5 Kedai Barangan Sukan Di KL & Selangor

Product Details

Pemilihan barangan sukan yang berkualiti dan original adalah perkara terpenting yang harus diutamakan bagi setiap peminat sukan yang mengamalkan gaya hidup aktif. Ini kerana aktiviti sukan bukan seperti aktiviti harian biasa. Apabila menyebut tentang sukan secara automatik kita membayangkan pergerakan lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi seseorang. Bukan sukan namanya andai ia tidak melibatkan sesuatu yang lasak serta menguji keupayaan seseorang. Tidak kira apa jua jenis sukan yang anda terlibat, sukan diakui banyak memberi manfaat untuk kesihatan badan serta meningkatkan kecegasan fizikal dan kecerdasan mental. Ia juga sebagai salah satu cara terapi yang membebaskan seseorang dari tekanan hidup berpunca daripada pelbagai faktor luaran dan dalaman. Oleh itu tidak hairan jika aktiviti sukan pada hari ini menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat moden. Selain bertujuan untuk menjaga kesihatan fizikal, sukan dijadikan sebagai terapi untuk rawatan dalaman melibatkan emosi dan psikologi seseorang.

Disebabkan semakin ramai individu mula melibatkan diri dalam dunia sukan yang mencabar, kedai barangan sukan kini berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Untuk bersukan anda memerlukan barangan sukan yang berkualiti dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Semakin berkualiti barangan sukan yang anda beli, semakin lama anda dapat menggunakannya kerana ketahanannya yang tidak mudah rosak walaupun melibatkan aktiviti lasak seperti sukan. Mengunjungi kedai barangan sukan akan membuatkan anda teruja untuk mendapatkan barangan sukan bermula dari baju, seluar, kasut, aksesori sukan serta peralatan sukan khusus.

Sekiranya anda tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, anda akan dapati begitu banyak kedai barangan sukan yang menawarkan seleksi barangan sukan pelbagai jenama. Pelbagai barangan sukan berjenama boleh didapati pada harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti ditawarkan. Bagi anda yang tercari-cari kedai barangan sukan di Lembah Klang yang terbaik untuk dikunjungi, ini dia lima pilihan kedai sukan yang anda boleh kunjungi di KL & Selangor.


Decathlon Malaysia

Decathlon memulakan operasi melebarkan jenama barangan sukan di Malaysia sejak tahun 2016. Setakat ini terdapat tiga cawangan Decathlon di sekitar KL & Selangor iaitu Bandar Sri Damansara, Jalan Klang Lama dan USJ. Pelanggan yang mengunjungi cawangan kedai Decathlon pasti berpuas hati dengan bilik pameran seluas 4,000 meter persegi. Dalam kedai yang seluas ini hampir semua jenis keperluan sukan anda boleh dapatkan.

Sebut sahaja kelengkapan untuk sukan mendaki, renang, berbasikal, seni bela diri, larian, bola sepak, papan leluncur dan beratus lagi mengikut jenis sukan. Semuanya anda boleh dapatkan di cawanagn Decathlon dengan mudah pada harga yang berpatutan. Menawarkan barangan sukan yang berkualiti bagi memastikan kepuasan pelanggan yang mencintai dunia sukan. Decathlon memastikan setiap pelanggan yang mengunjungi biik pameran Decathlon akan membawa pulang barangan yang diinginkan dengan senang hati bermula dari layanan pekerja-pekerja mereka yang mesra dan berpengetahuan tentang peralatan sukan.

Barangan sukan yang ditawarkan merangkumi pelbagai peringkat umur sama ada untuk kegunaan orang dewasa, lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Ia sama ada pakaian mahupun peralatan sukan sesuai mengikut peringkat umur pelanggan.

Laman web : https://www.decathlon.my

Facebook : https://www.facebook.com/DecathlonMalaysia/


SportsDirect.Com


Merupakan salah satu jenama kedai sukan terkemuka di dunia. Cawangan kedainya di Malaysia meliputi lebih daripada 10 kedai terutamanya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka mengetengahkan pelbagai barangan sukan berjenama terkemuka dan berkualiti pada harga yang berpatutan. Pelanggan boleh mendapatkan barangan sukan utama seperti kasut untuk sukan bola sepak, larian, pakaian dan kelengkapan mendaki, kelengkapan sukan gelanggang seperti badminton, hoki, bola baling dan bola jaring, beg untuk pelbagai tujuan dan banyak lagi. Kesemuanya dipamerkan dalam kedai yang luas untuk kepuasan pelanggan semasa membuat pilihan barangan.

Rasai pengalaman membeli belah barangan sukan, kecergasan, fesyen dan jenama sukan terkenal seluruh dunia dalam suasana yang selesa berhawa dingin dan pilihan yang pelbagai. SportsDirect dot com biasanya menawarkan promosi hebat pada harga yang sangat murah hampir sepanjang bulan. Malah anda boleh dapatkan barangan jenama terkenal pada harga yang tidak masuk akal. Pastikan anda sentiasa mengikut perkembangan di laman facebook mereka untuk sebarang promosi hebat yang ditawarkan.

Barangan dan pakaian yang dijual sesuai untuk kegunaan semua jantina dan peringkat umur iaitu lelaki, wanita, orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Laman web : https://my.sportsdirect.com

Facebook : https://www.facebook.com/SPORTSDIRECT.MALAYSIA/


Al-Ikhsan Sports

Merupakan kedai barangan sukan jenama tempatan Malaysia yang berkembang sejak tahun 1993. Kini ia mempunyai hampir 100 cawangan di seluruh Malaysia. Pilihan barangan sukan yang ditawarkan oleh Al-Ikhsan setanding dengan kedai barangan sukan berjenama antarabangsa yang wujud di Malaysia. Barangan sukan yang dijual fokus kepada pakaian sukan untuk pelbagai jenis sukan terutamanya bola sepak. Anda boleh mendapatkan pakaian sukan jenama terkenal yang berkualiti dalam suasana kedai yang selesa. Satu-satunya kedai baranagn sukan tempatan yang menyediakan keselesaan pelanggan setaraf dengan kedai sukan jenama antarabangsa. Kedai barangan sukan Al-Ikhsan boleh didapati di lokasi terpilih seperti pusat beli belah dan lot kedai terpilih seluruh Malaysia termasuk KL & Selangor.

Kedai pameran barangan sukan Al-Ikhsan menawarkan keselesaan kepada pelanggan semasa memilih. Dengan kedainya yang luas, susunan barangan yang teratur dan dilengkapi dengan penghawa dingin, pelanggan akan rasa selesa ketika membuat pemilihan barangan yang diminati.

Laman web : https://www.al-ikhsan.com/

Facebook : https://www.facebook.com/alikhsansports/


JD Sports Malaysia

Salah satu jenama kedai sukan paling popular di Malaysia terutama di kalangan anak muda yang mencintai dunia fesyen sukan. Menawarkan pelbagai pilihan jenama pakaian sukan yang menjadi kegilaan anak muda untuk lelaki dan wanita tanpa mengira peringkat umur termasuk kanak-kanak. Bagi peminat fesyen kasut sukan, JD Sports mempamerkan pelbagai rekabentuk, warna, jenama dan harga yang berpadanan dengan kualiti tinggi yang ditawarkan. Mempunyai cawangan hampir di seluruh Malaysiadi bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka juga menawarkan pelbagai koleksi fesyen sukan edisi terhad dan aksesori yang boleh dipadankan dengan pelbagai gaya fesyen sukan yang terkini dan mengikut selera terbaru golongan muda.

Laman web : https://www.jdsports.my/

Facebook : https://www.facebook.com/jdsportsmalay


Royal Sporting House

Merupakan rangkaian jenama kedai sukan yang diasaskan di Singapura sejak tahun 1977. Kini ia mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Peminat sukan boleh mendapatkan kelengkapan pakaian sukan, kasut dan aksesori berkualiti pelbagai jenama terkenal seperti Nike, Adidas, Reebok dan pelbagai lagi jenama terkenal dunia. Barangan sukan utama yang ditawarkan merangkumi baranagn bola sepak, berlari, berenang, tenis, gimnasium dan sebagainya. Kelengkapan yang ditawarkan merangkumi semua golongan sama ada lelaki, wanita, orang dewasa dan juga kanak-kanak. Bagi yang meminati dunia sukan golf, anda juga boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan sukan golf dan juga aksesorinya.

Laman web : https://royalsportinghouse.com/

Facebook : https://www.facebook.com/RSHMY/


 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...