Anda biasa mendengar kewujudan pusat spa bagi kaum wanita meningkatkan kecantikan diri mereka melalui gabungan pakej rawatan moden dan tradisional yang ditawarkan. Pusat spa dan kecantikan sememangnya dekat di hati wanita yang mementingkan penampilan diri yang menarik tidak kira sama ada sebelum dan selepas berkahwin. Bagi wanita yang telah berkahwin dan memiliki bayi yang masih kecil, kini tibalah masanya giliran bayi anda pula dimanjakan melalui rawatan spa.
Apa? Spa untuk bayi?
Jawapannya ya! Hari ini telah wujud pusat rawatan spa yang ditawarkan untuk bayi yang masih kecil. Kebanyakan pusat spa bayi menawarkan tiga jenis rawatan utama iaitu hidroterapi iaitu berenang dan berendam, berurut dan aktiviti gimnasium. Setiap aktiviti mempunyai kebaikan yang khusus untuk pelbagai aspek perkembangan bayi sama ada perkembangan fizikal, stimulasi dan perkembangan minda.
Kebaikan Rawatan Spa Untuk Bayi
Hidroterapi Untuk Bayi
Dalam rawatan hidroterapi bayi, pusat spa menggunakan sistem jakuzi dengan suhu air terkawal untuk keselesaan bayi semasa berendam dan berenang. Air yang digunakan dipastikan sentiasa bersih dan ditukar setiap hari untuk menjamin kebersihan luaran dan dalaman bayi semasa berenang. Dalam sesi ini, bayi akan berenang dengan menggunakan pelampung bagi membiasakan diri mereka dengan air dalam suhu sekitar 34°C.
Pergerakan renang mereka akan dipantau oleh pekerja terlatih bagi memastikan tidak berlaku perkara mengejutkan berkaitan keselamatan. Hidroterapi melalui berendam dan berenang ini dapat meningkatkan peredaran darah dengan lebih lancar dalam sistem dalaman tubuh bayi. Ia juga dapat menguatkan otot tangan dan kaki iaitu apabila berlaku pergerakan semasa berenang.
Urutan Bayi
Urutan adalah aktiviti lazim dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa di rumah untuk bayi mereka. Oleh itu, pusat spa bayi tidak ketinggalan menawarkan perkhidmatan penting ini untuk bayi anda. Minyyak yang digunakan biasanya digunakan daripada sumber tumbuhan seperti minyak zaitun. Urutan dilakukan ke seluruh badan bayi terutama melibatkan bahagian sendi, otot, abdomen dan belakang badan.
Antara kebaikan urutan bayi ialah melancarkan peredaran darah, melegakan masalah kolik dan sembelit dan merangsang perrgerakan otot bayi supaya lebih lancar dan selesa.
Aktiviti Gimnasium Bayi
Gimnasium bayi ialah seperti taman permainan untuk kanak-kanak. Dalam sesi ini, bayi akan dilatih menerusi permainan yang sesuai mengikut peringkat usia masing-masing. Ia melibatkan aktiviti bermain yang bertujuan untuk merangsang pergerakan bayi dan kanak-kanak. Ia bertujuan untuk merangsang deria stimulasi yang dihubungkan ke otak. Menerusi aktiviti gimnasium, bayi dapat belajar mengenalpasti rangsangan-rangsangan luar yang boleh meningkatkan rangsangan mereka terhadap sentuhan, bau, bunyi dan sebagainya.
Pusat Spa Untuk Bayi Sekitar Lembah Klang
Buat masa ini kebanyakan pusat spa untuk bayi ini di dapati di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Namun ada juga beberapa pusat spa bayi ditawarkan di negeri lain termasuk Kuching dan Pulau Pinang. Bagi pasangan suami isteri yang tinggal di sekitar Lembah Klang, anda kini boleh membawa si kecil menikmati beberapa jenis rawatan spa bersesuaian untuk bayi yang masih kecil.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah jenis rawatan yang ditawarkan di pusat spa bayi? Terdapat beberapa jenama pusat spa bayi yang menawarkan perkhidmatan terbaik. Anda sendiri boleh membuat pilihan spa bayi manakah yang paling sesuai untuk bayi kesayangan anda. Di bawah ini kami senaraikan tiga pusat spa untuk bayi di sekitar Lembah Klang.
1.Hippopo Baby Spa & Wellness
Merupakan pusat spa dan kesihatan bayi pertama wujud di Malaysia. Ia kini mempunyai lebih daripada 13 cawangan terutamanya di seluruh Malaysia. Hippopo Baby Spa & Wellness memulakan operasi pertamanya pada tahun 2013 bertempat di Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan secara pakej. Namun bagi ibu bapa yang pertama kali ingin mencuba jenis perkhidmatan yang ditawarkan, anda juga boleh memilih secara ala-carte mengikut kesesuaian yang anda inginkan untuk si kecil.
Dua jenis perkhidmatan menarik dan paling popular ialah berenang jakuzi dan berurut menggunakan minyak khas yang boleh membuatkan bayi anda selesa sehingga boleh tidur dengan lena. Ibu bapa yang berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan boleh menjadi ahli mereka. Dengan menjadi ahli, pelbagai lagi keistimewaan yang bayi anda bakal nikmati.
Hippopo mempunyai banyak cawangannya di seluruh Malaysia. Anda boleh kunjungi cawangan terdekat antaranya di :
- Centrepoint Bandar Utama
- Great Eastern Mall, KL
- Tesco Desa Tebrau, Johor
- The Shore, Melaka
- Setia City Mall, Shah Alam
- Vivacity Megamall, Kuching
Laman Web : http://hippopo.my/
Facebook : https://www.facebook.com/hippopobabyspa/
Instagram : https://www.instagram.com/hippopobabyspa/
2. Giggling Jellyfish Baby Spa
Bagi mereka ibu bapa yang tinggal di Bandar Sri Damansara, anda boleh kunjungi Giggling Jellyfish Baby Spa. Bayi anda boleh menikmati rawatan spa dengan riang melalui aktiviti berenang dalam jakuzi dan berurut. Ibu bapa yang hadir boleh turut sama mengikuti sesi beramah mesra dengan ahli keluarga lain yang berkumpul sehingga bayi menamatkan sesi masing-masing.
Bayi anda akan diawasi dan dilayan sepenuhnya oleh para pekerjanya yang dilatih khas dalam teknik urutan dan berenang bayi. Jika anda ingin menikmati keistimewaan yang lebih menarik, anda boleh berendam dalam jakuzi dalam bilik persendirian yang disediakan. Dalam bilik ini, ibu bapa dapat berendam bersama bayi. Tentunya bayi anda akan lebih seronok dapat berendam dalam jakuzi yang selesa bersama ibu bapa masing-masing. Ruangan bilik khas ini lebih privasi, senyap dan selesa untuk sekeluarga.
Selepas selesai sesi berendam dan berenang di jakuzi dalam suhu air yang nyaman, sesi seterusnya adalah berurut dengan minyak khas urutan bayi.
Untuk mengetahui lebih menarik tentang pusat spa Giggling Jellyfish Baby Spa, anda boleh kunjungi mereka di alamaat di bawah.
Alamat : A-3A-10 Ativo Plaza, Persiaran Perdana (Damansara Avenue), Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-6262 6762
3. Sunny Ducky Baby Spa & Gym
Sebuah lagi pusat spa dan kesihatan terbaik untuk bayi kecil anda. Terletak di Taman Medan, Kuala Lumpur. Program yang ditawarkan sesuai untuk bayi berusia antara 0 sehingga 4 tahun sahaja. Pusat ini menawarkan tiga jenis aktiviti untuk bayi anda iaitu rawatan hidroterapi melalui aktiviti berenang dan berendam di jakuzi, berurut dan sesi gimnasium.
Kesemua sesi lengkap ini bertujuan untuk melatih bayi dari segi pergerakan otot, send dan penjagaan kulit. Setiap sesi juga bertujuan untuk merangsang stimulasi penting dari segi deria sentuhan, deria bau, deria melihat, deria rangsangan dan lain-lain rangsangan stimulasi bayi yang sedang berkembang. Terdapat pakej sampingan lain khas untuk bayi yang ditawarkan iaitu rawatan kuku kaki dan tangan. Ibu bapa boleh turut sertai berada di samping bayi mereka sepanjang sesi rawatan berlangsung.
Alamat : 23-G, Medan Klang Lama 28, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Web : https://www.sunnyduckyspa.com
Facebook : https://www.facebook.com/sunnyduckybabyspa/