HomeMalay4 cara senaman kuruskan badan dengan cepat & berkesan!

4 cara senaman kuruskan badan dengan cepat & berkesan!

Setiap wanita inginkan tubuh badan yang menarik dan langsing, tapi masalahnya kebanyakan kita malas nak bersenam. Namun ramai wanita tak tahu sebenarnya ada satu jenis senaman kuruskan badan mudah yang boleh lakukan untuk memiliki tubuh badan ideal seperti ini.

Jika anda sedang berusaha untuk kurus dan menurunkan berat badan, pastinya anda tertanya-tanya, jenis senaman yang mana akan membuatkan anda kurus dengan cepat.

Foto: seposen.info

Ramai sangka yang senaman terbaik untuk kurus adalah berjogging, bukan? Itu adalah tanggapan yang kurang tepat. Senaman terbaik bukanlah berjogging yang anda kerap lakukan itu, tetapi kami tak kata ia tidak bagus.

Kalau kita persoal tentang yang mana lebih berkesan, ada lagi jenis senaman lain yang jauh lebih baik daripada berjogging. Menggunakan konsep intensiti, senaman terbaik untuk bakar lemak adalah apa-apa senaman berintensiti tinggi. Berjogging dikira intensiti rendah-sederhana.

Senaman berintensiti tinggi adalah jenis senaman yang akan buat anda termengah-mengah meskipun baru mula bersenam. Contohnya seperti berenang, berlari, mengayuh basikal naik bukit, dan senaman-senaman bodyweight seperti rutin Freeletics serta macam-macam lagi!

Pernah rasa jantung berdegup laju lepas naik tangga yang tinggi? Bukan itu sahaja, kaki pun rasa terbakar. Itu adalah senaman berintensiti tinggi, dan itu yang terbaik untuk membakar lemak! Ya, turun naik tangga lebih baik daripada berjogging, sebenarnya.

 

Kenapa senaman begini lebih baik untuk bakar lemak berbanding senaman rendah intensiti?

Satunya, ia membakar kalori lebih banyak. Sewaktu anda lakukan senaman berintensiti rendah, anda memang akan bakar banyak kalori semasa bersenam berbanding yang berintensiti tinggi. Tetapi, isinya adalah pada kebolehan senaman berintensiti tinggi untuk bakar jauh lebih banyak kalori selepas anda habis bersenam selama 72 jam!

Maksudnya, walaupun anda dah habis bersenam dengan senaman berintensiti tinggi, anda masih membakar kalori meskipun anda sedang baring-baring di rumah. Ini dipanggil afterburn effect. Senaman berintensiti rendah juga ada, tetapi tak sehebat kesan daripada senaman intensiti tinggi.

Foto: EH!

Untuk mengetahui tahap intensiti terbaik, kita gunakan skala RPE, iaitu rate of perceived exertion. Tahap intensiti terbaik untuk bakar lemak adalah apabila rehat seketika daripada bersenam, anda berasa susah untuk bercakap sepatah-dua perkataan kerana keletihan. Nah, apabila anda capai tahap itu setiap set, itulah intensiti yang kita cari.

Jika anda rajin bersenam kardio, kami jamin anda akan cepat kurus. Jom kami kongsikan jenis-jenis senaman kardio untuk kurus dalam masa singkat yang boleh anda amalkan.

Apa Itu Kardio? Apakah yang dimaksudkan dengan senaman kardio?

Perkataan kardio adalah singkatan daripada kardiovaskular yang bermaksud jantung. Oleh itu, senaman kardio merujuk kepada aktiviti senaman yang melibatkan jantung dan membuatkan jantung anda berdegup dengan laju.

Untuk memudahkan anda faham, senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju.

Bagaimana senaman kardio membantu anda cepat kurus?

Senaman kardio memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Ini kerana senaman kardio akan membuatkan jantung anda menjadi lebih kuat, mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien, dan tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.

Apabila jantung anda mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, secara automatik badan anda akan menjadi lebih sihat kerana lebih banyak oksigen akan sampai ke seluruh tubuh badan anda lalu menggalakkan proses pembakaran lemak supaya anda cepat kurus.

Foto: Ayuh Sihat

Selain membantu menguruskan badan dengan cepat, senaman kardio juga:

  • Meningkatkan metabolisma anda
  • Mengurangkan stress dan kemurungan
  • Mencerdaskan otak
  • Membantu tubuh untuk mencerna glukos dan insulin dengan lebih efisyen

Apakah jenis senaman kardio yang ada?

Senaman kardio boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  • Senaman kardio berimpak tinggi

Senaman kardio berimpak tinggi adalah aktiviti yang biasa anda lakukan seperti mengayuh basikal, berlari, berjoging, mendaki bukit, mengangkat berat, dan berzumba.

Apa sahaja aktiviti yang membuatkan anda berpeluh dengan banyak dan jantung anda berdegup kuat sehingga rasa nak pecah dada, itulah dia senaman kardio berimpak tinggi. Kerana ia memberikan kesan yang besar kepada kadar degupan jantung anda.

  • Senaman kardio berimpak rendah

Senaman kardio berimpak rendah pula merujuk kepada aktiviti yang tidak memerlukan tenaga yang kuat untuk dilakukan. Ia adalah jenis senaman yang tidak menyebabkan anda terlalu penat, berpeluh dengan banyak, dan tidak menyebabkan jantung anda berdegup dengan laju seperti berjalan.

Ianya masih membakar lemak dan menyihatkan badan namun tidak membuatkan jantung anda berdegup dengan laju.

Apakah senaman kardio yang boleh anda lakukan untuk kurus dalam masa 14 hari?

Untuk kurus dengan cepat, kami cadangkan anda lakukan senaman kardio yang berikut:

1. Zumba

Berzumba merupakan senaman kardio yang paling in trend pada masa ini. Ianya bukan sahaja membantu anda kurus dengan cepat malas ia juga sangat menyeronokkan.

Anda pasti rasa terhibur mengikuti langkah-langkah pergerakan yang diarahkan. Untuk berzumba, anda boleh pilih sama ada mahu berzumba sendirian di rumah atau untuk berzumba secara beramai-ramai.

Jika anda jenis yang sukakan privasi, bolehlah anda berzumba sendirian di rumah sambil mengikuti mana-mana video zumba yang ada di youtube.

Foto: sportcenterclub.com

Kalau taknak boring, anda boleh ikut video yang berbeza setiap hari. Kalau anda lebih suka untuk berzumba beramai-ramai, anda boleh pilih sama ada nak menyertai kelas zumba berbayar atau anda boleh pergi ke aktiviti zumba percuma yang selalau diadakan pada hujung minggu.

Kami cadangkan anda berzumba beramai-ramai kerana tenaganya sangat luar biasa dan akan berjangkit dengan anda. Anda akan rasa sangat bersemangat dan takkan rasa letih.

Sebagai bonus, sambil berzumba anda boleh dapat kawan baru yang sama-sama tengah berusaha untuk menguruskan badan.

2. Berbasikal

Selain berzumba, aktiviti berbasikal juga merupakan senaman kardio yang sangat membantu anda untuk kurus dengan cepat. Untuk aktiviti berbasikal, ada dua pilihan untuk anda iaitu indoor atau outdoor.

Kalau anda jenis suka berbasikal di luar sambil melihat keindahan alam dan berjumpa dengan orang ramai, anda boleh beli basikal dan keluar berbasikal apabila ada kelapangan & cuaca yang mengizinkan.

Foto: Eurogites

Sebaliknya, kalau anda lebih suka berbasikal di dalam rumah tanpa perlu memakai pakaian bersukan yang lengkap dengan topi keselamatan, anda boleh beli mesin senaman basikal.

Kelebihan berbasikal dengan mesin senaman di rumah ialah anda boleh bersenam pada bila-bila masa walau pun pada pukul 3 pagi. Anda juga masih boleh bersenam walau pun sedang hujan lebat di luar.

3. Berjoging

Senaman kardio untuk kurus dalam masa singkat yang seterusnya ialah berjoging. Berjoging merupakan aktiviti senaman yang menjadi pilihan ramai.

Cadangan kami, anda laburkan sedikit duit untuk membeli jam yang mempunyai fungsi mengesan jarak anda berjoging dan berapa banyak kalori yang dah berjaya anda bakar. Ianya akan membuatkan anda makin bersemangat untuk berjoging.

Foto: SciTechDaily

Atau anda juga boleh download applikasi di handphone seperti:

  • step Tracker – Walking For Weight Loss
  • Walk Run Cycle Birmingham
  • Rungging Distance Tracker
  • Runtastic Running Apps & Fitness Tracker
  • Running & Jogging
  • Nike+ Run Club

Kalau anda lagi suka berjoging indoor, boleh juga beli mesin treadmill. Seperti mesin bersenam basikal, anda boleh berjoging di atas treadmill pada bila-bila masa tanpa mengira apa pun cuaca di luar.

4. Berenang

Foto: thoughtco.com

Tahukah anda, aktiviti berenang membakar sangat banyak kalori. Kalau anda ada akses ke kolam renang, akami cadangkan anda supaya berenang sekerap yang mungkin. Berenang bukan sahaja menghilangkan berat badan malah mencantikkan tubuh badan anda. Siapa yang taknak, kan?

Itulah dia senaman kardio untuk kurus dalam 14 hari yang ingin kami kongsikan. Nak kekal kurus dan langsing, Jom bersenam!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan