bacaan umum untuk semua peringkat. Termasuk juga buku kanak-kanak untuk pelbagai peringkat usia dari satu tahun sehingga peringkat menengah. Pelbagai pengedar buku kanak-kanak boleh didapatkan di sini.

Terdapat buku latihan membaca dan mengenal huruf ABC, buku nombor dan matematik, buku info sains peringkat kanak-kanak, buku mengenai dunia haiwan dan tumbuhan, komik dan animasi tempatan dan luar negara, buku cerita rakyat serta dongeng tempatan dan antarabangsa serta banyak lagi yang menarik. Terdapat juga buku amalan tauland yang sesuai untuk membentuk peribadi mulia dalam diri anak anda.

Alamat : No 57 Jalan Dwi Tasik 1, Dataran Dwi Tasik 56000 Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur

Laman Web : http://www.gallerybookstore.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/gallerybookstore1


5. Bookxcess

Kedai buku ini terletak di lokasi strategik di Kuala Lumpur iaitu berhampiran Bukit Bintang. Kedai ini mempunyai pelbagai koleksi buku kanak-kanak khususnya dalam bahasa Inggeris. Sesuai bagi ibu bapa yang ingin meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dari peringkat awal kanak-kanak. Bermula dari buku pengenali huruf ABC, buku cerita berunsur dongeng, buku komik dan animasi popular, buku dunia imaginasi kanak-kanak seperti magik, buku pembelajaran peringkat kanak-kanak, rendah dan menengah serta pelbagai lagi jenis buku yang anda boleh dapatkan di Bookxcess. Komik adiwira antarabangsa dari siri Marvels dan DC juga boleh anda dapatkan untuk si kecil yang meminati animasi adiwira antarabangsa.  Untuk anak anda yang minat mewarna, anda juga boleh dapatkan buku lukisan dan mewarna untuk meningkatkan kemahiran mewarna si kecil

Alamat : 2 – 14, 2 – 22, 2nd Floor, Fahrenheit 88 Mall, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web : https://www.bookxcessonline.com/

Facebook : https://www.facebook.com/BookXcess/

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan